Suzana@ Security *

2.1K 13 0
                                    


SUZANA seorang pembantu tadbir di jabatan keselamatan yang bertugas di bahagian pentadbiran khususnya hal ehwal kakitangan Security. Dia satu satu nya kakitangan yang bukan beruniform ,berusia awal 30an masih bujang ,berkulit kuning langsat dan bertubuh tinggi dan agak gempal memang sesuai dengan aura seorang security. Walau pun sering di' buli' oleh warga security namun dia sabar dan tegas dalam melayani karenah mereka termasuk lah beberpa anggota bekas polis dan tentera yang sering cuba menggoda dan mengusik nya.

Kepada ku sebagai ketua jabatan pentadbiran untuk dia mengadu dan melepaskan tension dan beberapa kali merayu dan memohon untuk bertukar jabatan. Aku hanya mempu memujuk dan memberi kan dia motivasi untuk dia bertahan kerana di sebalik dugaan yang di terima ,prestasi kerja dan maklumbalas dari pelbagai pihak memberikan pengiktirafan yang tinggi. Inilah alasan utama untuk ku memujuk dia agar terus bertahan.

" Agaknya kalau awak berkahwin,tak delah lagi mamat mamat tu berani mengacau awak" antara alasan yang ku beri untuk mematikan rungutan nya.

" Boss ingat senang ke perempuan dah berumuar macam saya ni nak kahwin"? Apa kata Boss jer yang kahwin dengan saya"ujar nya dengan gelak yang mengejutkan aku.

" Boleh kita kena pergi sempadan lah  untuk bernikah" jawab ku selamba.

" Alah ,apasal nak sampai kesana,kat sini pun boleh ,asalkan berani " Suzana mengusik lagi.

" Kalau kat sini ,nak kahwin memang boleh,nikah jer kat sana" usik ku lagi.

" Amboi,ke situ pulak Boss,bukan main lagi cari peluang yer" jawab Suzana yang nampak jadi lebih ceria dan lega.         

" Kalau you boring atau tension ,bagi tahu jer saya kita boleh pergi karaoke hiburkan hati dan hilangkan stress" ujar ku kerana aku pun tahu Suzana pun kaki karaoke.

" Itu lah saya pun dengar Boss selalu juga pergi karaoke,bawa skandal lagi"usik Suzaana.

"Pandai jer u tembak,I kalau pergi pun dengan staff ,kat sini mana I ada kawan lain,kalau itu di kira skandal nak buat macam mana kan? Jawab ku

" Tapi Boss tak pernah ajak saya pun, saya bukan staff Boss ke?"ujar Suzana

" memang lah,tapi u selalu di kawal oleh abang abang sado,itu yang I tak berani nak ajak u"balas ku membuat serkap jarang.

" Alah itu pergi dengan gang office ,ikut shift mana yang ada kaki karaoke lah,bukan selalu pun, U kan Boss besar ,apa nak takut dengan mereka tu" balas Suzana.

" Bukan lah takut,segan nanti di katakan  I ada skandal dengan U pulak"ujar ku memberi alasan.

"I  tahu lah suara I tak sebagus si Mar tu, itu yang U segan nak ajak I kan?" balas Suzana lagi dengan  muka yang agak kelat bagaikan merajuk lalu meninggalkan pejabat ku.

Aku pun tidak menjangka dia mengambil tahu aktiviti ku dengan staff lain termasuk berkaraoke. 'Susah juga kalau dia jaja cerita ku nanti'kata hati kecil ku .Minda ku mula memikir macamana mahu pujuk dia dan kawal keadaan.

Pada bulan berikutnya aku mendapat undangan selaku ketua jabatan untuk hadir ke majlis tamat latihan progrem khas kakitangan keselamatan yang baru di ambil . Program di adakan di sebuah kelab golf dan rekreasi yang berhampiran dengan pusat latihan yang di sertai oleh kakitangan tersebut. Oleh kerana program akan bermula pada sebelah petang hingga ke malam,maka Suzana menawarkan tempat tinggal di kelab berkenaan.Aku pun setuju kerana ini memberi peluang untuk aku memujuk Suzana.

Setibanya aku di lokasi Suzana telah sedia menyambut ku dan mengiringi ku untuk membuat check in dan menemani ku ke unit tempat tinggal di hujung bangunan. Dia kemudian membawa ku melihat persiapan bagi majlis malam dan memberi penerangan mengenai aturcara yang telah di susun.Paling mengejutkan aku telah di tugaskan untuk menjadi salah seorang juri bagi pertandingan karaoke untuk para pelatih.

Syaitan di Selatan( Completed)Where stories live. Discover now