Chapter 3 : Conan's Secret

146 8 0
                                    


Gin hulurkan cermin mata Conan sekali lagi kepadanya. Conan pun ambil dengan tangannya menggeletar.

"Ahh..arigatou", kata Conan tergagap, sambil tunduk bawah cuba sembunyikan rasa takutnya.

Gin merenung lihat Conan dengan tatapan tak dapat dibaca. Conan dengan segera beralih muka ke arah lain.

"Kita pernah jumpa ka?", tanya Gin lagi. Thump! Conan berasa dia tidak boleh bernafas seketika.

"Ti...dak.. Saya... Saya tak pernah jumpa ojisan",jawab Conan teragak-agak.Gin merenungnya sekali lagi dengan tatapan itu. Dia pun bangun dan pergi dari situ diikuti Vodka.

Conan menarik nafas lega.Dia dgn segera bangun dan lari dari situ. Orang-orang di situ tak sempat tanya sama ada dia okay tak?

Di Gin dan Vodka..

"Kenapa ni, anaki?", tanya Vodka kepada Gin yang sedang memikirkan sesuatu.

"Budak tu... Kenapa dia buat muka macam tu?", soal Gin sama ada kat dirinya atau kat Vodka.

"Biasalah budak-budak memang takut dengan anaki? Itu perkara biasa..", jawab Vodka hairan. Gin nampak tak puas hati dengan jawapan itu.

"Aku tak rasa begitu..Cara budak tu pandang aku... Mata dia penuh dengan kebencian dan ketakutan. Aku dapat rasakan dia bukan budak biasa dan seperti kami pernah berjumpa sebelum ni. Budak tu...Siapa dia? Perasaan ni?", soal Gin kepada diri sendiri.

"Jadi, ananiki nak aku siasat siapa budak tu?", tanya Vodka.

"Tak perlu, kita ada banyak tugas perlu diselesaikan dan satu lagi. Jangan beritahu siapa-siapa mengenai ini utama lagi Vermouth", pesan Gin.

"Roger", Mereka berdua pun masuk dalam kereta Porsche 356 A. Dan terus pergi dari situ.

Di Conan semula...

'Tak guna! Macam mana aku boleh terjumpa dgn mereka!?Gin...Vodka... Apa yg sedang berlaku ni? Aku harap mereka tak syak apa-apa', soal Conan dlm hati.

Dia terus balik rumah dan masuk ks dalam bilik. Mouri yang tengah tengok konsert Yuko hairan dengan Conan terus masuk rumah macam tu saja tak ckp selamat pulang pun.

"Kenapa dengan budak tu?", soal Mouri. Tapi, dia fikir maybe budak tu penat. Dia pun tak peduli dan sambung balik tengok Yuko.
"Yuko-chan!!!", jerit Mouri dengan lightstick dua-dua di tangannya berhayun ikut rentak muzik. Seronok betul dia.

Conan pula terus terduduk dan sandar di belakang pintu dengan kedua-dua tangannya di kepala.

Dia mula rasa susah bernafas kerana terkejut sebab kejadian tadi.'Macam mana aku boleh tersempak dengan mereka dua?Gin... Cara dia merenung aku tadi... Takkanlah Gin ingat semula pasal Kudou Shinchi? Tak guna! Kepala aku dah serabut ni..', kata Conan dalam hati.

"Oi! Kawan-kawan kau dah sampai ni!",jerit Mouri membuat Conan terperanjat, sedar dari dunianya.

"Ha? Hai!",Conan terus bangun dan keluar dari bilik. Dia pun menuruni anak tangga. Kelihatan Haibara,Ayumi,Genta,Mitshiko dan Agasa sedang tunggu dalam kereta.

"Conan-kun! Hayaku! Nanti lambat sampai!",jerit Mitsuhiko dari tingkap kereta."Hoi Conan! Hayaku! Aku sudah lapar ni...",jerit Genta pula dari tingkap hampir buat kawannya nak jatuh.

"Ha..Genta-kun ni..", mengeluh Ayumi dari dalam kereta bersama Haibara yang geleng kepala.

"Conan-kun... Kenapa kamu belum siap lagi?",tanya Ayumi baru perasan Conan masih lagi pakai baju waktu sekolah tadi.

"Ah... Itu.., Aku baru balik tadi sebab ada hal. Tak sempat", jawab Conan ."Jomlah!Nanti terlambat!",jerit Mitshiko.

"Hai...",Conan pun mengalah.Dia naik atas semula nak salin baju. Conan baru teringat pasal Ran. Dia mengeluh panjang dan serabutkan balik rambutnya.

Detective Conan : The Truth (Rewrite)Where stories live. Discover now