"Eomma ada ajak kawan eomma makan sama sama" Younwoo yang sudah mengangkat chopstick memandang Puan KimYounghoon perasan tindakan Younwoo terus menampar perlahan tangan kecil Younwoo menyuruh dia untuk meletakan semula chopstick dan tunggu
Younwoo mencebik kecil. Dia meletakkan chopstick tepi pinggan semula
"Siapa eomma?"
"Tunggu jelah diorang sampai~" Balas Puan Kim teruja
"Kereta kamu macam mana Youn? Okey dah?" Tuan Kim memandang kearah Younwoo yang cuba meratah daging bulgogi di hadapannya
Laju Younwoo menarik tangan dengan sengihan tertangkap memandang Tuan Kim yang sedang tersengih
Soalan tersebut diajukan kerana daripada tadi Tuan Kim melihat Younwoo cuba meratah lauk senyap senyap
"Esok dah boleh ambil kat bengkel dah" Jawab Younwoo tenang
"Haih... macam mana boleh terlanggar pagar? Kamu ni Younwoo. Itulah sebabnya bawak kereta macam orang gila" Kutuk Puan Kim lalu menggeleng kepala
Younwoo senyap dan mengangguk kecil. Mengiyakan sahaja kata kata si ibu
Mulut masih belum berani untuk memberitahu perkara yang sebenar. Terpaksa menipu demi kebaikan semua orang
Biarlah dia saja yang tahu. Lagipun dia dah memaafkan pelanggar keretanya tempoh hari
DING DONG!
"Eo dah sampai! Younwoo pergi jemput tetamu"
"Youn pulak? Sunwoo lah pergi" Bahu Sunwoo dilaga bersama bahunya beberapa kali. Sunwoo pandang Younwoo berkerut
"Ah noonaa!!!" Rengek Sunwoo tidak puas hati
"Youn..." Mendatar saja suara Tuan Kim menyebut nama panggilan Younwoo. Anak gadis tersebut terus bangkit dari kerusi menuju ke ruang tamu
Sampai saja di pintu rumah, tanpa lengah dia membuka pintu
Seorang wanita separuh abad dan pemuda menyapa pandangan Younwoo
"Eo! Ahjumma. Annyeonghaseyo~" Ucap Younwoo memberi tunduk hormat pada rakan baik Puan Kim
"Omona~ Younie~ Lama ahjumma tak nampak kamu" Pipi Younwoo menjadi mangsa cubitan Puan Lee
"Hehehe, masuklah ahjumma" Pelawa Younwoo membuka pintu dengan lebih luas
Matanya beralih pada lelaki di belakang puan Lee. Terasa gugup pula bertemu dengan lelaki tersebut merangkap crush zaman sekolah
"A-annyeonghaseyo, Hyunjae sunbae" Ucapnya seraya memberi tunduk 90 darjah
"Annyeong Younyounie. Kereta macam mana? Saya datang sebab nak mintak maaf pasal kereta awak. Maaf sangat sangat--"
"Ehh eh sunbae. Saya dah maafkan sunbae. Alah langgar sikit je. Lagipun salah saya undur tak tengok belakang" Potong Younwoo laju memutuskan kata kata maaf Hyunjae
"Gumawo. Awak tak panjangkan kes tu" Younwoo mengangguk
"Sunbae kan chingu younghoon. Kira kita kenallah. Lagipun sunbae dah jadi idol. Kalau saya panjangkan kes nanti ape pulak kan?" Jawapan Younwoo buat Hyunjae tersenyum puas
Lega dengan apa yang dikatakan Younwoo
"Betul jugak"
"Masuklah sunbae"
°°°
OTHER SIDE
"Wahh..." Keindahan kota Seoul yang diterangi dengan lampu bewarna warni membuatkan Juyeon terpegun melihatnya. Mulut ternganga luas sambil kepala menoleh ke kiri dan kanan. Jalan tidak lagi melihat depan. Redha saja kalau terlanggar tiang
YOU ARE READING
𝐒𝐡𝐚𝐩𝐞𝐬𝐡𝐢𝐭𝐟𝐞𝐫: 𝐖𝐡𝐢𝐭𝐞 𝐂𝐚𝐭 ᴶᵘʸᵉᵒⁿ
Fanfiction" We exist " Started: November 10, 2021 Ended: January 6, 2022 Editing: In progress