00. Kayla's Tale

108 12 5
                                    

Nur Mikayla.
Kayla Annura.

Sepasang kembar, berkongsi rahim dan nama yang sama. Namun status dan jalan hidup yang jauh berbeza.

Annura, puteri berjiwa rakyat yang komited dalam usaha menjadi pemerintah Elysia.

Mikayla, gadis marhaen biasa yang menjalani kehidupan normal dengan tujuan untuk menjaga ibunya sehingga tua.

Segalanya berjalan dengan normal. Mereka hidup dalam dua realiti yang berbeza tanpa bersua muka sejak lahir. Sehinggalah pada suatu hari Annura menghilangkan diri tanpa khabar, meninggalkan kedudukan pewaris takhta yang kosong tanpa pemilik.

Situasi ini akhirnya memaksa Mikayla untuk mengambil alih dan menyamar demi mempertahankan takhta yang terancam.

"Mika buat semua ni untuk ibu. Once she's back, I'll get the hell out of this kingdom."– Nur Mikayla

Menjalani kelas-kelas secara rahsia, menghafal ratusan protokol ketat diraja dan berhadapan dengan ahli keluarga yang dia tidak pernah kenali bukan sesuatu yang mudah buat Mikayla. Apatahlagi sepanjang hidupnya dia menghabiskan hampir 24/7 di dalam rumah.

Tambah merumitkan keadaan, dia ada pesaing hebat yang sudah memasang niat untuk merampas takhta tersebut sejak sekian lama.

"You've changed, Annura. Quieter and weaker."– Qiff Iskandar

Dibutakan dengan dendam atas kematian bapanya dan hasutan ibunya, dia bertekad untuk merampas takhta yang sepatutnya menjadi milik mereka.

Mikayla tidak gentar akan Qiff. Takhta itu bukan miliknya. Dia tidak mahu menetap di istana. Dia tidak ingin pun menjadi puteri raja. Semua yang dia lakukannya hanyalah demi memenuhi hasrat ibu tercinta.

Dia bertekad untuk bertahan sehinggalah Annura kembali ke istana. Tetapi tuah seakan tidak memihak kepada dirinya apabila situasi yang mengejutkan berlaku satu per satu.

"Ini semua salah saya. Semua yang telah saya rancang akhirnya memakan diri kita semua."– Kayla Annura

"Ap—apa maksud kamu dia sudah mati?"

"Terdapat pembunuhan di istana!"

Identitinya juga terbongkar dalam sekelip mata.

"She has a twin, father." – Qirana Izza

"Dia bukan Kayla Annura yang sebenar! Ini satu jenayah di sisi undang-undang. Puteri Mahkota melarikan diri dan kakak kembarnya yang ambil alih? Kedua-dua mereka tiada hak untuk memerintah!"– Tengku Qaisarah

Kepulangan Kayla Annura di saat suasana genting ibarat penyelamat buat Nur Mikayla. Tetapi sekembalinya Annnura tidak menamatkan segala kekeruhan dan masalah yang sudah terjadi. Malah, motif di sebalik kehilangannya pula menimbulkan konflik baru.

This is a tale about a pair of twin and a throne. Kayla's Throne.


Kayla's ThroneWhere stories live. Discover now