Chapter 8 : Aishiteru ( I love you )

139 8 0
                                    


Ran, Mouri, Amuro, Azusa dan Sonoko sudah berada disitu. Conan batalkan niatnya nak buang drip ubat itu. Ran terkaku seketika apabila dia melihat Conan telah sedar dan senyum kepadanya.

Ran pun berlari ke arah Conan dan memeluknya. Muka Conan kemerahan. Pada masa yg sama,dia berasa sakti di bahagian dimana kaca tertusuk di perutnya tapi dia abaikannya dan biar Ran memeluknya."Conan-kun...", air mata mula bertakung di mata violet Ran. Conan memandang dengan muka bersalah.

"Yukata... Akhirnya,k au sedar juga", kata Ran sekali lagi memeluknya dengan muka berasa syukur. Conan berasa hairan.

"Apa maksud Ran-neechan? Dah berapa lama saya tak sedar diri?", tanya Conan.

"Sudah 2 hari... Conan kun", jawab doktor yang merawat Conan dan telah berada di situ bersana nurse.

"Sensei? Gome, kami tak perasan pun sensei ada di belakang kami", kata Mouri berasa segan.

"Tak mengapa... Lagipun, saya baru saja sampai. Tak sangka korang lebih cepat dari saya", usik doktor itu.

Dia pun pergi ke arah Conan. Nurse yang ikut doktor itu segera memeriksa keadaan Conan.

"Adakah kamu baik-baik saja Conan kun?", tanya doktor itu. "Hmm... Saya berasa okay sekarang", jawab Conan sambil senyum.

Doktor itu pun bercakap dengan mereka. Semasa doktor sedang bercakap dengan mereka. Conan melempar pandangan ke luar tingkap lagi sekali.

Dia ternampak sesuatu. Perasaan itu kembali balik! Conan menundukkan mukanya. Fikiran dia sekarang terlayang. Tiba-tiba ada orang masuk. Rupanya, itu Hattori, Kazuha, Agasa, Haibara dan Detective Boys.

"Minna...Hattori pun?", Conan terkejut.

"Conan-kun. Yukata...Kau sudah sedar", kata Ayumi sambil senyum syukur kat Conan. Genta dan Mitsuhiko jerli pada Conan.

"Oi! Apa yang telah berlaku ha?Ku....Conan! Conan",Hattori segera perbetulkan ayatnya. Kazuha menjerli."Nah, Conan..kami ada bawa buah tangan",cakap Kazuha sambil letak bakul buah itu atas meja. Conan hanya tersenyum.

"Conan-kun... Apa sebenarnya berlaku? Mereka cakap kau kena culik lepas tu tiba-tiba kau boleh terlibat dalam insiden bom. Boleh beritahu kami?",tanya Amuro.

Sejak kejadian hari itu,Amuro tidak rasa tenang. Dia berasakan perasaan yg aneh.

"Ahh... itu...",Conan tidak habiskan ayatnya. Dia tak tahu mahu cakap apa atau bagaimana nak jelaskan kepada mereka semua. Dia kurang pasti patutkah dia beritahu? Tapi, dia sendiri keliru.

"Amuro-san... Conan baru saja sedarkan diri. Berikanlah dia masa... Mesti dia terkejut dengan apa yang terjadi. Aku tahu yang kau berasa tak tenang selama ni... Sabar ya?", kata Azusa sambil pegang bahu Amuro. Conan pula hembus nafas lega.

Amuro mengeluh."Gomei Conan... Aku cuma...", belum sempat Amuro mahu habis kata Conan telah potong."Daijobul Amuro san... Maafkan saya buat korang semua risau", Amuro tersenyum mendengar Conan kata begitu.

Conan masih merasai perasaan itu lagi. Dia berasa gelisah. Dia mengetap bibirnya.

"Doushite, Edogawa-kun? Kau nampak gelisah? Ada sesuatukah?", tanya Haibara apabila dia melihat Conan macam tu."Nie? Tiada apa-apa lah Haibara. Aku cuma... entahlah... Tapi, aku baik-baik saja. Janganlah risau sangat", kata Conan sambil senyum pada Haibara.

Haibara tidak cakap apa-apa."Esok polis akan datang mahu ambil keterangan kau budak! Hari ni tak boleh sebab mereka mahu berikan kau sedikit masa", kata Mouri.

Conan angguk kepala faham. Dia termenung sekali lagi. Ran berasa teragak-agak mahu tanya sesuatu tapi dia tanya juga sebab dia risau.

"Ahh... Conan-kun..", Ran memanggilnya.

Conan pun beralih lihat muka Ran. Dia seperti mahu tanya sesuatu."Sewaktu doktor rawat kamu... Mereka terjumpa sesuatu dalam genggaman tangan kamu.

