Yoonra's POV
Sekarang ni kan, aku takdelah layan Jurassic World movie punya series, aku tahu movie ni ada Jurassic Park sekali. Cerita dia, Jungwon pun tak tahu nak tengok apa jadi kitaorang pun buat ferris wheel guna google, masukkan tajuk movie yang ada dekat cinema ni.
Sekarang ni aku menyesal, aku bukannya budak macam Jungwon yang suka layan sains pasal dinosaur apa semua ni, tak faham apa weh, tapi seronok juga lah dapat tengok dinosaur dinosaur tu, lagi lagi yang besar, rasa macam wow.
Aku toleh ke kiri untuk tengok apa reaksi Jungwon, dia memang menghayati weh, ok tak menyesal. Asalkan Jungwon enjoy harini dan aku pun enjoy tengok dia.
Tangannya cuba untuk mencari bekas popcorn sementara matanya tetap pandang skrin. Aku tolak sedikit bekas tu bagi tangan dia dapat capai popcorn.
Kejap kejap.
Bukan selalunya dalam drama babak macam ni akan ada tersentuh tangan ke? Acah acah macam nak ambil popcorn serentak.
Aku terus pandang ke arah skrin kembali dan tangan turut bergerak ingin mencapai popcorn.
Oh.
Aku pandang ke kiri dan orang disebelah kiri aku juga pandang tepat mata aku. Dia mengelip matanya untuk beberapa kali.
"I am glad we only buy one popcorn", Katanya dan terus fokus kepada skrin sekali lagi. Tangannya yang sengaja aku terpegang, dilepaskan perlahan sambil usap perlahan tangan aku. Aku nampak dia menghembus nafas perlahan sambil tahan diri dari terus senyum.
Oh tidak...Makin suka aku dekat dia.
-
"Hmm terima kasih untuk harini", Kata aku dengan senyuman yang paling manis aku boleh bagi dia.
"Terima kasih juga sebab sudi keluar dengan aku", Ujar dia pula. Dia pandang ke arah skrin atas yang memaparkan waktu train bakal tiba. Dia teman aku untuk tunggu train sebab katanya kalau jadi apa apa kat aku, nanti dia risau.
Nak kahwin. Esok.
Angan angan aku tak berhenti kat situ je.
"Tapi lain kali aku ajak kau keluar dengan cara yang lebih baik lah, taknak guna bet macam menang bola, rasa tak elok pula", Dia berkata lagi dan sekarang aku nak kahwin dengan dia sekarang.
Baru aku nak buka mulut untuk balas apa yang dia kata, pintu train yang baru sampai itu terbuka. Terus dia tolak perlahan badan aku ke dalam.
"Eh kejap",
Pintu tertutup. Aku perasan dia lambai tangan dan aku turut membalasnya dengan keluhan perlahan. Senyuman manis aku tak lupa letakkan pada wajah.
"Bye bye", Aku mencebik bila Jungwon dah hilang dari pandangan. Takpe, esok aku bercakap dengan dia, satu kelas. Kan senang.
-
Senang apa...
Aku tak tahu kenapa harini dia nampak macam sibuk sangat. Pagi tadi aku masuk kelas dia takde. Rupanya dia pergi koperasi untuk beli sarapan dengan Sunghoon. Ok itu takpe.
Rehat pagi tu dia turut takde sebab Cikgu Hanim panggil dia. Aku tak tahulah sebab apa pula.
Rehat tengah hari tu, dia pergi perjumpaan bola sepak dia pula. Waktu balik habis kelas terus dia hilang. Rupanya dia ada latihan bola sepak lagi.
Akhirnya, aku bersetuju dengan diri sendiri untuk tidak bertanyakan tentang apa yang dia katakan semalam. Kita tunggu jelah bila lain kali Yang Jungwon tu.
"Yoonra",
"Ye saya", Aku menyahut panggilan Hana dengan gaya orang tak berdaya nak hidup.
"Aku ada crush baru",
Terus rasa semangat badan aku. Aku berhenti berjalan dan itu membuatkan Hana turut berhenti juga.
