Yoonra berjalan mundar mandir di dalam biliknya manakala Hana pula bertongkat dagunya memandang Yoonra. Tangan sebelahnya juga sibuk memasukkan keropok cheese ke dalam mulutnya.
"Kau kenapa Yoonra? Terpusing-pusing, peninglah kepala aku, ha lepastu, tolong pusing ke arah sana, aku nak habiskan drama Dali ni kang kau juga kena maki sekali dengan Jang Taejin tu", Hana mengipas-kipaskan tangannya menghalau Yoonra ketepi. Dah macam bilik dia pula.
Yoonra akhirnya melabuhkan punggungnya di sebelah Hana. Kukunya digigit sambil memikirkan baju apa yang perlu dia pakai esok? Nak buat apa esok? Tengok movie apa esok?
"Kau boleh tenang tak, oppa kau kan pro bab bab ni, cuba tanya", Yoonra terus bangun dari duduknya. Dia keluar dari biliknya menuju ke bilik sebelah. Bilik abangnya.
"oppa!" Pintu bilik lelaki bujang berumur 24 tahun itu diketuk dengan kuat. Lama kemudian, baru dibuka.
"Nak apa wahai adikku sayang?" Muka malasnya tertera diwajah tampannya. Matanya digosok perlahan. Nampak sangat dia baru sahaja bangun dari tidur.
"Yoonwon oppa, tolong Ura boleh?", Kata Yoonra. Ura? Itulah nama manjanya apabila di rumah yang selalu digunakan oleh kedua abangnya.
Sebenarnya, tiga orang adik beradik tu nama dipendekkan jadi U di depan bukan Yoon. Ugi,Uwon, Ura. Yoon tu macam susah sangat hendak disebut bak kata abang pertama mereka, Min Yoongi.
Kening sebelah Yoonwon terangkat. Dia membuka luas pintu biliknya memberikan laluan untuk Yoonra masuk.
Katil abangnya itu dia jadikan tempat untuk melabuhkan punggungnya. Dia menarik nafas dah hembus dengan perlahan. Serious betul soalan dia mahu tanya ini.
"Esok Ura nak keluar dengan Jungwon, oppa tahukan crush yang Ura selalu cerita tu", Yoonwon mengangguk perlahan mendengar apa yang Yoonra cuba untuk terangkan.
"Lepastu, Ura tak tahu nak buat apa sekarang ni, esok dikira date ke apa oppa? Haaa tak tahulah", Badannya dijatuhkan ke atas katil dan kaki berulang-ulang menyepak angin.
Yoonwon mengangkat keningnya apabila mendengar permintaan adiknya itu. Dia terus tersenyum senget dan berasa segar daripada ngantuknya.
The day
Yoonra menyepak batu-batu kecil yang ada di kakinya. Dia sudah sampai di tempat pertemuan 10 minit awal daripada masa yang telah ditetapkan. Oh bukan 10, tapi 1 jam. Itulah cikgu selalu cakap dalam kelas, waktu date awal je datang, nak ke kelas seterusnya kalau boleh 10 minit sebelum kelas habis baru masuk.
Mengikut nasihat abang keduanya semalam, dia telah memakai pakaian yang lain daripada dia selalu pakai. Biasanya dia hanya pakai blouse dan jeans, hari ini dia pakai dress paras peha. Nasib baik abang pertama dia pernah berikan dress ni sebagai hadiah hari jadi dia tahun lepas, kalau tidak, memang kelam kabut dia mahu cari dress dalam masa yang singkat.
Mukanya pula dihiasi dengan sedikit make up yang dipakaikan oleh Hana dan bukan bedak bayi sahaja.
"Yoonra", Yoonra mengangkat kepalanya perlahan memandang ke arah tuan punya suara. Tersedu dia sekali.
"Handsomenya", Yoonra terus tutup mulutnya apabila dia tersebut perkataan itu secara kuat. Malunyaaaaaa.
Jungwon hanya tergelak kecil.
"Tahu",
"Yoonra pun lawa juga", Kata Jungwon sambil tangannya mengusap belakang lehernya. Janganlah memerah sekarang wahai pipi.
Tak sekarang ni aku yang sedang menaip pun rasa nak terjun.
Tersengih Yoonra. Dia berdehem sambil menyelit rambutnya ke tepi telinga.
"Jom lah masuk, kita beli popcorn dulu", Ajak Yoonra.
Jungwon mengangguk perlahan. Masing-masing memandang antara satu sama lain tak bergerak.
Lama kemudian, baru mereka bergerak masuk ke dalam mall lepas berulang kali menyuruh antara satu sama lain jalan dahulu. Jungwon nak Yoonra jalan dulu tapi Yoonra nak Jungwon jalan dulu. Akhir sekali, serentak berjalan. Settle.
--
Hi...sorry lama tak update, busy for spm 😭😭 spm is in a few days but i have decided to publish one last chapter before the first writing paper hehe, for u guys that has been waiting for this chapter (idk if they are someone who is waiting for it), please wish me luck for doing well in spmㅠㅠ
YOU ARE READING
from day one ; Yang Jungwon
FanfictionKisah aku kejar cinta Yang Jungwon. Siapa aku? Min Yoonra. Kisah Yang Jungwon kejar cinta Min Yoonra. Sejak bila ? Sejak tadika. - slow updated :(