Aku berjalan malas ke gerai makan ibu bapa aku. Harini ingatkan boleh bersantai - santai memandangkan hari ini memang hari cuti namun ibu abah meminta jaga kedai pula sebab mereka ada emergency di luar katanya. Jadi sebagai anak yang baik kita kena lah tolong , ceh.
Aku mula membuka kedai lalu masuk dengan mendahulukan kaki kanan selepas memberi salam.
"uishh masih awal pagi lagi , kemas - kemas dulu lah" Aku mengemas sedikit meja - meja yang berada di gerai. Selepas berpuas hati , Aku mula mengeluarkan bekas - bekas yang berisi bermacam - macam makanan air tangan ibu sendiri dari rumah.
"Nasi lemak ada , kuih muih ada , itu ada , ini ada... okayyy cun!" lalu aku membuka kedai tanda sudah sedia melayan pelanggan pada pagi ini.
Bunyi derapan kasut kedengaran.
Pelanggan pertama kita pada hari ini hehe.
Aku segera bangun dari kerusi plastik untuk menyambut pelanggan aku itu. Lelaki berpakaian t-shirt hitam dengan seluar jeans. Perkara pertama yang menyinggah mata aku pada ketika ini.
Handsome.
Itulah benda pertama yang singgah di kepala otak aku ini selepas puas menilik lelaki dihadapnya ini.
Tengok muka macam sebaya - sebaya aku je. bisik hati aku. Haishh dah dah , menyempat pula aku ni. Ingat sofya kau dah ada Dian hehe.
"Selamat pagi , nak apa ya?"
"nasi lemak telur mata 3" dengan tangkas si Sofya Shahna yang comel ni pun membuat kerjanya.
Entah mengapa tengah - tengah aku ingin meletakkan sambal ikan bilis itu ke dalam bungkusan daun pisang berisi nasi lemak terpercik pulak sambal itu. Habis baju pemuda dihadapan aku! Siap pakej melekat kat pipi!
"Mak aii dah kenapa kau nii?!"
Makkk !
"Eh bangg sorry bang" Aku dengan perasaan bersalah mula berlari ke belakang dapur untuk mengambil kain bersih.
"Tak payah nak sentuh aku lah budak , Kain kau guna tu tak tahu lah bersih ke tidak. Main guna je. Habis lah baju aku ni" balas lelaki itu sambil menjauhkan diri dari aku.
"Wah wah kalau kau ragu - ragu dengan kebersihan kedai ni. Kau dah kenapa datang sini jameon? Pergi lah restoran ke apa. Halah acah je pakcik ni" hilang terus perasaan bersalah pada diri. Sedap betul ea panggil aku budak.
"PAKCIK KAU PANGGIL AKU?! kau dengar sini budak , mama aku yang- " belum sempat dia menghabiskan ayatnya aku telah terlebih dahulu memotongnya.
"Wahh budak eh? Ok takpe. Kita setel sampai sini je lah ea. Malas nak membazir air liur pagi - pagi ni"
Aku tangkas menyiapkan nasi lemak yang di order oleh lelaki kurang ajar didepan aku ini. Takpe , pelanggan selalu betul kan. Walaupun tengah marah tetapi pesanan yang dipesan mestilah diutamakan.
Aku sudah mengetap bibir. Buat rosak mood pagi aku jelah mamat ni. Plastik berisi nasi lemak aku hulur ke lelaki itu.
"5 ringgit"
"Hah?" berkerut dahi aku.
"Haihh bagi aku bayar semua ni 5 ringgit" kata lelaki itu.
"WHAT !"
"What?"
"What what?!"
"Hengko dah kenapa? what what what , nah , tutup mulut tu" Wang 5 ringgit di letakkan di depan aku. Lalu dia pergi.
WEHHH GERAM SUNGGUH AKU !! kalau aku jumpa dia lagi memang aku cili - cili mulut dia arghhh.
YOU ARE READING
SeAmin , Tak SeIman [OG]
RandomPertemuan pertama yang aneh. Mereka mula bertemu di gerai nasi lemak kepunyaan ibu bapa Sofya. Tiba - tiba jadi kawan sekelas pula. Siapa sangka sepanjang cerita mereka. Salah seorang telah pun menaruh hati. Mereka kesana kesini bersama. Hinggalah...