01

75 10 0
                                    

KERAJAAN FLORESTA, EMPAYAR SELENE

NUR MIKAYLA

"WHAT do you think about the ending?"

Mikayla diam buat beberapa saat sebelum menjawab pertanyaan itu. "It's predictable."

Kening Miss Fiona terjungkit sebelah. "They all died at the end. You've predicted the ending?"

"Yes. The world they're living in won't let them live long enough."

Sepi. Miss Fiona menyambung lagi. "What do you think about our world then?"

"It's cruel, but less extreme than in the book. After all, it's fictional. It'll never be real." Tanpa teragak-agak Mikayla menjawab.

Miss Fiona tersenyum dan mengangguk kecil. "I guess you really do understand the story. Well done, Mika."

Mikayla membalas senyuman itu tanda berterima kasih. Miss Fiona mula mengemas barangnya kerana kelas mereka pada hari itu akan tamat dalam lima minit saja lagi. Mikayla menghantar Miss Fiona ke muka pintu rumah.

Pemergian wanita muda merangkap guru bahasa Inggerisnya itu ditenung sehingga hilang dari pandangan. Dia akhirnya kembali ke meja belajar dan mengemas apa yang patut. Jam yang menunjukkan pukul lima petang dikerling sekilas.

Sebagai pelajar yang menerima ilmu melalui cara homeschool, dia sememangnya tidak memiliki jadual pembelajaran seperti pelajar sekolah harian biasa. Mikayla tidak kisah pun kerana ini ialah keputusan ibunya sejak usianya mula menginjak lima tahun.

Sejak kecil lagi, Mikayla memang gemar hanya duduk berkurung tanpa menjejakkan kaki ke luar rumah. Pada awalnya, Puan Raihany dan Mak Mila agak bimbang dengan kelakuan Mikayla. Namun, tahun berganti tahun dan akhirnya mereka menerima kenyataan bahawa Mikayla ialah seorang introvert yang jarang bergaul dengan orang luar. Mikayla sememangnya pendiam, tetapi bukan pemalu.

"Mika, Miss Fiona dah pulang?"

Mikayla menoleh ke arah ibunya yang menuruni anak tangga. Tanpa suara dia hanya mengangguk. Puan Raihany mengeluh. "Baru nak ajak dia makan malam sekali."

"Ha'ah, Mika. Mak Mila baru nak masak tomyam ni," celah Mak Mila, pembantu rumah mereka yang tiba-tiba keluar dari biliknya di bahagian bawah tangga rumah.

Wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu kelihatan sedikit mamai, ibarat baru bangun daripada tidur. Jarang Mak Mila tidur petang, melainkan dia betul-betul penat pada siang harinya.

"Tak apa. Lain kali jelah," ujar Puan Raihany ringkas.

"Puan dan Mika duduk sekejap, saya buatkan minuman," tutur Mak Mila sebelum melangkah ke ruang dapur.

Mikayla membuka televisyen yang menayangkan filem aksi lakonan pelakon wanita terkenal dari kerajaan utama empayar Selene, Karina Muiz. Scene tembak menembak itu menarik minatnya, membuatkan dia duduk bersila di atas sofa dan menumpukan sepenuh perhatian ke kaca televisyen.

Selang 10 minit kemudian, Mak Mila muncul semula sambil menatang dulang berisi minuman kopi, teh susu dan sepinggan roti berintikan aneka jem buah.

"Duduklah, Mak Mila. Awal sangat kalau nak memasak ni," pamit Puan Raihany sambil memandang jam.

"Ya, Mak Mila duduklah ni. Lagipun bahan masih tak cukup kalau nak masak tomyam."

Mikayla berhenti menikmati coklat panasnya. Dia teringin maahu makan tomyam, tapi bahan tidak cukup pula.

"Apa yang kurang?" soal Puan Raihany sebelum cawan berisi kopi suam-suam kuku itu dihirup sedikit. Tidak seperti Mikayla, dia penggemar setia kopi.

