Chapter 8 : Jaehyuk & Doyoung

9 2 0
                                    

"  Tahniah kepada semua kerana berjaya mengharungi ujian pada minggu ini. Kita jumpa lagi selepas cuti musim panas. " kata guru yang bertugas sebelum membenarkan para pelajar keluar daripda kelas . Semua pelajar di dalam kelas dengan gembiranya melangkah keluar. Siapa saja yang tidak berasa gembira selepas ujian?

" Akhirnya cuti musim panas telah tiba! " jerit Jihoon dengan gembiranya.

" Adakah kau begitu gembira mengenainya? " tanyaku.

" Sudah tentu! Aku sudah menunggu dengan lama untuk saat ini. Waaah, saya tidak sabar untuk semua itu! " 

" Park Jihoon! " tiba-tiba seseorang memanggil nama Jihoon dari arah belakang. JIhoon dan aku berpusing dengan serentak.

" Oh kalian rupanya. Jaehyuk, Doyoung. " balas Jihoon. Namun mukanya tidak menunjukkan reaksi gembira seperti sebelumnya.

" Adakah kau ingin memberitahu satu sekolah bahawa sekarang sudah tiba musim panas? " usik Jaehyuk.

" Sudah tentu aku perlu memberitahu semua orang. Mungkin ada yang tidak tahu kerana mereka pekak seperti kau. " balas Jihoon.

" Adakah kau cuba mengejek aku?! " Jaehyuk mula naik angin apabila mendengar balasan Jihoon itu.

" Mana ada. Aku cuma menjawab pertanyaanmu. " kata Jihoon dengan santai.

" Kau! " 

Aku berjalan mendekati Doyoung untuk menghindari pergaduhan antara mereka berdua. 

" Kau pasti terkejut kan? " tanya Doyoung kepada Junkyu.

" Apa? " 

" Jihoon dan Jaehyuk. Hubungan mereka. Bahkan mereka tidak pernah bercakap atau menegur satu sama lain. " sambung Doyoung.

" Oh, tak adalah saya tidak risau. " balasku.

" Ini kali pertama... aku melihatnya bergembira dan tertawa bersama orang lain." kata Doyoung lagi. Kali ini dia memberikan satu senyuman sinis. Matanya masih tertumpu ke arah Jaehyuk dan Jihoon yang masih bergaduh.

" Apa? " Junkyu heran.

" Biar aku perkenalkan diri sekali lagi. Aku Doyoung, Kim Doyoung dan dia adalah Jaehyuk. Yoon Jaehyuk. " Doyoung memperkenalkan diri.

" Oh... aku Junkyu, Kim Junkyu. Selamat berkenalan. " Aku membalas Doyoung dengan senyuman.

" Adakah kau sudah tahu mengenainya? Kim Sean... " 

" Ya... " Kesunyian menyelubungi tempat kami sebentar.

" Mengapa kau memilih untuk bersama dengannya selepas mengetahui perkara itu? "

" Aku memilih untuk mempercayai dia. "

" Mengapa kau memilih untuk mempercayainya? Kau baru sahaja mengenalinya. Orang yang lebih lama mengenali dia bahkan tidak mempercai dia. "

" Ada sesetengah perkara, yang manusia tidak boleh tipu. Itu apa yang aku nampak dalam mata dia. Dari saat pertama kali aku jumpa dengan dia. Tambahan pula dia memang tak pandai menipu. "

" Hahahahahaha. Kau sangat unik Junkyu. "

" Kau mungkin tidak tahu tetapi Jaehyuk sangat mengambil berat tentang Jihoon. Mereka sudah seperti adik beradik. Sean, Jaehyuk, Junghwan dan Jihoon. Selepas kematian Sean, Jihoon dan Junghwan semakin berjauhan. Tidak kira apa yang Jaehyuk lakukan, hubungan mereka bertiga tidak akan kembali seperti dulu. "

" Itulah yang Jaehyuk percaya pada awalnya. " sambung Doyoung lagi, kini dia merenung ke arah Junkyu.

" Oh? "

ICE CREAM | KIM JUNKYU★Where stories live. Discover now