Chapter 3 : Jihoon Story

27 7 1
                                    

( Jihoon POV )

Satu suara yang familiar memanggil namanya. Satu ruangan yang sangat gelap tanpa ada sebarang cahaya di dalamnya. Hanya ada Jihoon berseorangan berdiri di tengah-tengah kegelapan.

Hyung....

Suara itu memanggilnya lagi. Namun, kali ini suara itu terdengar lebih jauh daripada yang sebelumnya. Jihoon melihat sekeliling melihat jika ada tanda-tanda cahaya yang akan membawanya keluar daripada mimpi ngeri ini.

Malangnya, tiada cahaya yang kelihatan. Jihoon berputus asa dan kembali menutup matanya berharap agar dia dapat segera bangun.

Hyung!

Jeritan itu sangat kuat sehingga membuatkan Jihoon tersedar. Sebaik dia membuka matanya, sebuah cermin yang sangat besar berdiri teguh di hadapannya. Jihoon perlahan mendekati cermin itu dan menatap bayangan yang dipantulkan oleh cermin itu. Dia peralahan menyentuh cermin itu, membelai pantulan dirinya yang berada di dalam cermin.

" Ini adalah diriku... " gumam Jihoon sendirian.

Hyung...

Sekilas bayangan dirinya tadi berubah menjadi susuk tubuh orang lain. Bayangan di dalam cermin itu menunjukkan senyuman yang manis tetapi menyeramkan, matanya merenung Jihoon yang sedang ketakutan melihat wajah yang familiar, pakaiannya merupakan seragam sekolah dan penuh dengan darah yang menitis ke lantai.

" Mengapa kau menolakku, Hyung? "

ARGHHHHH!

Jihoooh tersedar daripada tidurnya. Dia memegang dadanya yang tiba-tiba terasa sakit. Wajah itu, adalah wajah yang dia ingin lupakan. Dia tidak mahu lagi terikat dengan masa lalu yang gelap itu. Namun, sesuatu masih tidak membenarkannya meninggalkan masa lalu itu.

Jihoon melihat ke arah jam yang berada di atas meja, bersebelahan dengan katilya.

" 7.55 pagi... 7.55 pagi?! Sh*t aku dah terlambat! " Jihoon segera bangun dari katilnya dan menju ke bilik air. Mencuci muka dan memberus gigi kemudian mandi. Selesai mandi, dia menyarung seragam sekolahnya dan berlari ke dapur untuk mengambil sekeping roti di atas meja.

Setelah itu, dia menyarung kasut dan segera berlari ke luar menuju ke sekolah. Roti yang di tangan di masukkan ke dalam mulut sedikit demi sedikit. Para pelajar yang lain juga sudah mula berlari menuju ke pagar sekolah. Di hadapan pagar sekolah, Hyunsuk seperti biasa sudah bersiap sedia dengan pembari dan buku notanya untuk mendenda pelajar yang lambat.

Jam sudah menunjukkan pukul 7.59 pagi! Jihooon dengan sekuat hati memecut masuk ke dalam pagar sekolah, meninggalkan rotinya yang terjatuh di tengah jalan.

8.00 pagi. Pang! Pintu pagar sekolah ditutp , para pelajar yang ketinggalan dipaksa berbaris untuk diambil nama sebelum ditentukan denda yang akan dikenakan.

Jihoon menarik nafas lega apabila dia sudah berada di dalam kawasan sekolah. Hyunsuk-hyung pasti akan membunuhnya jika dia datang lewat lagi hari ini kerana dia sudah datang lewat lebih daripada 3 kali. Jika dia lewat buat kali ke-4, Hyunsuk-hyung akan menyuruhnya mencabut rumput di padang. Sudah tentu dia tidak mahu melakukan itu.

Jihoon berjalan ke kelasnsya yang berada di hujung koridor. Hanya dengan selangkah, semua mata di situ merenung kearahnya dengan pandangan yang jijik. Namun, Jihoon langsung tidak terguncang dengan cara pandangan para pelajar itu. Selama 3 tahun, setelah kejadian itu... dia sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini.

" Park Jihoon! " Junghwan memanggil Jihoon dengan suara yang kuat. Jihoon sudah penat dengan perangai Junghwan yang sentiasa mengejeknya jadi dia langsung tidak menghiraukan jeritan Junghwan itu.

" Woi, Park Jihoon! " Junghwan memegang bahu Jihoon dengan kuat, memaksa Jihoon untuk berhenti melangkah. Jihoon tidak berkata apa-apa, dia hanya merenung mata Junghwan dengan tatapan membunuh.

" Tenang, tenang. Aku tahu kau marah tapi kau takkan membunuhku kan? " kata Junghwan dalam nada mengejek.

" Jika tiada apa yang ingin kau bincangkan aku akan pergi. " Jihoon berpusing dan mula berjalan pergi namun dihalang oleh Junghwan.