"Bahan hampir cukup, yang kurangnya cuma kiub pati tomyam. Kurang sedap kalau tak ada pati tu, Puan," balas Mak Mila.

"Esok saya beli."

"Nanti Mika keluar, Mika beli."

Laju terteleng kepala Puan Raihany dan Mak Mila ke arah Mikayla. Lama mereka memandangnya umpama dia alien dari planet asing.

Mikayla mengangkat kening.

"Jarang Mika nak keluar rumah," ujaran Mak Mila membuatkan Puan Raihany angguk setuju.

"Sekejap je pun, lagipun Mika teringin nak makan tomyam."

"Okey, hati-hati tau. Jangan cakap dengan orang asing," pesanan Puan Raihany membuatkan Mikayla menggeleng kecil.

"I'm not a child, ibu. Besides, I don't even wanna talk to other people." Teh susu yang tinggal separuh kembali diteguk.

Puan Raihany dan Mak Mila bertukar pandang.

Kadangkala, sikap Mikayla yang introvert membuatkan rahsia yang mereka simpan kemas sejak 16 tahun lalu tidak mudah terbongkar. Dalam diam Puan Raihany berjanji, ia tidak akan sesekali terbongkar.


༺❀༻


USAI menyarung tudung dan kardigan pada tubuh, Mika berjalan kaki menuju ke kedai serbaneka yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Pintu kaca ditolak, menghasilkan bunyi gemerincing besi yang tergantung berlaga sesama sendiri. Suhu sekeliling bertukar rendah kesan daripada penyaman udara yang dipasang.

Mikayla menghirup dalam bauan strawberi yang tersebar sebaik saja dia melangkah masuk. Rak yang menempatkan pelbagai jenis kiub pati makanan dihampiri tanpa membuang masa. Beberapa kiub pati pelbagai perisa dicapai sebelah tangan dan dia terus ke kaunter pembayaran.

Sempat Mikayla mengambil dua pek coklat bar sebelum membayar dengan sejumlah wang. Kos sara hidup di Floresta memang rendah, memandangkan ia antara kerajaan tekecil dan terpencil di dunia. Selesai urusan jual beli, dia menarik pintu kaca itu dari dalam.

Pada masa yang sama, terdapat seorang gadis yang berselubung dengan hoodie dan mask hitam berdiri di luar. Tanpa mendongak Mikayla hanya berganjak sedikit ke kiri. Tetapi gadis itu turut bergerak ke arah yang sama.

Kiri, kanan, kiri, kanan. Apabila mereka berdua hilang kesabaran, mata mereka berdua akhirnya bertembung. Satu, berwarna coklat cair. Yang satu lagi, berwarna kelabu.

Kelabu?

Mikayla sedikit terkejut. 'She's not from this kingdom.'

Melihat gadis itu hanya kaku, akhirnya Mikayla menyelitkan tubuh dan beredar dari situ tanpa menoleh ke belakang lagi.

Sementara itu, Qirana masih terpegun dengan mata yang terbuntang. Masknya dibuka dan dia berpaling, merenung belakang tubuh Mikayla yang semakin menjauh. "Holy shiitake mushroom!"

Tangan naik menekup mulut penuh dramatik. Tiba-tiba ada suara yang menjerit dalam bisikan."Princess, what are you doing? Put your mask on!"

Salah seorang pengawal peribadinya menghampiri dengan riak cemas. Berani mati betul tuan puteri seorang ni. Tak ke naya kalau esok viral Puteri Mahkota Volent bercuti di kerajaan empayar jiran? Walhal Qirana dikhabarkan berada nun jauh di kerajaan Marlowe, untuk menjalani latihan peribadi.

Lambat-lambat Qirana memasang semula mask. "Relax, Max. Tempat ni terpencil gila. Takkanlah paparazi ada dekat setiap sudut bumi, geez!"

Dia mula masuk ke dalam kedai tetapi mindanya masih menerawang kepada wajah gadis yang sangatlah familiar itu.

Kayla's ThroneWhere stories live. Discover now