Sahabat di Musim Salji ( 2 )

92 7 0
                                        

Sejak peristiwa pertemuan mereka malam itu, satu ikatan mula terjalin antara Asahi dan Haruto. Asahi, yang sudah bertahun-tahun hidup dalam kesepian yang menyiksa, akhirnya merasa disayangi dan tidak lagi keseorangan. Kehadiran Haruto mengisi kekosongan yang diidamkannya: seorang teman sejati. Dia bertekad untuk menjaga hubungan yang baru ditemui ini dengan sepenuh hati.

Asahi sering menjemput Haruto, sama ada di tempat kerja sambilan atau di tempat tinggalnya. Bagi Asahi, setiap detik bersama Haruto adalah kurniaan yang berharga.

Kisah yang Sama

Setelah mendengar cerita Asahi, Haruto mendapati takdir mereka tidak jauh berbeza. Ibunya Haruto telah lama menghidap kemurungan kronik dan terpaksa ditempatkan di hospital sakit jiwa. Haruto dan bapanya berjuang keras bekerja siang malam demi menampung kos rawatan. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka. Ibu Haruto ditemui meninggal dunia akibat menggantung diri. Beberapa bulan selepas tragedi itu, bapanya pula menyusul, meninggal dunia akibat dos alkohol berlebihan.

Perkongsian pengalaman pahit itu menjadikan mereka lebih rapat, memahami kesunyian yang pernah menyelubungi jiwa masing-masing.
Rancang Cuti
Di sebuah pusat beli-belah yang sibuk, Haruto menoleh ke arah Asahi dengan mata yang bersinar teruja.

"Asahi," Haruto memulakan bicara, "syukurlah, syarikat saya bagi cuti seminggu. Memandangkan sekarang musim salji, saya bercadang nak main ski ⛷️. Awak nak ikut saya?"

Asahi terdiam sejenak. Wajahnya berubah sedikit, mungkin trauma lama yang berkaitan dengan Krismas dan salji mula mengganggunya. Namun, dia cepat mengawal perasaannya.

"Hmm," Asahi berdeham, senyuman muncul perlahan-lahan. "Memandangkan saya pun seorang CEO yang jarang bercuti, baiklah. Saya buat keputusan, saya akan follow awak."

Haruto memuncungkan mulut, cuba menahan senyuman. "Perlu ke sebut perkataan 'CEO' tu?" dia bergumam separuh berbisik, tetapi tawa kecil tidak dapat ditahan. Dalam hati, Haruto gembira kerana Asahi akhirnya bersetuju untuk keluar dari kepompongnya.

Asahi & Haruto ( BL)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang