Fathia melabuhkan punggungnya di atas sofa kulit yang terletak di ruang tamu. Matanya melirik satu-persatu gambar perkahwinan diantara dia dan Adrian. Segaris senyuman terbit di bibir.
Sudah seminggu sejak kemalangan yang menimpa Adrian, dan sepanjang minggu itulah dia tidak dapat menjenguk si suami diatas larangan Tengku Adzianna.
Amaran keras yang dilemparkan Tengku Adzianna masih segar di dalam ingatan.
"Jangan tunjuk muka kau lagi atau aku jual rumah Adrian."
Fathia terpaksa akur dengan perintah ibu mertuanya itu jika dia tidak mahu rumah yang mempunyai kenangan diantara dia dan Adrian hancur begitu sahaja. Setidaknya dia masih boleh mengukir senyuman dengan adanya rumah tersebut.
Hari-hari yang dilalui terasa semakin sukar. Malam yang gelap terasa semakin pudar.
Fathia menutup album gambar tersebut saat kedua belah matanya terasa kabur. Mengapa nasibnya harus begini? Disaat dia hendak merasa kebahagiaan berumah tangga, Adrian pergi meninggalkan dirinya terkesima seorang diri.
"Adik, jom makan,"
Pantas Fathia menyapu airmata yang gugur dipipi saat suara garau Firdaus kedengaran. Fathia mengerdipkan mata beberapa kali sebelum senyuman diukir biarpun jelas sekali tampak palsu.
Dia harus kuat.
Fathia bangkit berdiri lalu album berharga itu diletakkan di atas meja yang terletak berhadapan dengan telivisyen. Langkah dibawa ke dapur.
"Duduk. Adik rasa lah, abang tak tahu jadi ke tak ayam masak merah tu." Firdaus tersengih malu. Sejak pagi lagi dia sudah bertungkus-lumus menyajikan lauk tengah hari buat Fathia. Dia tahu adiknya yang satu itu belum pun menjamah sebarang makanan berat sejak kejadian yang menimpa Adrian.
Setiap hari pasti roti, roti dan roti!
Fathia senyum segaris.
"Okey, kalau tak sedap Adik buang tau."Terlepas tawa kecil dari bibir milik Fathia apabila Firdaus membuat muka tidak berpuas hati dengan kenyataannya.
Sejak pulang daripada hospital seminggu yang lalu, atau lebih tepat saat dia menjenguk Adrian di hospital buat kali pertama dan terakhir, Firdauslah yang menjadi peneman Fathia. Tidak cukup dengan itu, Firdaus juga turut membawa pakaian miliknya dengan alasan ingin menemani si adik di mansion besar milik Adrian tersebut.
Fathia bersyukur mempunyai abang yang sangat baik seperti Firdaus. Gaya Firdaus melayan Fathia juga saling tak tumpah seperti Adrian tetapi jauh disudut hati dia tetap inginkan kedua-duanya. Firdaus sebagai abang dan Adrian sebagai suami.
Kedua-duanya!
Fathia menyuap nasi yang digaul bersama kuah ayam masak merah ke dalam mulutnya. Firdaus yang menunggu keputusan tahap kesedapan masakannya dipandang sekilas.
"How? Tasty? Five-star?" Firdaus menggoyangkan kedua belah tangannya menunjukkan betapa terujanya dia. Anak matanya tidak lepas dari merenung raut wajah Fathia menanti bibit ayat yang akan ditutur si adik.
"Mana Abang belajar masak ni?" berkerut dahi Fathia memandang wajah teruja Firdaus.
"Google."
"Patutlah tak sedap." sengaja Fathia ingin mengusik Firdaus. Fathia menahan tawa saat wajah Firdaus bertukar masam serta-merta. Boleh tahan juga masakan abangnya itu walaupun bergurukan Encik Google.
YOU ARE READING
MY DEAR MAFIA [SLOW UPDATE]
Romance1st Romance by atiqahnrdn. Semenjak kematian si adik, Adrian bertukar seratus-peratus menjadi seorang lelaki yang tidak mempunyai belas kasihan. Kekerasan yang wujud di dalam dirinya tidak akan pernah hilang. Kecuali, Jika bersama dengan orang yang...