Nomin 3

20 2 0
                                        

🎄 Malam Krismas yang Penuh Cinta

Suasana Krismas kali ini terasa amat istimewa. "Selamat Krismas, Hyung," bisik Jaemin lembut sambil menghulurkan sebuah kotak kecil. Wajah Jeno bersinar penuh terkejut saat melihat isinya: sepasang jam tangan Rolex (jam tangan pasangan) yang telah lama diidamkannya. "Sayang, terima kasih banyak untuk hadiah ini!" luah Jeno, suaranya sedikit bergetar menahan sebak. Nilai hadiah itu tidak sepenting keikhlasan di sebalik pemberian tersebut.

Jeno membalas dengan senyuman manis, menyerahkan pula bungkusan hadiah untuk kekasihnya. Di dalamnya, tersimpan sepasang hoodie pasangan berwarna sedondon, tertera ringkasan nama mereka J & J simbol cinta tulus yang mereka kongsi.

"Hyung, I love you," ucap Jaemin tulus, lantas menghadiahkan satu kucupan manis di pipi Jeno. Jeno hanya mampu tersipu malu, hatinya berbunga-bunga dengan tingkah manja buah hatinya.
Mereka kemudiannya beralih ke balkoni rumah, tempat makan malam romantik telah tersedia. Cahaya lilin malap dan bintang-bintang di langit menjadi peneman saat mereka menikmati hidangan.

"Sayang, terima kasih kerana sudi menjadi kekasih Hyung. Hyung rasa seperti manusia yang paling bahagia di muka bumi ini," kata Jeno sambil merenung mata Jaemin.

Jaemin memegang tangan Jeno, matanya memancarkan kasih sayang yang mendalam. "Jangan cakap macam tu, Bae ikhlas dengan Abang. Terima kasih juga sebab Hyung sudi terima kekurangan Bae selama kita bersama," balasnya.

Saat mereka sedang asyik menjamu selera dan berbual mesra, sekeping demi sekeping kepingan salji mula melayang turun, menambah elemen magis pada malam romantis mereka.

"Sayang, salji turunlah!" ujar Jaemin teruja, melihat dengan teliti butiran salji yang memutih di sekeliling. "Ini salji pertama yang turun sepanjang hubungan kita," sambung Jeno penuh makna.

Selesai makan, mereka berdua duduk berdekatan, saling berpelukan dan berkongsi cerita tentang detik-detik indah permulaan kisah cinta mereka, mengukir janji untuk terus menyemai benih cinta hingga ke akhir hayat. Malam Krismas itu menjadi saksi keikhlasan cinta mereka.

Love You.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Nov 11, 2025 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Asahi & Haruto ( BL)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang