game

39 4 1
                                    

Jungwon. Yang Jungwon. Yang Jungwon !!

Aku jerit nama lelaki tu dalam kepala. Wajahnya aku pandang dengan mata dikecilkan. Jungwon masih fokus menulis nota tentang apa yang Cikgu Hanim sedang ajar. Susah lah kalau crush sendiri ni top student.

Aku ni tak adalah pandai mana, korang boleh fikir aku ni average student, kalau ada 120 orang pelajar dalam batch aku, aku selalu dapat nombor antara 55 ke 60. Nak bagi korang senang bayangkan macam mana rupa aku untuk teruskan baca kisah aku ni, boleh anggap aku ada rambut pendek tapi tak pendek sangat, muka aku lawa tapi tak lawa sangat sampai jadi pelajar popular sekolah. Aku tak tersenarai dalam list pelajar perempuan paling lawa dalam batch pun.
Dan yeah...agak cemburu disitu. Tapi, aku tak kisah, benda tu bukan boleh buat Jungwon notice aku sebab si Yena Top 1 lawa dalam sekolah pun kena ignore.

"Yoonra !", Aku terus duduk tegak dan memandang ke arah cikgu Hanim. Mata sebelah dia dah naik sebelah sambil bercekak pinggang. Ha sudah, sebab korang lah aku tak dengar dia panggil awal awal tadi.

"Berangan lagi? Kalini kamu berangan apa pula?",

"Dia berangan Jungwon lagi lah tu cikgu!!", Ah...sial...Aku benci classmates aku.

Sejak aku terjerit nama Jungwon masa cikgu panggil nama aku minggu lepas, habis kantoi satu kelas tahu aku suka dekat Jungwon. Tapi macam biasa lah, Jungwon mana kisah pasal benda lain. Aku yang kena tebalkan muka.

Aku hanya tersengih. Malu.

Cikgu Hanim mengeluh perlahan sambil gelengkan kepala dia. Maaflah cikgu dapat anak murid macam saya ni. Hihi.

Aku pandang sekilas ke arah Jungwon. Dia terus pusingkan kepala dia memandang ke arah lain. Kejap. Kejap. KEJAP KEJAP. AKU TAK SALAH PANDANG KAN ? DIA PANDANG AKU TADI KAN ?

"Okay lah, masa pun dah tamat, cikgu keluar dulu, Yoonra, tolong jangan berangan lagi untuk kelas seterusnya", Pesanan Cikgu Hanim tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku hanya angguk laju dan memandang ke arah lantai lama. Ah...Pipi aku rasa panas tiba-tiba.

"Oi, kau pahal blushing?", Hana menolak lembut bahu aku. Aku mendongak perlahan ke arah Hana. Muka mahu menangis ditunjukkan.

"Eh eh, kau pahal nak nangis tiba-tiba ni, oi oi!!", Aku terus peluk pinggang dia dan menangis. Hana gelabah cuba menenangkan aku. Dramatic sungguh aku kan.

"Dia pandang aku tadi Hana, dia pandang akuuuu", Kata aku dengan muka disembamkan pada perut dia. Sejak kantoi aku suka Jungwon, aku dah tak kisah dah classmate nak kata apa, janji Jungwon takde dalam kelas. Oh aku baru je nampak dia keluar ikut Cikgu Hanim tadi sebab tu berani berkelakuan begini.

Hana menepuk belakang badan aku perlahan.

"Yeye, tahniah, sekarang jom pergi makan, aku dah lapar", Aku mengesat air mata tipu menggunakan hujung lengan baju. "Jom !",

-

"Jungwon, kau kenapa muka dari tadi merah je, kau demam ke?", Tanya Jaeyun atau Jake. Dia meletakkan tangannya di dahi Jungwon untuk merasakan suhu badannya.

"Tadi Yoonra kena kacau dengan classmate kitaorang lagi, diaorang kata dia berangan Jungwon lagi harini bila Cikgu Hanim panggil dia tak respon", Sunghoon jawabkan untuk Jungwon.

"Lahh !!", Jake ketawa lepas itu. Jungwon menundukkan kepalanya. Belakang kepalanya dipegang. Makin merah mukanya.

"Bila kau nak bagitahu dia Jungwon?", Jungwon terus angkat kepalanya lepas mendengar soalan Heeseung. Roti yang dibelinya dari koperasi sekolah digigit.

"Tak tahu", Jawab Jungwon. Dia mengeluh kecewa.

"Kau dah kenal dia dari tadika kan? Apa susah, lagipun dah nak satu sekolah tahu dia suka kau, takkan kau nak bagi orang nampak dia syok sendiri", Ujar Jongseong atau Jay.

"Masalahnya, kau tahu kan Jungwon macam mana waktu sekolah tadika dulu, aku pun tak ingat si Jungwon ni satu tadika dengan aku dulu, masuk awal tahun sekolah menengah tinggi baru aku ingat, itu pun sebab waktu orientasi aku satu kumpulan dengan dia", Kata Sunoo. Rakan-rakan lain menggeleng kepala bila teringat balik gambar Jungwon waktu tadika yang mereka lihat sewaktu berada di rumah Jungwon.

"Apa kata, game bola kita minggu ni, kau ajak dia tengok Jungwon? First step kita untuk masalah cinta kau ni", Cadang Ni-ki.

"Oho Nishimura-san!! Great ideaa !", Rakan yang lain setuju. Jungwon menggigit bibirnya. Macam mana nak ajak dia masalahnya?

-

"Yoonra, aku balik dulu", Kata Hana. Yeri mengangguk. Dia sambung menyiapkan tugasan sebagai ketua kelas. Dia perlu isi markah semua orang untuk kuiz yang Cikgu Taejun bagi waktu kelas terakhir tadi.

Tanpa dia sedar, Jungwon dari tadi mengintai dia dari luar pintu hadapan kelas dengan senyap. Jungwon menggaru belakang kepalanya. Bibirnya dikemam. Dari tadi dia cuba cari peluang untuk bercakap dengan Yeri.

Nafasnya ditarik dalam dan dihembus. Dia memandang ke arah dinding sebelah pintu kelas itu dan lontarkan pelbagai cara untuk dia berakap dengan Yoonra. Jantung dia tak berhenti berdegup dengan laju sekarang ni.

"Jungwon?", Kepala Yoonra tiba-tiba keluar dari tingkap tepi pintu kelas. Jungwon terkejut dan hampir terjatuh.

"Y-yoonra", Dia betulkan posisi berdiri dia. Tekaknya dibasahkan. Yoonra masukkan balik kepalanya dan membuka pintu kelas. Dia menyuruh Jungwon masuk.

- Yoonra POV starts !

Aku...aku rasa boleh mati aku sebab laju sangat jantung aku berdegup. Oppa, tolong adik kesayangan kau ni, dia dah sakit. Sakit cinta.

Aku duduk di kerusi aku semula dan menyuruh Jungwon duduk berhadapan dengan aku. Aku tak tahu kenapa aku berani semacam harini.

"Buat kerja kelas ke?", Tanya Jungwon. Aku mengangguk malu. Ni kalau korang tengok depan depan mesti rasa menyampah.

"Kenapa awak..haa...kau duduk dekat depan tu je?" Ha sudah, panggilan apa aku nak guna dengan dia pun aku tak tahu.

"Sebab tunggu kau", Pen yang aku sedang tekan pada kertas terus terconteng garis buruk di atas kertas tu. Mati aku nak jawab apa dengan Cikgu Taejun.

"Ha?" Aku memandang muka Jungwon dengan muka yang panas. ha aku rasa aku blushing teruk dah ni. KENAPAAAA DIA KATA DIA TUNGGU AKU??

"Hujung minggu ni kau free tak?" Aku mengangguk laju. Apa ni dia nak ajak date ke?

"Datanglah tengok game bola team aku...Ha Ni-ki suruh ajak kau, kenal kan Ni-ki? Transfer student dari Japan tu", Kata dia. Oh...bukan dia yang ajak tapi Ni-ki?

Tapi sebab ada Jungwon dalam team tu.

"Okay", Muka Jungwon terus nampak macam dia...excited ? Eh.

"Okay aku balik dulu, jangan stay lambat, sekolah ni malam-malam berhantu", Jungwon terus bangun dari kerusi dan bergerak keluar dari kelas.

"Kejap kejap kejap! Tunggu lah! Jungwon!", Aku laju mengemas barang masuk ke dalam beg dan laju mengejar Jungwon di koridor. Kerja kelas tu aku buat dekat rumah lah, esok pagi aku datang awal untuk serahkan dekat Cikgu Taejun.

dan..kisah untuk kalini berakhir disini.

from day one ; Yang JungwonWhere stories live. Discover now