Polis ada cakap kamu akan cedera ringan sahaja sekiranya tidak patah balik ambil benda tu. Itu apa mereka nampak dlm CCTV. Ia cincin... Cincin itu nampaknya penting bagi kamu Conan. Kenapa perlu gadaikan nyawa untuk cincin itu? Conan-kun mahu beri kepada siapa?", tanya Ran sambil tunjuk cincin itu.

Conan tergaman. Dia tidak tahu mahu cakap apa. Ran sedang menantikan jawapannya begitu juga yang lain. Conan cuba mengelak dari memandang muka Ran. Pipi dia sedikit merah.

"Tak mengapa kalau tak mahu cakap. Aku faham. Kalau macam tu, ini", Ran menghulurkan cincin itu pada Conan.

"Takagi san yang bagi kepada aku. Dia kata bila Conan sedar beri balik padanya. Aku tertanya, cincin ni utk siapa?Conan-kun sudah ada pilihan ya?", usik Ran sambil senyum sinis.

Dia pun tersenyum. Conan memandang ke luar tingkap semula. "Sebenarnya... Cincin itu... Untuk Ran-neechan", kata Conan sambil tidak memandang Ran.

Ran tergaman. Dia berasa terkejut mendengar Conan bercakap begitu. Mereka yang lain berada di situ tu pun sama.

"Apa maksudnya, Conan-kun?", tanya Ran masih nampak shock. Conan memandang muka Ran kali ni.

"Cincin itu... Untuk  Ran-neechan. Shinchi-niichan yang bagi kat saya untuk menjaganya supaya dia boleh memberi cincin itu kat Ran-neechan apabila dia selesaikan kes yang sudah lama dia ingin selesaikan", bohong Conan.

Sebenarnya, kalau boleh dia mahu berikan cincin itu kat Ran bila dia dapat badan dia semula. Cincin tu mak dia yang bagi beberapa hari lepas.

Ran terbeliak mata. Dia tak tau mahu cakap apa sekarang sebab terkejut dan tak percaya.

"Shinchi-niichan suruh saya menjaganya buat sementara waktu hingga dia berjaya selesaikan kes itu. Dia kata, dia takut cincin ni akan hilang sewaktu dia selesaikan kes dakara dia beri kepada saya dan jangan beritahu Ran-neechan", kata Conan sambil beri senyuman nampak gigi.

Muka Ran kemerahan. Dia masih diam."Dia ada cakap lagi... Apabila selesai saja kes itu. Dia akan kembali dan memberi cincin itu kepada Ran-neechan. Dan, dia mahu meluahkan semua perasaan dia selama ni. Mungkin,dia akan cakap 'aishiteru'... Hehe... Dia nampak begitu gembira", Conan mengusik Ran lagi.

Muka Ran makin merah apabila dengar Conan cakap begitu, boleh nampak keluar asap. Begitu juga dengan Conan, dia berasa segan apabila cakap begitu padahal dia sendiri.

"Wow! Romantiknya Shinchi!Untungnya Ran dapat suami sepertinya", Sonoko mula mengusik Ran juga."Oi! Sonoko!", marah Ran masih lagi merah macam tomato.

Conan hanya tersenyum melihat Ran.'Nampaknya... Kau memang cintakan dia, Kudou. Jagalah dia baik-baik...Huh, tak sangka budak tu boleh romantik pula', perli Haibara dalam hati. Dia gelak dalam hati. Haibara tersenyum.

Kazuha berasa terharu mendengarnya. Amuro dan Azusa tersenyum.'Kudou...', Hattori berasa ada sesuatu tak kena dengan Conan.

'Baka... Aku segan cakap begini. Aku memang sudah luahkannya Ran. Aku juga sudah beri cincin itu. Kalaulah aku masih hidup lagi... Kalaulah aku selamat dan memberitahu kebenarannya... Aku harap dapat lakukannya. Ran... Aku mahu bersama dengan kau seumur hidup... Aku akan melindungi kau... Aishiteru... Ran...', bisik Conan dalam hati.

Di suatu tempat...

"Mulakan plan B. Budak tu telah sedar", kata seorang lelaki dlm telefon.

Akan bersambung dlm chapter 9...
Memang romantik betul Shinchi..Saya cuba fikir mcm2 ayat apa Conan nk ckp pd Ran bila dpt tahu tentang cincin tu..Nk buat story pasal detektif mmng susah sbb kena berfikir mcm detektfi juga
Jadi,maaf sekiranya saya tersilap apa2

Aishiteru = saya cintakan kamu😘😘😘

Detective Conan : The Truth (Rewrite)Where stories live. Discover now