"Duduk sini"
Setelah meletakan si kucing di atas sofa, Younwoo pergi mengambil tempat hadapan kucing tersebut. Duduk bersila menghadap ia dengan selesa
"Orang cakap, kalau nak bagi nama dekat kucing, kena sebut semua nama. Memandangkan Jy tu acronym nama kau, aku akan teka satu satu. Nanti kalau betul, kau datang dekat aku tau?" Bercakap dengan binatang itu bagaikan ada anak tekak hendak membalas. Younwoo sendiri mengangguk. Namun Juyeon, sudah senyum dalam hati
"Minmin" Sebut Younwoo namun tiada reaksi daripada ia
"Erm... Gureum?" Masih statik
"Jaejae?"
"James?"
"Jake!"
"Apa yang kena dengan jy ya? Erm..."
"Entah entah... tuan kau bagi nama manusia dekat kau? Jinyoung?" Cuba Younwoo. Malangnya haiwan itu hanya tenung Younwoo malas. Mata perlahan lahan terkatup hendak tidur. Bosan
Semakin lama Younwoo meneka, makin banyak pula nama yang mengarut keluar daripada mulut gadis itu
Disebabkan sudah agak gadis itu tidak dapat meneka namanya, Juyeon baring malas
"Jae... erm... Hah Joy!!" Teruja Younwoo tetapi langsung tak memberi kesan pada Juyeon
"Ish... Jiyeon?" Tersentak seketika. Telinga si kucing bergerak tanda reaksi. Mata kembali terbuka memandang Younwoo tak percaya
'Wah? Hampir!'
Desis Juyeon dalam hati
Younwoo semakin teruja melihat reaksi si kucing
"Mesti nak dekat kan? Ermm... Jaeyeon!" Laung Younwoo kuat memandang reaksi Juyeon. Masih sama dikedudukan asal
"Ataupun... Juy-"
DING DONG!
Kata kata Younwoo tersekat dek bunyi loceng rumah. Berdecit gadis itu geram hingga berkerut seribu wajahnya
Salah timing betullah! Kenapa pula ada orang nak mengganggu waktu waktu begini?
DING DONG!
Younwoo mengeluh kemudian berdiri menuju ke pintu rumah. Stres pula mendengar loceng rumah dibunyikan banyak kali
"Nae~" Sahut Younwoo sambil ketap gigi geram. Mahu tak mahu, dia gagahkan juga diri untuk bangkit. Berjalan menuju ke pintu rumah
'Arhhh dia nak sebut dah tadi...'
Keluh Juyeon dalam hati. Bangkit daripada duduk, empat kaki genit itu melangkah menuju ke tempat yang disediakan Younwoo untuk dia berehat. Bilik kerja Younwoo sendiri
Masuk sahaja ke dalam, rasa sejuk terkena pada tubuh dek pendingin hawa yang dipasang. Makin terasa malas dan mengantuk
Semasa dia masuk ke dalam bilik itu, susuk hitam di belakang pintu menarik perhatian Juyeon
Berambut panjang yang mengerbang sedang terapung atas udara. Mata merah menyala dengan rupa yang begitu hodoh. Entiti yang kerjanya mengganggu ketenteraman manusia
Selamba Juyeon datang kearahnya. Sekelip mata sahaja, Juyeon berubah bentuk menjadi manusia. Wajah malas ditayang saat mata bertembung dengan mata merah entiti tersebut
"Keluar" Suaranya dingin
"Beraninya kau. Shapeshifter tinggal dengan manusia? Hancur spesis kau nanti" Juyeon peluk tubuh sambil ukir senyuman bangga
YOU ARE READING
𝐒𝐡𝐚𝐩𝐞𝐬𝐡𝐢𝐭𝐟𝐞𝐫: 𝐖𝐡𝐢𝐭𝐞 𝐂𝐚𝐭 ᴶᵘʸᵉᵒⁿ
Fanfiction" We exist " Started: November 10, 2021 Ended: January 6, 2022 Editing: In progress