24 JAM SEBELUM
ISTANA ELYSIAJURNAL ditutup dan disimpan di dalam laci meja solek. Isi beg bimbit berwarna hitam diperiksa dengan teliti, memastikan tiada barang penting tertinggal. Telefon pakai buang di dalam poket seluar terasa bergetar. Annura segera menjawab panggilan yang dia tunggu-tunggu itu.
"Princess, it's time." Kedengaran suara dalam di sebelah talian.
"Ha, saya dah nak jalanlah ni."
Panggilan ditamatkan. Cap dicapai sebelum dipasang elok pada kepala. Mask juga tidak dilupakan untuk menutup separuh wajahnya. Lama Annura berdiri di sisi katil, cuba mengumpul keberanian. Nafas ditarik dan dihembus. Dia tidak boleh berpatah balik.
Rancangan ini sudah bermula sejak dua bulan yang lalu. Rancangan gila yang dia sendiri utarakan, tetapi hanya itu jalan yang mereka ada.
Selang beberapa minit, Annura menggapai tali beg bimbit dan menuju ke beranda. Sempat dia menjeling arah pintu kamar yang terkunci rapi. Dia menelan air liur melihat pemandangan dari atas biliknya hinggalah ke bawah. Ia tidak terlalu tinggi, tapi kalau dia lompat secara membuta-tuli memang patah sebelah kaki.
Laman istana yang biasanya diawasi dengan puluhan pengawal kosong dan sepi. Pengawal-pengawal yang sepatutnya bertugas telah dipanggil ke dataran utama untuk diberikan taklimat ringkas.
Annura tersengih kecil. It's part of the plan. Kalau tak, macam mana dia nak escape?
Beg bimbit dijatuh ke bawah tanpa berfikir, menghasil bunyi 'tud' yang agak kuat. Bibir diketap, gementar. Hujung tali fiber tiruan disimpul kemas pada besi beranda. Perlahan-lahan dia berpaut pada tali dan turun ke bawah. Rentaknya pantas dan teratur, dengan kaki yang disilang dan tangan yang menggenggam erat.
Mendarat sahaja dia pada rumput yang menghijau, beg bimbit direntap dan Annura berlari sambil tertunduk-tunduk menuju ke pagar belakang istana. Lariannya semakin laju apabila melihat kenderaan yang sedang menunggu. Pintu sudah dibuka dari dalam. Annura terus memboloskan diri masuk ke dalam perut kereta. Lima saat kemudian, kereta itu sudah bergerak meninggalkan perkarangan istana.
"Tuan puteri okey?" soal si pemandu.
Annura tersenyum di sebalik mask. Kepala diangguk. Matanya terkatup sendiri, masih terasa adrenalin yang memacu tubuh saat dia melarikan diri. Inilah penentunya. Dia sudah tidak boleh berpatah balik. Bayangan Mikayla bermain di kotak fikiran.
'Kita boleh lakukan hal ini bersama, Mika. Tolonglah, saya sangat-sangat berharap pada awak.'
༺❀༻
MASA KINI
"SO, dia nak aku menyamar jadi dia as the Crown Princess?"
"Ya." Ringkas balasan Encik Harris, namun masih mampu membuatkan Mak Milah dan Puan Raihany terkesima habis.
Hening melanda suasana.
"Sorry, I have no interest in wasting my time and energy with your royal affairs."
Berubah air muka Encik Harris dan Puan Farisha mendengarnya. Puan Raihany tersandar pada sofa dengan perasaan yang sukar dimengertikan.
"Tetapi dia adik kamu. Kamu lahir dari—"
"Would you kill yourself if your sister does the same thing?"
Terdiam Puan Farisha mendengar bidasan Mikayla. Mulutnya ternganga mendengar betapa biadabnya tutur kata gadis ini.
YOU ARE READING
Kayla's Throne
Teen FictionTakhta. Kehilangan adik kembarnya. Dua punca utama hidup Nur Mikayla yang selama ini tenang tanpa sebarang masalah, bertukar huru-hara dalam misi menyamar sebagai seorang Puteri Makhota. Rancangan yang sepatutnya berjalan dengan lancar, mula ter...