"Tteobokki. Depan kedai buku Seri Ahjumma, aku belanja. Story from A to Z and siapa lelaki tu", Aku terus peluk lengan dia dan tarik dia berjalan dengan laju. Hana ketawa sambil mengganguk kepalanya.
"Aip aip kapten",
-
"Jadi, siapa lelaki bertuah tu?" Tanya aku sambil menyuapkan tteobokki ke dalam mulut. Sedap. Nyumnyum.
"Hmmm, kan aku teman kau tengok bola haritu tu kan", Kepala aku mengangguk-angguk mengiyakan cerita Hana.
"Aku ada tereye-contact dengan salah seorang ahli pasukan bola tu, lepastu dia kawan Jungwon rupanya",
Aku menjungkitkan mata dan menutup mulut aku menggunakan tangan kerana ternganga besar. Terkejut.
"Yang mana weh? Siapa? Sunghoon? Nishimura? Jaeyoon?" Hana menggeleng mendengar nama-nama yang aku sebut.
"Heeseung. Lee Heeseung", Terbuntang mata aku. Tidak dinafikan, Lee Heeseung memang ada rupa.
Tapi Jungwon lagi kacak la. My number one.
"Kenapa aku dengar nama aku?" Tiba-tiba suara itu muncul dari belakang Hana. Aku pun terkejut melihat siapa yang baru sahaja masuk ke dalam kedai tteobokki Seri Ahjumma ni.
Lelaki itu datang dengan pakaian jersey bolanya, datang dari latihan bola sepaknya mungkin. Peluh yang membasahi bajunya masih dapat dilihat. Hot. Hot gila.
Sebenarnya, ramai lagi yang masuk tapi ni aku kan, fokus dekat seorang sahajalah.
"Oh, Yoonra!", Mahu tercekik aku bila lelaki tu panggil aku. Terus air dicawan dicapai dan diminum. Tak senonohnya kau ni Yoonra !! Depan Jungwon tu!
"H-hi", Aku tersengih malu. Si Hana ni pun dah tersipu-sipu malu acah-acah ayu sebab Heeseung ada disitu sekali.
"Ha kenapa aku dengar nama aku? Korang kutuk aku ke? Ke puji sebab aku kacak?" Ujar Heeseung. Aku memandang Hana yang menundukkan kepala dan menutup mukanya menggunakan rambutnya yang dilepaskan panjang.
"Saje, tengah sembang siapa lagi team bola sekolah kita", Aku cuba untuk tolong kau cover ni Hana. Aku tahu kau bayar tteobokki harini.
Heeseung mengangguk. Dia menjuih bibir sebelum bergerak ke meja rakan-rakannya duduk.
"Yoonra, boleh tak aku cakap dengan kau sekejap?" Jungwon memanggil aku. Aku apa lagi, angguk la, memang seharian ni aku cari dia.
Aku tinggalkan Hana sekejap dan berjalan keluar kedai bersama Jungwon. Jom kahwin lari terus.
"Hmm, haritu kau macam nak cakap sesuatu, apa dia?" Keluar sahaja kedai, Jungwon menembak aku dengan soalan itu. Ha sudah.
"Tak ada apa pun, cuma nak tanya je bila lain kali tu? Hehe", Hehe kepala hotak kau.
"Aku ada game lagi hujung minggu ni, nak datang? Lepas game tu kita boleh keluar", Ajak Jungwon.
Aku berfikir sekejap kalau aku sudah ada apa-apa hujung minggu ni. Ha kalau ada apa-apa pun akan aku batalkan demi Jungwon.
"Boleh-boleh",
"Okay, jumpa hujung minggu ni", Jungwon senyum sebelum bergerak masuk ke dalam kedai semula.
-
hi, saya kembali....maafkan saya sebab lambat update and i dont know if there are still anyone who is reading this, if ada, thank you and sorry sangat sangat!
YOU ARE READING
from day one ; Yang Jungwon
FanficKisah aku kejar cinta Yang Jungwon. Siapa aku? Min Yoonra. Kisah Yang Jungwon kejar cinta Min Yoonra. Sejak bila ? Sejak tadika. - slow updated :(