02

76 8 7
                                    

KERAJAAN ELYSIA, EMPAYAR JAUHARY

KAYLA ANNURA

DIA, puteri berjiwa rakyat yang disanjung tinggi. Cantik, peramah dan pemurah. Pergilah dikau ke setiap pelusuk kerajaan Elysia, pasti akan ada sahaja mulut-mulut yang memuji Puteri Mahkota mereka.

Orangnya sederhana tinggi. Jemarinya yang sering melambai ayu itu runcing. Beraut manis, bermata coklat cair. Personalitinya peramah dan mesra kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira umur dan pangkat. Penampilannya sering menjadi ikutan para gadis remaja kerana tertutup tetapi masih bergaya. Pendek kata, seorang Kayla Annura itu sempurna di mata rakyat jelata.

Tetapi Annura juga seorang manusia biasa. Banyak kekurangan yang tidak mampu dinafikan. Dan salah satunya ialah meneruskan aktiviti tidur selepas solat Subuh, sehinggalah dayang istana mengetuk kamar beradunya.

Tuk, tuk, tuk!

Duvet yang menyelubungi keseluruhan tubuhnya diturunkan sedikit, hanya menampakkan rambut yang bagaikan sarang burung dan sebelah mata.

"Hmm, masuk." Annura menggumam rendah.

Telinga Dayang yang tajam menerima arahan itu, dan menolak pintu sebelum menapak masuk diikuti dengan seorang wanita yang lengkap berpakaian formal. Dayang Hana menarik langsir, membenarkan cahaya mentari pagi menerobos masuk dan menyinari ruang kamar.

Annura kembali menarik duvet ke atas kepala apabila cahaya memanah matanya. Namun bunyi seseorang berdeham menghentikannya. Perlahan-lahan dia mengintip melalui duvet. Melihat Puan Farisha yang berdiri tidak jauh dari katilnya membuatkan dia pantas bangkit daripada pembaringan.

"Selamat pagi, tuan puteri."

Annura tersengih bagaikan kerang busuk mendengar ucapan itu. Segar-bugar terus matanya. "Selama pagi, Puan Farisha. Awalnya puan pagi-pagi ni. Saya ada lupa apa-apa ke?" Mesra nadanya, seperti tidak bersalah.

Terpicing mata Puan Farisha. Tubuh Annura spontan mengeras. Tunggu, dia memang ada lupa sesuatu ke?

"Tuan puteri ada mesyuarat penting," Puan Farisha menilik jam tangannya, "dalam masa sejam dari sekarang."

Riak Annura berubah cemas serta-merta. Ya Allah, dia betul-betul terlupa! Pantas dia melompat dari katil dan bergegas ke walk-in-closet yang tersedia.

Bagaikan sudah lali dengan situasi ini, Dayang Hana hanya tenang mengekori Annura. Dua orang dayang lain yang sejak tadi berada di luar kamar turut masuk, bagi memastikan Annura bersedia untuk mesyuarat tersebut. Katil gah tempat Annura beristirahat dikemas rapi sehingga tiada kedut. Kebiasaanya, Annura akan mengemas sendiri katilnya tetapi hari ini ialah antara hari-hari yang terkecuali.

Puan Farisha menggeleng kecil mengenangkan perangai Annura yang gopoh. Dia menunggu di situ selama 45 minit sebelum batang hidung Annura akhirnya muncul semula.

Lengkap dengan persalinan blaus putih dilapisi blazer berwarna nude dan sailor pants warna senada, persona keanakan Annura sebentar tadi bagaikan hilang di mata Puan Farisha.

"Alamak! Awning saya rosak. Hana, tolong." Kalut Annura berkata.

Puan Farisha mengeluh. Dalam diam dia menarik balik kata-katanya. Laju Dayang Hana menghampiri dan membetulkan awning selendang satin yang membaluti kepala Annura.

"Tuan puteri dah sedia?" soal Puan Farisha.

"Sudah!" Annura tersenyum menampakkan gigi.

"Then lead the way, Princess." Sebelah tangan didepakan ke arah pintu.

Annura melangkah yakin diikuti Puan Farisha.

Kayla's ThroneWhere stories live. Discover now