if i win

31 4 1
                                    

Hari perlawanan bola pun dah tiba. Yoonra berjalan mendekati Hana yang melambaikan tangannya. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi mini stadium yang telah dijaga oleh Hana sejak tadi.

"Tak sangka pulak kau nak datang game kali ni", Tanya Hana sambil mengunyah corn dog yang dibelinya daripada penjual tepi jalan di luar stadium.

"Sebab Jungwon ajak", Tersengih Yoonra seorang bila dia teringat saat Jungwon mengajak dia 3 hari lalu.

"Eh, Jungwon datang mimpi kau lagi ke", Terus berubah riak wajah Yoonra. Bahu kiri Hana dipukul dengan agak kuat.

"Apa dalam mimpinya! Dia jumpa aku dalam kelas haritu lah, siapa suruh kau tinggalkan aku sorang-sorang dalam kelas", Yoonra memeluk tubuhnya. Padang bola yang masih kosong belum dipenuhi oleh pemain bola dipandang. Besar juga padang bola ni.

"Mana lah aku tahu, 3 hari lepas? Kau tak cerita kat aku pun! Kawan jenis apa kau ni", Kini giliran Hana pula ingin merajuk.

"Eh? Aku tak cerita kat kau lagi eh? Aku lupa kot hehehe", Yoonra tersengih. Hana hanya melepaskan keluhan perlahan. Kawan dia seorang ni, kalau happy, semua benda dia lupakan.

"Tu tu tu tu!! Diorang dah keluar!!", Bahu Hana sekali lagi dipukul kuat oleh Yoonra. Tapi kali ini, banyak kali pula dia kena. Sakit!! Tapi apa yang dia mampu buat? Tahan sakit je lah.

"Ha ye ye, cuba bertenang, sakit bahu aku wahai anak ayam", Dia menolak tangan Yoonra yang memukul bahu dia.

Yoonra melambai tangannya ke arah Jungwon. Bukannya Jungwon perasan pun.

"Handsomenya pakai jersey bola tu!!!!", Telefonnya dari beg silang yang dipakanya terus dikeluarkan. Aplikasi kamera laju ditekan begitu juga butang simbol kamera. Wujudlah berpuluh gambar Jungwon memakai jersey bola number 23 dalam galeri telefon dia.

"Kenapa 23 eh?", Hana mempersoalkan. Matanya dikecilkan sambil memandang lama nombor 23 yang tertera di belakang badan Jungwon.

"Birthday..aku?", Yoonra menekup mulutnya kerana terkejut. Delulu ke kak oi?

"Birthday kau 23?", Lahanat punya member, kata member sehidup semati.

"23 May lah, kau nak mati ke?",

Hana membuntangkan matanya terkejut. Baru nak terkejut budak ni?

"Eh?!?! Tapi kenapa?!"

"Mana lah aku tahu?! Entah-entah, dia pun sukakan aku kot? Omg omg omg omg", Mukanya dikibaskan. Tiba-tiba muka rasa panas lah pulak.

"Eheyy, takkan lah", Hana ni, cuba support member.

Belum sempat Yoonra ingin balas apa apa, bunyi wisel ditiup oleh pengadil padang buatkan mereka berdua terus fokus ke arah permainan bola tu.

-

Separuh masa pertama permainan sudah tamat, sekolah mereka dah ketuai permainan ni dengan skor 2-0.

Yoonra lap peluh di dahinya dengan kain lap kecil yang dibawa dari rumah. Penat dia menjerit memberikan sokongan kepada sekolahnya, lagi lagi bila Jungwon sedang mempunyai bola di kakinya.

Air mineral yang dibawanya dibuka penutup botol dan diteguk perlahan. Lega tekaknya selepas penat 45 minit menjerit.

Sedang dia berehat tu, notifikasi di telefonnya mengambil perhatiannya. Laju dia buka aplikasi mesej. Hana yang berada disebelahnya hanya memandang pelik.

