° 3 °

137 31 10
                                    

KRAKK! BBAM!

Hujan masih tak berhenti walaupun sudah larut malam. Bercahaya kamar Younwoo dek sambaran kilat berdentum dentam di luar. Walau bagaimanapun, bunyi kuat itu langsung tidak mengganggu lena Younwoo. Lena terulik mimpi dengan dengkuran halus melepasi bibir munggilnya. Tidurnya kelihatan aman. Harapnya Younwoo sedang mengalami mimpi indah

Sementara itu, di ruang yang sama. Ada Juyeon sedang terduduk bersila di sebelah katil Younwoo. Berkerut kerut wajah si jejaka itu meneliti wajah mulus milik Younwoo

Setelah itu, Juyeon bangkit daripada duduk. Perlahan menghampiri sebuah cermin di meja solek bilik Younwoo. Pada lehernya terdapat lebam merah dek jerutan leher tadi. Perut dan dadanya terasa amat perit kerana ditendang. Kembali teringat semasa dia hampir menukar pada bentuk asalnya kerana hilang nafas. Nasib baik Younwoo datang menyelamatkannya

"Kalau dia tak datang, mati dah aku rasanya" Bisik Juyeon sendiri seraya mengalihkan pandangan ke arah Younwoo di atas katil. Muncul rasa menyesal meninggalkan hutan tadi. Mulalah rasa hendak balik

Tetapi entah kenapa dia terasa berbelah bahagi. Semuanya disebabkan Younwoo. Berat pula rasa hendak pergi. Gadis itu yang merawatnya tadi. Takkanlah dia hendak pergi begitu sahaja?

"Kalau keluar, ada tempat lain ke aku nak duduk? Perempuan tu bagi aku makan, tempat tidur selesa. Siap mandikan--"

Kata kata Juyeon terpotong. Terdiam seketika. Telinganya sudah bertukar kemerahan sambil bibir diketap menahan senyuman malu

"Mandikan" Ulangnya semula lantas menekup mulut 

"Eh Juyeon! Jangan!" Tak semena mena dia menampar pipi sendiri. Cuba mengembalikan minda bersih ke dunia nyata. Gila! Tak payah nak fikir bukan bukan!

"Tak apalah, aku dah sembuh nanti aku balik. Dan takkan datang tempat ngeri ni lagi" Tekad Juyeon

"Urgh... nugusaeyeo..."

Tersentak Juyeon dengar suara mamai Younwoo. Tubuh yang tertutup dengan selimut sedang menggeliat mamai. Pantas Juyeon menukar bentuk menjadi kucing semula tergesa gesa. Younwoo bangkit daripada pembaringan. Duduk sambil menggenyeh mata

"meow..."

Dengar saja bunyi mengiaw, Younwoo tersengih kecil. Lebih lagi apabila Juyeon melompat keatas katil semula

"Jy ah..." Tubuh Juyeon diangkat meletakkan ia dalam pelukan

"Kuat sangat bunyi petir tu sampai awak terjaga ya? Gwenchanayeo~ Saya ada" Younwoo mengusap kepala Juyeon dengan mata yang semakin lama semakin berat. Tidak lama kemudian, Younwoo kembali dibuai lena

'Tak balik pun tak apa kut'

°°°

YOUNWOO'S POV;

"Comelnya diaaaaa!!!!"

Pasrah saja Jy digomol gomol Hyunsoo. Dengan wajah tidak rela di dalam pelukan Hyunsoo. Sejak melihat kelibat Jy, habis teruk binatang itu dicium cium dan dipeluk erat. Berkali kali Jy cuba meronta keluar. Selang beberapa minit, pelukan Hyunsoo terlonggar. Laju Jy melompat keluar daripada pelukan berlari menyorok di bawah sofa

"Tak pernah pernah kau bela kucing, tiba tiba je ni kenapa?"

"Aku selamatkan dia semalam daripada kena dera" Terangguk angguk kepala Hyunsoo tanda faham

"Nama dia?"

"Jy"

"Huh?" Hyunsoo tayang wajah tak percaya. Apa yang dia terkejut sangat ni? Kenapa dia buat muka macam tu?

𝐒𝐡𝐚𝐩𝐞𝐬𝐡𝐢𝐭𝐟𝐞𝐫: 𝐖𝐡𝐢𝐭𝐞 𝐂𝐚𝐭 ᴶᵘʸᵉᵒⁿ Where stories live. Discover now