Chapter 7 : Taruhan

10 0 0
                                    

" Aku tidak bisa memahami semua ini! " Keluh Jihoon. Timbunan buku dihadapannya itu dijadikan seperti bantal. Kepalanya sudah tidak bisa bertahan dan dibaringkan di atas timbunan buku itu. Matanya pula sudah berkedip-kedip kerana ingin tidur.

" Shhhh. Kita berada di perpustakaan. Adakah kau mahu kita dihalau keluar? " kata Junkyu.

Ya. Setelah habis sesi persekolahan hari ini, meereka berdua menghabiskan waktu petang mereka di perpustakaan bagi mengulangkaji pelajaran untuk mengahadapi ujian akhir semester. Pada awalnya Jihoon yang sangat bersemangat untuk mengulangkaji di perpustakaan. Namun, lihatlah apa yang terjadi sekarang.

" Aku dah tak sanggup lagi. " Jihoon menutup bukunya. Dia sudah berputus asa untuk mengulangkaji. Dia tidak bisa memahami satu perkara pun yang tertulis di dalan buku itu.

" Kita baru sahaja belajar selama 30 minit. " kata Junkyu. Junkyu dari tadi hanya tekun membaca buku dan mencatat nota penting ke dalam buku catatannya.

" Aku tidak pernah belajar lebih daripada 10 minit. Ini boleh menjadi pencapaian baharuku. " kata Jihoon dengan bangga. Junkyu tidak menghiraukan kata-kata Jihoon dan terus tekun menulis notanya.

" Hey, Kim Junkyu. " Jihoon berbisik memanggil nama Junkyu. Junkyu mengalihkan pandangan ke arah Jihoon.

" Bukankah ini harinya? " sambung Jihoon. Dia mula menunjukkan senyuman seramnya. Junkyu mula merasa tidak sedap hati.

" Hari untuk apa? "

" Hari untuk benda tu... " Jihoon mengenyitkan sebelah matanya sebagai 'hint' kepada Junkyu.

" Kau bawa tak bendanya? " tanya Junkyu.

" Sudah tentu aku bawa. " jawab Jihoon dengan senyuman terukir pada mukanya.

...............................

" Ah.... akhirnya aku terasa seperti hidup kembali! " kata Jihoon. Dia terasa lebih segar dan gembira selepas memakan sepinggan tteokbokki.

" Kau yang belanja kan? " tanya Junkyu.

" Aku akan belanja hari ini sahaja kerana kita ada koupon. " jawab Jihoon. Koupun ditangannya dilambai-lambai dengan banggannya.

" HAHAHAHA.... " gelak Junkyu. Jihoon hanya tersenyum melihat Junkyu yang sedang sibuk menahan kepedasan memakan tteokbokki itu.

Sejak hari itu, hubungan mereka berdua semakin rapat. Sama ada di sekolah ataupun di luar sekolah, mereka sentiasa bersama. Junghwan pula sudah tidak lagi mengacau Junkyu. Mereka gembira kerana keadaan sudah menjadi sedia kala.

" Kau rasa siapa yang akan menduduki tempat pertama untuk ujian kali ini? " tanya Jihoon.

" Aku tak tahu. " jawab Junkyu selamba, sejujurnya dia tidak terlalu kisah dengan keputusan ujiannya. Baginya itu hanyalah hal yang remeh saja.

" Ya, betul juga. Boleh jadi Hyunsuk, boleh juga jadi Haruto. Hey,Junkyu, ingin bertaruh? " tanya Jihoon.

" Bertaruh tentang apa? "

" Siapa yang akan mendapat tempat pertama untuk ujian kali ini? Hyunsuk atau Haruto? Jika kau kalah kau perlu belanja ais krim. Setuju? "

" Aku tak pasti tentang benda ni... "

" Janganlah begitu Junkyu.... Kita hanya bertaruh. "

" Ba...baiklah. " akhirnya Junkyu terpaksa akur saja dengan kehendak Jihoon itu.

" Aku akan bertaruh untuk Hyunsuk yang akan dapat tempat pertama kali ini. " kata Jihoon.

" Aku akan bertaruh untuk Haruto. "

ICE CREAM | KIM JUNKYU★Where stories live. Discover now