BAB 13

13.8K 595 54
                                    

'Say my name if you love me let me hear you'



"Hahahaha ibu ni jangan buat lawaklah, tak mungkinlah dia nak pandang kakak ni. Kakak cuma budak yang tak matang, dan masih belajar lagi.." Fatin cuba untuk menenangkan jantungnya yang kini berdegup kencang.

"Tak, dia serius. Dia cakap dia nak kenal dengan kakak dulu. Nanti bila dah tiba masa yang sesuai barulah dia nak pergi ke fasa yang seterunya. Ya, ibu faham, ibu ingat dia main-main juga, tapi bila tengok dia bersungguh-sungguh depan ibu dan abah.. siap datang dekat rumah dan minta izin, kami cubalah untuk bagi dia peluang" kata Datin Linda.

"Tapi ibu, kat luar sana mesti ramai lagi perempuan yang lawa, pandai, berkerjaya. Nak dibandingkan dengan kakak ni, apalah sangat.. nothing" Fatin mengeluh. Didalam hatinya berasa gembira tetapi dalam masa yang sama dia memikirkan masa depannya, dia takut jikalau Rayyan hanya mempermainkannya.. tambahan pula dengan sikapnya yang lalu yang menunjukkan bahawa dia seorang terlalu 'possesive'.

" Ya, ibu tahu.. tak apalah kakak, kakak buatlah solat istikharah, jikalau kakak dapat petunjuk tentangnya... Kakak beritahu saja dengan ibu dan abah.. kami akan terimanya dengan hati yang terbuka.. jangan risau, kami tak akan paksa kakak." Datin Linda terus memberikan nasihat kepada Fatin supaya sentiasa meminta pertolongan kepada Yang Maha Esa kerana dengan Dia lah saja yang mampu menolong kita.

"baik ibu, terima kasih ibu."

"Sama-sama princess, jaga diri, apa-apa call ibu dengan abah okay?

"Okay, baiklah.. ibu pun.. kirim salam dekat abah"

"Okay sayang, bye good night"

"Bye, good night too, sweet dreams, love you" Fatin terus menutup panggilan tersebut dan tersenyum seorang diri diatas katil.

'haihh bestnyaa dah berpunya HAHAHAHA not single anymore.. tapi bila difikirkan balik, seramlah dengan perangai dia haritu.. haih ya Allah, jikalau betul dia jodohku maka engkau dekatkanlah kami, dan jikalau dia bukan jodohku, maka jauhikanlah aku dengannya' kata Fatin didalam hati.

Tiba-tiba tidak sampai 5 minit Fatin melihat ada satu mesej masuk dalam telefonnya 'assalammualaikum, good night babygirl' Aihh mamat ni lagi, tak habis-habis, Fatin hanya membiarkan saja mesej tersebut tanpa mahu membalasnya. 'tak nak wish blk ker baby'. Fatin yang mula rasa annoying terus membalas 'pergi mampus'.

'wow kasar, i like it, rawr!'

'gila, tdr'

'wahh baby ajak tidur sekalikah? Jom-jom'

Fatin yang melihatnya itu terus saja 'block' number tersebut. Rasa menyampah pula bila biar lama-lama..

kalau berani datanglah, ni asyik sembunyi ja, dasar penakut. tapi cuma satu sahaja yang membuatkan Fatin keliru, kenapa setiap kali dia 'block' number tersebut, mesti si 'stalkernya' itu masih jua dapat menghubungi.. janganlah cakap yang 'stalkernya' ini orang penjenayah.. ahh minta simpanglah, dia cuma nak hidup dengan tenang tanpa gangguan

MANSION QAIRAY

'haihh kena block lagi, apalah nasib aku, tunggu kau baby' Rayyan merengus kasar. Dia membuka tiga butang bajunya dengan kasar sehingga menampakkan dadanya yang berotot dan menyinsing lengan bajunya hingga kesiku kerana berasa panas dengan sikap Fatin tersebut. Walaupun didalam biliknya itu sudah terpasang penghawa dingin, tetapi hatinya kini panas membara bak neraka.

Tetapi semua itu hanyalah seketika, apabila dia mengingati caranya untuk memiliki Fatin, hatinya terus saja menjadi sejuk.. 'tak apalah baby, nanti kita dah halal hubby pasti dapat jinakkan baby HAHAHAHAH' dia berasa gembira kerana telah meluahkan hasratnya kepada kedua orang tua Fatin. Kenalah pikat kedua ibu bapanya dulu barulah nampak macam 'beradab'. Senang sikit kerjanya lepas ini.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi membuatkan semua angan-angannya terhapus.

"Better this is important or else I'll kill you!" Rayyan memarahi Xander yang mengganggu momen-momen indahnya itu. Xander yang tidak mengetahui apa-apa terasa gerun.. dark aura Rayyan terlalu kuat baginya.. dia tidak tahu apa salahnya, tiba-tiba saja kena marah.. 'aigoo aku salah masa kah ni'

"Ma--maaf bos, saya call ni sebab nak beritahu tentang jadual bos"

"Jadual apa? Kau tak boleh remind esok ker?!"

"Boleh bos, tapi jadual bos ni berkaitan dengan tempat belajar Cik Fatin"

"Ha?! Apa tu?" Suara Rayyan terus berubah menjadi ceria apabila mendengar tentang pujaan hatinya itu.

"Diorang ada buat majlis dan telah menjemput bos untuk memberikan taklimat tentang keusahawanan kepada pelajar di Universiti tersebut.. jadi saya--" tanpa Xander menghabiskan ayatnya Rayyan terus memotong.

"Okay aku datang, kosongkan semua jadual aku"

Amboi gelojoh betul "baik bos, tapi majlis ini akan diadakan pada hari jumaat bos, lusa"

"Ahh okay, tak apa, kau ikut cakap aku.. kau kosongkan semua jadual aku pada hari tersebut"

"Baik bos"

"Ada apa-apa lagi? Aku nak mandi"

"Tak ada bos"

"Hm" Rayyan terus menutup panggilan tersebut dan tersenyum seorang diri 'can't wait to see you babygirl'












Hye my readers, just want to say thank you sebab baca this story and mana yang tertunggu2 tu saya mohon ampun sangat2 sebab lambat update, busy sikit lately😭sorry sngat2..

Sorry klau jadi kurang menarik. jikalau ada typo or salah apa2 please mention me, okay..

Thanks yg mna sudi vote and comments, and to silent readers, thanks sebab baca this story.. saya terharu sngt2❤️💙saya ikhlas ni😂thanks juga yg selalu support saya tu.. 😭🫂 terharuu😭❤️

Good night, jgn tdr lewat sngt.. x bgus😂

Btw, jgn lupa vote and comments tau🤭💙hehehe terima kasih✨❤️

Update (10/11/2021) 10:50 p.m.

His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )✅️Where stories live. Discover now