18 YEARS LATER
"Aku nak pergi sana"
Penuh mulut dengan makanan hingga pipinya kembung, Changmin salah satu makhluk shapeshifter iaitu kawan baik pada Juyeon menoleh kearah Juyeon dengan wajah berkerut. Pelik bila Juyeon tiba tiba menyatakan hasrat yang tidak jelas
"Mana?" Soal Changmin. Sebenarnya, dia tidaklah tertarik dengan topik perbualan. Makanan di hadapannya menjadi fokus utama. Tapi terasa kasihan juga bila Juyeon hanya termenung ke hadapan bagaikan mahu Changmin bertanya
"Dunia luar. Tempat manusia--"
"PFFT!!!" Habis tersembur buah anggur yang dikunyah Changmin tepat pada baju Juyeon. Juyeon terkatup mata. Merelakan sahaja bajunya menjadi tempat mendarat warna warna hijau dan ungu buah anggur daripada mulut Changmin. Terasa sangat dadanya sekarang
"Weh kau buat lawak ke?!" Tak cukup dengan itu, bahu Juyeon ditampar Changmin kuat
Masih tenang. Juyeon tarik nafas dalam dalam lalu dihembus berat. Bahaya melawan kawannya yang perangai separa gila di hadapan. Tak pasal pasal bergaduh pula mereka di sini
"Tak cukup dengan apa yang diorang dah buat dekat tempat kita, kau nak pergi dekat pulak?! Gila!" Hambur Changmin sekali lagi. Selamba mengunyah makanan walaupun mata sedang menjeling hasil seni pada tubuh Juyeon yang memakai pakaian putih. Tangan naik menepuk perlahan membuang segala bahan bukti
"Kejap je. Bukannya bahaya pun. Diorang takkan perasan akulah"
"Jangan yakin sangat. Aku taknak hilang kau. Cukuplah aku tengok yang lain ada hilang ahli keluarga sebab manusia. Jangan kau pulak. Mana ada kawan dah aku nak gaduh gaduh" Changmin buat drama air mata. Terdongak kepala ke atas pura pura menangis. Kembang kempis hidung bernafas laju
"N-nanti hiks! Siapa n-nak jaga-- hiks hiks!" Juyeon guling mata menyampah. Sudah biasa dengan Changmin
"Dahlah kau. Kalau aku mati pun kau takkan nangis punya" Changmin akhirnya ketawa
"HEHEHEH! Kau nak pergi sangat, kan? Ha pergilah. Shuh shuh! Berambus daripada pandangan mata aku sekarang" Tubuh Juyeon ditolak tolak Changmin. Disebabkan sakit dengan tangan Changmin menepis dia begitu kuat, Juyeon bertukar menjadi seekor kucing berbulu putih suci
"Ha pergi pergi. Tapi kau kena ingat, Juyeon. Jaga benda tu" Sempat Changmin menunding kearah rantai yang dipakai Juyeon
"Hilang, kau tak boleh balik. Hancur, kau akan mati dan kau akan kekal dalam bentuk spirit animal kau. Ingat tu?" Juyeon tidak membalas apa apa. Dengan angkuhnya dia berlalu pergi meninggalkan Changmin
"Yah! Kucing taguna!" Disebabkan geram ditinggalkan tanpa sebarang balasan, Changmin menukar bentuk menjadi seekor tupai. Dikejarnya Juyeon yang terlebih dahulu melarikan diri. Tahu si tupai gila itu akan menggigitnya bila tertangkap nanti
"Tupai gila!"
°°°
OTHER POV
"Haih Kim Sunwoo. Kau dekat mana ni? Nak hujan dah lah..."
Younwoo mendongak ke atas. Baru saja beberapa minit tadi langit kelihatan cerah dan ceria. Sekarang sudah gelap. Awan hitam yang besar sudah menutup langit menandakan bahawa hujan lebat akan turun tak lama lagi
YOU ARE READING
𝐒𝐡𝐚𝐩𝐞𝐬𝐡𝐢𝐭𝐟𝐞𝐫: 𝐖𝐡𝐢𝐭𝐞 𝐂𝐚𝐭 ᴶᵘʸᵉᵒⁿ
Fanfiction" We exist " Started: November 10, 2021 Ended: January 6, 2022 Editing: In progress