BAB 7

16K 645 73
                                    

Fatin mendongakkan kepalanya untuk melihat insan yang berada dihadapannya, dan 'zzuupp' bertemulah seorang lelaki yang memakai baju melayu berwarna hitam dan berseluar slack hitam iaitu rakan kepada si Rayyan iaitu Amirul, manakala disebelah Amirul juga dia dapat melihat 'crushnya' yang memakai baju berwarna biru sedondon dengannya yang juga berbaju kurung dan tudung berwarna biru, 'eh eh samalah pula' yang kini sedang memandangnya dengan tajam lalu dia pun berkata "ah mm sorry sorry" Fatin berkata sambil memandang lantai.

"it's okay Fatin, Fatin tu kena hati-hati tau, bahaya kalau buat macam tu tadi" Rayyan menegur lembut sambil matanya memandang lunak kepada Fatin.

Amirul yang melihatnya mula rasa hendak mual, geli tekak tengok orang jatuh cinta ni. "it's okay Fatin, ayah mana?" Amirul bertanya kepada Fatin.

"Dekat dapur dengan ibu". Fatin menjawab sambil menentang mata Amirul yang berwarna koko itu, dia berani menentang mata Amirul, tetapi dia tidak berani menentang mata bersama si Rayyan.

"ouhh okay"Kata Amirul lalu pergi meninggalkan mereka berdua untuk menuju ke meja makan.

Rayyan yang melihat perbualan diantara Amirul dan Fatin menjeling tajam kepada Amirul 'kau mana boleh cakap dengan babygirl aku', tetapi Amirul hanya buat tidak tahu saja, sudah biasa dengan perangai kawannya itu, kuat cemburu... 'mohon tabahlah Fatin'

Fatin hanya mengangguk lalu dia pula ingin lari dari keadaan tersebut tetapi apakan daya, dia ke kanan, Rayyan pun ke kanan, dia ke kiri Rayyan pun ke kiri. 'eh eh ni nak main-main ker apa ni' Fatin yang mulai geram mula menaikkan suara tanpa sengaja "Ish! ketepilah!"

Rayyan yang terkejut terus saja berdiam diri dan Fatin yang melihatnya mulai gelabah. "sorry sorry saya tak bermaksud nak..." tanpa menghabiskan ayat tersebut Rayyan terus memintas, "it's okay babygirl, I know I know" Rayyan berkata sambil tersenyum manis.

Fatin yang melihat senyuman itu terus saja berlari mendapatkan ibunya. Tetapi bukan sahaja dengan senyuman itu, tetapi dengan perkataan 'babygirl' itu, seperti sama dengan si 'stalkernya' yang selalu memanggil namanya dengan 'babygirl'.

Rayyan yang melihat Fatin terkedek-kedek lari mendapatkan ibunya didapur hanya tersenyum. Rayyan faham Fatin masih malu-malu dengannya, jikalau Fatin naikkan suara tanpa sengaja Rayyan dapat mengagak bahawa Fatin sebenarnya 'nervous ' apabila bersama dengannya. Tengok sajalah tadi, selepas naikkan suara terus saja dia meminta maaf.

Rayyan tanpa membuang masa terus saja mengikuti si Fatin untuk ke dapur.

"eh Rayyan, awalnya kamu sampai dengan Mirul" kata Datin Linda

"haah saja nak datang awal, takut terlepas majlis pula nanti" balas Rayyan

Amirul yang melihat Rayyan hanya menjulingkan mata 'macamlah aku tak tahu apa niat kau sengal'. Rayyan pun turut membalas pandangan Amirul 'diam lah kau mangkuk'.

"eh Rayyan, Mirul jomlah kita sembang dekat ruang tamu, ni duduk dekat dapur pula" Dato Ilham mengajak Rayyan dan Amirul untuk ke ruang tamu.

"eh tak pelah" Kata Rayyan. Niat sebenarnya hanya mahu melihat kekasih kecilnya ini membantu ibunya di dapur. Sebab itulah dia mahu duduk di dapur ini sehingga semuanya selesai.

Amirul yang melihat Rayyan itu terus berkata "tak pelah Abang Am, mehlah kami tolong juga, kami kan datang terlebih AWAL harini hehehhehhe" perkataan AWAL ditekankan seraya melihat Rayyan yang tersenyum seperti kerang busuk. 'bagus kau Mirul, macam tahu-tahu jer'.

"Abang Am nak kami tolong apa-apa tak?" Rayyan bertanya kepada Dato Ilham.

"eh hm boleh juga, tolong angkat kejap pinggan mangkuk tu ke depan pastu tolong bawakan makanan-makanan yang telah siap dihidang tu ke depan."

His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )✅️Where stories live. Discover now