Prolog

9.9K 178 9
                                    

M Y  D E A R  M A F I A


United Kingdom

Matanya redup memandang orang ramai yang sedang bergelak tawa bersama ahli keluarga mereka. Manakala dia, berkunjung ke taman rekreasi itu berseorangan tanpa teman.

Kedua belah matanya kabur dengan air mata yang akan menitis bila-bila masa sahaja. Sedih. Terkilan. Dua patah perkataan yang dapat menggambarkan perasaan gadis itu tika ini.

Bukan dia yang pinta semuanya berlaku. Malah dia langsung tidak percaya sepantas ini dia ditinggalkan. Terlalu berat ujian yang diberikan. Bukan satu, tapi dua.

Dua nyawa yang dia sayangi pergi tanpa membawanya sekali. Mengapa terlalu perit? Mengapa harus dia?

Setitis demi setitis air jernih mengalir menuruni pipi mulus gadis berbaju biru itu. Kedua belah tangannya menggenggam erat tepi baju yang dipakai. Saat ini, semuanya terasa sukar.

Dia menoleh ke belakang saat bahu kirinya disentuh lembut.

"A--abang."

Tubuh gadis itu bergetar halus saat lelaki yang bergelar abang memeluk erat susuk tubuhnya. Hanya seorang yang dia miliki saat ini. Dia tiada sesiapa lagi melainkan abangnya. Satu-satu darah daging yang dia ada.

"Shh, jangan nangis. Abang ada." mata Firdaus tajam memanah wajah sembab si adik. Airmata turut mengaburi mata helangnya.

Papa dan Mama.

Dua nyawa yang cukup berharga di dalam kehidupan mereka pergi buat selama-lamanya dan sangat mustahil untuk kembali kepada mereka berdua semula. Mulai saat ini, dia akan hidup berdua bersama adiknya. Dia harus menghadapi segala kemungkinan walaupun sukar.

"Dah, jangan nangis. Adik abang tak boleh sedih-sedih macam ni tau. Tengok tu, dah tak cantik dah." ibu jari kasar milik Firdaus naik mengelap airmata dipipi adiknya.

Firdaus tertawa halus saat terpandang mata bundar Fathia yang terkebil-kebil merenung wajahnya. Satu-satunya orang yang paling dia rapat adalah Fathia, adik kandungnya. Jadi tak hairanlah jika mereka berdua kelihatan seperti pasangan kekasih.

"Jom balik." Firdaus menarik tangan Fathia lembut. Dan tanpa bantahan, Fathia hanya mengikuti langkah Firdaus.

•••

Firdaus yang baru selesai mandi laju menuruni anak tangga saat gegendang telinganya menangkap bunyi kaca pecah berderai. Jantungnya berdegup kencang.

"Thia!" terbuntang mata Firdaus melihat susuk tubuh Fathia terbaring kaku bersebelahan meja island. Pantas kaki panjangnya berlari mendapatkan adik kesayangan.

Firdaus duduk bersila lalu kepala Fathia diangkat dan diletakkan diatas riba. Tubuh Fathia digoncang kuat cuba untuk membangunkan adiknya. Tiba-tiba, pergerakan Firdaus kaku saat melihat lengan Fathia yang mengeluarkan darah yang mengalir seperti air paip tanpa henti.

Fikirannya dapat mengangak apa yang telah Fathia lakukan. Betapa bodohnya dia kerana tidak mengawasi si adik yang masih trauma dengan apa yang telah menimpa kedua orang tua mereka.

Pantas Firdaus menyeluk poket jogger pants yang dipakai untuk mengambil telefon pintar. Setelah membuat panggilan terhadap pihak hospital, Firdaus menyimpan telefonnya kembali.

"Adik, abang belum sedia nak hilang adik. Adik satu-satu darah daging yang abang ada sekarang. Kenapa adik buat macam ni? Abang sayang adik tau. Jangan tinggalkan abang please."

Firdaus mengelap airmata yang mengalir dipipinya kasar. Dia takut jika dia harus merasa kehilangan sekali lagi.

Sangat takut.

---

"When she alive, her beloved left."

MY DEAR MAFIA [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now