My Dear Mafia | 02

4.9K 177 7
                                    

Fathia berjalan sambil matanya memerhati satu-persatu kedai yang terdapat di dalam Sunway Piramid.

     Hari ini dia diberi kebenaran oleh Firdaus untuk keluar meneroka Kuala Lumpur. Dan disini tempat pilihannya memandangkan dia ingin membeli barang keperluan disamping mencuci mata.

     Fathia melangkah masuk ke dalam butik PADINI. Satu-persatu baju direnungnya. Dan tanpa berfikir panjang, Fathia terus mencapai helaian baju yang dirasakan cantik dan menarik.

     Kakinya melangkah mendekati cashier butik itu. Sempat dibalas senyuman penjaga kaunter tersebut lantas pembayaran dibuat lalu kakinya melangkah keluar. Namun lain yang jadi apabila telinganya terdengar bunyi tembakan yang dilepaskan.

     Kedua belah tangan Fathia naik menutup telinga disertai mata yang terpejam rapat. Jantungnya berdegup kencang.

     "Cik. Cik ikut saya." Fathia membuka matanya saat seorang lelaki menarik tangannya agar membontoti langkah lelaki itu. Lelaki tinggi lampai yang dikenali sebagai cashier butik tersebut membawa Fathia ke bahagian kaunter butik.

     Lelaki itu menyuruh Fathia menyembunyikan diri disebalik kaunter. Fathia yang terlampau takut pantas mengikut arahan lelaki itu.

BANG BANG

     Bahu Fathia terenjat sedikit. Matanya mula menitiskan airmata dengan laju. Fathia duduk di tepi kaunter sambil memeluk lututnya kuat.

     Wajah yang semakin sembab disembamkan di antara kedua lututnya.

     Dia tidak mampu berbuat apa-apa saat ini. Apa yang dia tahu, dia sangat takut dengan bunyi kuat. Kejadian lampau masih menghantui dirinya sehingga sekarang.

"Cik."

     Airmata Fathia semakin lebat menitis sehingga terhinjut-hinjut bahunya.

     "Please. Please. Jangan apa-apakan I. Please I merayu." katanya dalam nada yang perlahan. Wajahnya masih tidak diangkat malah semakin disorokkan. Lelaki itu tersenyum lucu.

     "No. Saya tak akan apa-apakan Cik. Saya Danish." bahu Fathia disentuh perlahan.

     Perlahan-lahan Fathia mengangkat wajahnya lalu lelaki yang melutut disebelahnya di pandang. Saat dia dapat mengingati siapa lelaki itu, pantas tangan Fathia menggenggam tangan Danish.

     "I nak balik." tangan Danish digoyang beberapa kali cuba meminta bantuan lelaki itu menghantarnya pulang. Paling tidak pun, hantar dia jauh dari tempat tembakan ini. Danish mengangguk.

     "Okay, jom. Jangan risau Cik selamat." Danish menarik tangan Fathia yang terketar halus.

     Beberapa ketika, Fathia berjaya berdiri setelah bersusah payah menstabilkan kakinya. Danish menarik tangan Fathia keluar dari kawasan butik PADINI. Bukan taknak lepaskan tangan gadis itu, tapi kalau tak tarik tak bergeraklah.

     Fathia terlopong melihat susuk tubuh seorang lelaki yang dikelilingi ramai. Bahunya mengeluarkan sejenis cecair pekat bewarna merah sehingga baju yang dipakai turut diselaputi darah.

Hanya beberapa cebis sahaja yang tidak terkena.

     Anak mata Fathia tunak memandang wajah yang terkena percikan darah. Mata lelaki itu terpejam rapat menandakan bahawa dia tidak sedarkan diri atau lebih tepat; pengsan.

MY DEAR MAFIA [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now