"Kalau kitaorang menang perlawanan ni, esok cuti lagi, kita keluar pergi tengok wayang nak?",

Mesej yang dia terima daripada Jungwon tu membuatkan dia rasa ingin menjerit. Heol, daebak, jjinja, jeongmal, amazing!

Dia menjerit tanpa bunyi. Muka Hana dia pandang tanpa percaya. Hana mengangkat keningnya tanda dia tak faham apa yang jadi.

Yoonra menghalakan skrin telefonnya bagi Hana nampak. Terus dia sertai Yoonra menjerit tanpa bunyi. Suara perlu disimpan untuk menjerit untuk masa kedua nanti.

-

"oi, sempat eh main telefon?", Tanya Jay. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Jungwon sambil penutup botol air mineralnya dibuka.

"Jay...kau tengok Heeseung send apa...", Jungwon menghalakan skrin telefonnya ke arah Jay. Jay menoleh ke kiri memandang skrin telefon Jungwon.

Hampir tersembur air mineral di dalam mulutnya pada skrin telefon Jungwon. Dia telan perlahan lalu gelak dengan kuat.

"WEHAHAHAHAHAHAHA",

"JANGANLAH GELAKKK, TOLONGLAH AKU", Jungwon merengek.

"Sorry bro, aku tak tahu nak buat apa, aku rasa nak puji si Heeseung ni buat kau macam ni, HAHAHHAHA", Jay masih sambung gelak.

"Lagi 5 minit kita masuk padang balik!", Jerit ketua pasukan bola mereka, Taehyun.

Jungwon mengusutkan rambutnya dan Jay hanya sambung ketawa. Heeseung entah ke mana lepas dia sedap sedap tekan send button.

"Heeseung mana?", Jungwon cuba tanya Sunghoon.

"Toilet", Jawab Sunghoon sambil memanaskan badan dia. Bersedia untuk kembali ke atas padang. Dia mengangkat keningnya tanda kenapa dan Jungwon hanya menggeleng.

"Tak de apa apa", Jungwon menggigit bibirnya memikirkan nasib dia esok. Game ni memang confirm menang dah.

-

Perlawanan bola sudah tamat. Sekolah mereka menang dengan skor 2-1. Hampir seri kalau bukan sebab Jungwon sempat halang di saat akhir.

Lelaki ni, nak juga menang sebenarnya.
Ok ok, sebab sekolah bukan sebab Yoonra. Tapi, yeke?

"Diorang menang!!", Hana dan Yoonra masing-masing menggoncangkan diri antara satu sama lain sambil bersorak gembira.

Yoonra memandang ke arah padang mencari kelibat Jungwon. Nampak sahaja Jungwon, dia terus jerit nama lelaki itu.

Jungwon menoleh kepalanya memandang ke arah tuan suara. Terkejut wajahnya bila dia tahu itu Yoonra. Perempuan yang berada dalam hatinya dalam senyap itu sedang melambaikan tangan sambil menunjukkan ibu jari. Ucapan tahniah juga dia dengar.

Jungwon tersenyum sampai ke telinga. Dia melambai semula ke arah Yoonra dan ucapkan terima kasih.

Yoonra tanpa dia perasan, membuat simbol hati besar di atas kepalanya menggunakan dua belah tangannya.

Jungwon hanya ketawa. Dia malu. Dia berdehem dan perlahan ingin berlalu pergi dari situ. Yoonra yang baru perasan atas kelakuannya terus duduk dan sembam mukanya didada Hana.

Hana menepuk bahu Yoonra dengan perlahan.

"Faham, aku faham perasaan kau, ikutkan aku nak tinggal je kat kau sini tadi", Ujar Hana perlahan. Bahu Yoonra diusap perlahan.

Wajah Yoonra masih berona merah di dalam dakapannya.

MALU!

from day one ; Yang JungwonWhere stories live. Discover now