ACHTUNG
Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya
•••♦◄♥►♦•••
Pergh.. siap gak chapter pertama 'Budaknap' ni. Harap korang semua terhibur & enjoy, kay? Pendek, ringkas & padat je pengenalan citer ni. Sesuai ngan konsep novelet yang aku ketengahkan ni. Novel ini akan jadi novel aku yang paling pendek. Silalah membace ngan hati yang gembira. Kalau suka, korang vote & komen untuk aku jadi lebih rajin mengupdate!
•••♦◄♥►♦•••
Kelas berada pada waktu terakhir sesi persekolahan bagi hari ini. Suasana agak hingar bingar* kerana masing-masing sudah malas hendak menumpukan perhatian. Ditambah dengan keletihan serta perut pula mula berkeroncong minta diisi.
Walaupun Cikgu Jayathimala, guru seni mereka sedang menulis sesuatu di whiteboard, namun para pelajar Kelas Satu Muafakat itu tak mengendahkan beliau. Wanita India yang suka menari dan menyanyi lagu Hindi klasik itu cuma mampu mengerutkan wajah dan memekakkan telinga.
"Imanul, kamu sebagai Ketua Kelas silalah jalankan tugas kamu. Tolong kendalikan kelas. Jangan buat bising, nanti saya denda semua sekali," akhirnya Cikgu Jayathimala menjerit kerana tak tahan lagi.
Dia bercekak pinggang. Sepasang buah dadanya yang ranum turut sama bergegar.
"Eh, siapa plak Imanul tu, cikgu?"
"Ya, kat kelas ni tak ade pun budak nama cam tu."
"Jangan-jangan cikgu dok bermimpi time mengajar, ekk?"
"Cikgu tersilap masuk kelas kot?"
"Hmm, ini tentu cikgu kerap sangat layan citer kat Wattpad tu, kan? Terus terbawa-bawa kat dalam kelas."
Itu antara kata-kata serta komen beberapa pelajar yang terkedu dek jeritan guru mereka. Hairan juga kerana nama Imanul boleh keluar dari mulut wanita gempal itu.
"Cikgu, nama saya Irfan Nun Nafri arr, bukan Imanul," Ketua Kelas yang comel menawan bangun bersuara.
"Ops, maafkan saya, Irfan. Saya tersasul. Untuk pengetahuan korang, saya tak pernah pun layan cerita mengarut kat Wattpad tu. Jangan ingat saya suka bace kisah lucah macam tu, faham?" Cikgu Jayathimala mempertahankan diri.
"Pergh.. cam mana cikgu tau citer tu citer lucah? Ini tentu dah pernah baca, kan? Ha ha," seorang pelajar lelaki bersuara.
Para pelajar tergelak namun suasana sudah tak sebingit tadi.
"Wey, korang diam sikit, arr. Kita masih ade beberapa minit lagi. Cer tumpukan perhatian kat cikgu," arah dan nasihat Irfan.
Kawan baiknya, Armin yang duduk di sebelah menepuk-nepuk paha Irfan tanda bersetuju di samping memberi semangat dan sokongan.
"Terima kasih, Irfan. Baiklah kelas, kita sambung pelajaran kita. Hari ini kita akan mengenali seorang pelukis tersohor* negara yang berkarya dengan cemerlangnya. Lukisan beliau banyak dipamerkan di galeri-galeri seni dalam negara. Beliau yang saya maksudkan ialah Dato' Hoessein Enas. Ade tak sesiapa yang kenal akan beliau? Cuba bangun dan perincikan tentang artis ini," pinta Cikgu Jayathimala.
YOU ARE READING
• budak𝓃ap •
Teen FictionTanpa sinopsis, untuk lebih saspens. Sebuah novelet yang pendek. Layan je satu persatu chapter dalam kisah ini dengan sabar. • Sebuah fiksyen remaja yang dikisar & dibumbui dengan petualangan remaja, humor, action adventure, drama, juga sekelonet er...