BAB 16

14.1K 594 123
                                    

'Cukup kau disampingku'


"Ehem" semua mencari siapakah gerangan yang mengganggu waktu makan mereka.

"Eh Tuan Rayyan!" Kata Farhan dengan teruja lalu menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan idolanya itu. Rayyan menyambutnya dengan baik. "Saya Farhan, saya minat sangat dengan Tuan, saya suka dengar taklimat Tuan tadi. Tuan dapat dijadikan idola untuk saya berjaya dalam perniagaan nanti. Hehehehe" kata Farhan.

"Eh jangan panggil saya, Tuan. Panggil je saya Abang, Abang Rayyan. Terima kasih, tapi sebaik-baiknya janganlah jadikan abang sebagai idola.. sebaliknya jadikanlah Nabi Muhammad SAW sebagai idola Farhan. Abang ni orang biasa-biasa saja hahaha" kata Rayyan merendah diri.

"Hehehehe baik ab--abang.. Terima kasih abang."

"Pergh bagus gila Tuan Rayyan ni" kata Amira separa berbisik kearah kedua rakan karibnya.

"Itulah tu, terkedu jap aku" kata Diana. Manakala Fatin pula hanya diam membatu sambil menundukkan kepalanya. 'masa bila pula mamat ni datang sini, bukan dia dah pergi ke tadi.. huwaa wanna cry'

"Korang pun boleh panggil saya, abang.. don't need to call me Tuan" kata Rayyan sambil memandang kearah Diana, Amira dan Fatin. 'Tambah-tambah lagi babygirl aku panggil, psstt can't imagine, my dream will comes true'. Bukan dia tidak dengar apa yang dibisikkan oleh mereka tadi. Telinganya ini tajam bak helang.

"Yang tiga orang gadis secomel molek ni nama apa ya?" Tanya Rayyan.

"Saya Amira"

"Saya Diana"

"..."

"Oit kau termenung apa?" Amira menyiku tangan Fatin apabila mendapati dia diam terlalu lama.

"Huh?"

"Ahh yang ni tak payah, abang dah kenal dah. Fatin Adeera Binti Dato Ilham." kata Rayyan. Lalu semua tercengang. Fatin lagi lah, merah mukanya itu.

"Abang kenal dengan Fatin sebab abang kawan dengan ayah dia, betul kan Fatin?" Kata Rayyan sambil mengeyitkan matanya.

"Uish paduu naw!" kata Amira.

"Wow untunglah kau Atin" kata Farhan

"Hahahaha" Fatin hanya mampu ketawa.

"Dalam diam eh kau, dah kenal rupanya. Patutlah time dia masuk tadi reaction kau biasa-biasa ja" Diana berbisik kepada Fatin.

"Hm hehehehe" kata Fatin. Dia sekarang ini berada dalam situasi cemas dan kekok. Dia tidak tahu untuk berkata apa-apa.

"Korang tengah makan ker? Tanya Rayyan kepada mereka semua.

"Haah tapi nak habis dah pun" kata Farhan.

"Ouh kalau macamtu, boleh tak saya nak minta tolong?"

"Tolong apa?"

"Tolong bawa abang ronda kawasan-kawasan ni, abang tak dapat nak cam lagilah tempat-tempat baru macamni"

"Ouhh boleh-boleh" kata Farhan dengan gembira. Dia teruja kerana dapat menjadi tour guide idolanya itu.

"Korang kalau nak ikut pun boleh" kata Rayyan kepada 3 orang gadis tersebut.

"Bolehkah?! Jom-jom" kata Amira lalu menarik tangan kedua rakannya itu.

"Jom, naik kereta abang" kata Rayyan sambil menunjukkan senyumannya itu. 'Yes, dapat naik dengan baby, tak dapat berdua. Berempat pun jadilah'

His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )✅️Where stories live. Discover now