" Ke tepi. "

" Aku tidak mahu. Apa yang kau akan lakukan? Bawaku ke atap sekolah dan menolakku jatuh? HAHAHAHAHAHA "

" Hentikan So Junghwan. " Jihoon memberi amaran kepada Junghwan yang sudah melampaui batas.

" Aku lihat kau semakin bersenang-senang sekarang Park Jihoon. Adakah aku perlu mengingatkan kembali bahawa kau tidak berhak untuk bahagia setelah apa yang kau lakukan kepada Sean? " kata-kata Junghwan itu membuatkan Jihoon tergamam.

" HAHAHAHAHA. Baiklah, baiklah mari hentikannya. " Junghwna melangkah pergi meninggalkan Jihoon keseorangan. Jihoon menggenggam tangannya dengan kuat membuatkan kuku tertusuk ke telapak tangannya. Darah mula menitik menyusuri tangan Jihoon.

" Jihoon-hyung! " seseorang menjerit namanya. Jihoon melihat ke belakang. Kim Junkyu, sedang berlari dengan buku di tangannya, rambut yang serabai dan juga pakaian yang serabai.

" Adakah anda lambat juga, Hyung? " Junkyu menunjukkan senyuman manis kepada Jihoon. Asalnya Jihoon ingin menghindari dari menjawab pertanyaan itu, tetapi dia tidak dapat mengelak melihat pandangan mata Junkyu yang mengharapkan jawapan darinya

" Y- Ya... " balas Jihoon perlahan, menghindari pandangan mata Junkyu. Junkyu membetulkan pakaiannya, rambutnya dan memasukkan buku-buku yang dipegang ke dalam beg yang digalasnya. Dalam seketika, lelaki yang serabai tadi berubah menjadi pelajar yang sangat kemas.

" Adakah anda tidak apa-apa hyung? Muka anda terlihat pucat. " Junkyu mendekatkan mukanya ke muka Jihoon, meneliti setiap sudut wajahnya. Jihoon yang asalnya menghindari muka Junkyu itu kini memandang ke arah mata Junkyu yang bersinar-sinar. Mungkin dia baru menyedarinya sekarang, muka Junkyu terlihat sangat familiar dengan seseorang. Seseorang yang ingin dia lupakan.

" Lupakan. Jangan kacau aku. " Jihoon menutup dan menolak muka Junkyu jauh dari mukanya. Kemudian berjalan pergi meninggalkan Junkyu.


Sepanjang kelas, Jihoon hanya tidur tanpa mendengarkan perkataan yang diajarkan guru dihadapan. Tiada guru yang memarahinya. Itu kerana guru-guru sudah terbiasa dengan perangainya. Jika ditegur bukannya berubah, malah makin menjadi-jadi kelakuannya itu. Jadi para guru sudah muak dengannya.

Tidak ada yang mahu berbual dengannya juga. Sama ada semasa waktu rehat atau pulang Jihoon sentiasa berseorangan. Tiada yang menemaninya bahkan tiada yang ingin menjadi rakannya.

Selalunya, apabila waktu pulang, Jihoon tidak akan terus pulang ke rumah. Dia akan naik ke atas bumbung sekolah. Dia tidak melakukan apa-apa di sana. Dia hanya termenung menikmati langit petang. Sekali-sekala dia akan melihat ke bawah, apabila para pelajar dengan gembira berjalan keluar daripada pagar sekolah. Berbeza dengannya, dia sentiasa berseorangan. Hanya ada dirinya sahaja.

Kadang-kadang Jihoon cemburu melihat keakraban mereka. Melihat mereka bergelak ketawa tanpa memikirkan apa-apa masalah membuatkan Jihoon terasa seperti hanya dia sahaja yang tidak gembira. Apa yang difkirkannya setiap kali dia melihat pelajar lain adalah...

" Wah... tuhan pasti sangat membenciku. " Itulah yang sentiasa terlintas dalam fikirnnya.


Jihoon masuk ke dalam rumah dan baring di atas lantai di ruang tamu. Lantai itu terasa sangat sejuk. Jihoon tinggal berseorangan. Ibu bapanya telah membuangnya sejak kejadian itu. Kata-kata mereka masih terngiang-ngian di telinga Jihoon.

" Aku tidak perlukan seorang anak yang membunuh! " itulah yang dikatakan ayahnya sebelum menghalau dia keluar. Jihoon menutup matanya dengan tangannya, menahan air mata daripada keluar.

Adakah dia melakukan kesalahan yang besar sehingga dia terpaksa menghadapi kesukaran seperti ini? Dibuang keluarga, dipalau di sekolah dan Junghwan tak guna itu sentiasa mengganggu hidupnya. Di dalam dunia ini, adakah dia benar-benar boleh bahagia?



ICE CREAM | KIM JUNKYU★Where stories live. Discover now