-1-

45 4 0
                                    

2012

"Opocot !" Aku yang sedang duduk bersila di padang sekolah itu tiba - tiba dikejutkan dengan sergahan Afifah.

"Amboii usya Dian sampai tak dengar aku panggil ea"

Tadi Afifah menyuruh aku menunggunya sekejap untuk menolong seorang guru , eh aku pergi ke padang pula tengok encik crush main bola.

"Apa kau ni , mana ada!" aku membantah keras apa yang dikatakan Afifah tadi walaupun hakikatnya memang benar hehe.

"Yelah yelah , jom lah kau nak balik tak? ke nak tunggu Dian yang hantar heh"

"Kau ni nanti dia dengar kang!" sambil menarik Afifah keluar dari kawasan padang , risau perbualan kami didengari Dian.

"HAHAHAHAHA , yelah yelah jom balik"

"Haa jom"

Kami berjalan balik ke rumah bersama - sama , walaupun agak jauh tapi tidak terasa kerana kami berdua rancak sangat berborak , dan sampai pun kami di depan rumah aku , Afifah menghantar aku terlebih dahulu seperti biasa lalu dia akan berjalan pulang sendirian ke rumahnya yang tidak terlalu jauh dengan rumahku.

"Weh malam ni kau lepak kat gerai aku tak?" tanya aku

Ibu bapa aku mempunyai gerai makan yang tidak berapa jauh dengan kediaman mereka , agak terkenal juga memandang gerai makan itu sahaja yang berdekatan di taman perumahan itu.

"Aku rasa tak weh , aku ikut parents aku gi balik kampung"

"Alooo , jadi selama cuti seminggu ni kau tiada lah? mesti bosan aku masa cuti nanti sebab kawan baik saya yang comel ni tiada" ucap aku dengan nada yang sengaja di gedik kan.

"Iyaa tiada , takpe kau ajak je Dian lepak dengan kau seminggu ni"

lah tak habis nak usik aku dengan Dian ish , aku mencebik.

"Ish dah lah byee , nanti rindu ke apa , call je I okay bebeh" gurau aku , sambil membuat tangan seolah olah menelefon seseorang.

"HAHAHAHA okayy bebeh , byee" ucap Afifah sambil berura ura ingin pergi.

"Assalamualaikum ibu abah" aikk sunyi je.

Ting! , bunyi notifikasi Whatsapp berbunyi tanda ada mesej yang masuk.

"Assalamualaikum Sofya , ibu dengan abah pergi rumah maklong sekejap. Kalau lapar makan je nasi. Ibu dah masak"

"Kenapa ibu kat rumah maklong?"

"Anak angkatnya baru pulang dari luar negara , Sofya"

aku membiarkan mesej itu sambil membuat mulut berbentuk O lalu menutup aplikasi Whatsapp itu.

"Haihh bukan nak tunggu aku balik" rungut aku sambil membuka tudung saji.

Mak aih sakan gila mak aku masak harini.

Tempoyak ikan patin oiii. Kecut air liur :P.

SeAmin , Tak SeIman [OG]Where stories live. Discover now