BAB 40

17.7K 513 295
                                    

jangan diagungkan ego itu, kerana disaat akhir dikau yang perit menahan kesakitan. Engkau memanggilnya untuk kembali pun tiada guna, kerana semuanya sudah berakhir. All gone, love is gone too’


















‘hubby! Kejarlah baby’ si bidadari yang berpakaian blouse putih disamping tudung shawl labuh berwarna putih itu menyuruh sang suami mengejarnya.

‘kalau hubby kejar baby, hubby dapat apa?’ sang suami yang juga segak berpakaian putih itu pun bertanya.

‘hmm…” si bidadari itu meletakkan jari telunjuknya di dagu dan membuat gaya seperti berfikir.

‘dapat baby!’ dia berkata lalu mengucup pipi sang suami sekilas dan laju meninggalkannya di belakang.

‘hei! Tunggulah hubby dapat baby! Siap baby!’ mereka berdua sungguh bahagia tatkala bermain kejar-kejar di taman bunga matahari itu. dikala mereka ralit bermain kejar-kejar itu, tiba-tiba sang isteri hilang dari pandangan sang suami. Dia cemas. Dia berlari ke sana, ke sini mencari kelibat sang isteri.

‘baby! Baby! Where are you?!’ pada dia sibuk mencari sang isteri, dia ternampak ada satu kenderaan yang terbang diudara. Dia memerhati kenderaan tersebut, dan rupa-rupanya ia adalah sebuah helikopter. Dan yang paling mengejutkannya, didalam helikopter tersebut terdapat seseorang yang dikenalinya iaitu isterinya. Dia cuba memanggil, menjerit nama sang isteri yang berada didalam helikopter itu, tetapi tidak kedengaran. Tiba-tiba dalam masa berapa saat, helikopter yang dinaiki oleh sang isteri meletup sehingga dia pun turut terundur kebelakang kerana terkena tempiasnya. Dia mengangkat wajahnya dan mendapati semuanya sudah berkecai.

Dia cuba berlari kearah helikopter tersebut untuk melihat sama ada betul isterinya ataupun tidak tetapi tidak boleh kerana semakin dia mahu mendekat, semakin dia berasa mereka berjauhan. Dia jatuh terduduk, meraung kesakitan.

“hubby..” dia mendengar suara sang bidadarinya memanggilnya

“hubby wake up” dirinya berasa pelik, kenapa perlu menyuruh untuk dia bangun?

“hubby, wake up! You had a nightmare!” Fatin mengejut si suaminya yang kelihatan berpeluh itu. pipinya juga kelihatan sembap mungkin kerana menangis akibat mimpi buruk tersebut. Rayyan bangun terkejut akibat kejutan itu. Badannya habis basah kerana disirami air peluh. Pipinya pula basah akibat air mata.

“baby~~” sejurus Rayyan membuka mata, dia terus memeluk tubuh isterinya dengan erat sambil teresak-esak menangis.

“kenapa ni?” Fatin bertanya sambil menepuk perlahan tubuh belakang sang suami. Rayyan pula membenamkan wajahnya di ceruk leher Fatin Adeera bagi menghidu bauan isterinya supaya dapat menenangkan jiwanya yang resah ini.

“baby tak akan tinggalkan hubby kan?” Rayyan mencebikkan mulutnya di ceruk leher Fatin.

“tak lah. Kenapa baby nak tinggalkan hubby?”

“hubby mimpi, baby tinggalkan hubby” air matanya jatuh berderai sejurus dia berkata sedemikian.

“hubby… tu semua mimpi jer. Jangan percaya sangat mainan mimpi. Tu lah, kan baby dah cakap jangan tidur selepas subuh.” Fatin mencekup kedua pipi Rayyan dan menghapuskan air mata yang berjujuran itu dengan lembut.

“don’t cry my baby boy.” Fatin mencium dahi, kedua belah mata, hidung, pipi dan diakhiri di atas bibir merah si Rayyan.

“feel better?” Fatin menggeselkan pula hidung mereka berdua Bersama. Rayyan tersenyum suka apabila diperlakukan sedemian.

His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )✅️Where stories live. Discover now