Bab 2

5 1 0
                                    

FEESA bawa Anieysa masuk…” bisik Imah perlahan ke telinga Feesa.

“Tapi Kak Imah, Feesa nak siapkan kerja sekolah ni.” Buku di hadapan ditunjukkan. Feesa masih belum dapat selesaukan soalan matematik yang terakhir.

“Nanti Feesa buat dalam bilik ya. Cepat! Sebelum Abang Abu balik.” Lembut Imah cuba memahamkan Feesa tentang sesuatu.

Bergegas Feesa mengemas buku-bukunya yang berselerak di lantai. Hati sudah kecut bila nama Abang Abu disebut Kak Imah. Feesa memang tidak selesa dengan suami kakaknya itu. Namun apa daya, sejak kematian ibu mereka, Feesa terpaksa menumpang dengan satu-satunya kakak yang dia ada. Tahun ini pula adalah tahun penting bagi pelajar seusianya. UPSR bakal mendatang tidak berapa lama lagi.

“Mari Anieysa… kita main dalam bilik Acik Su Feesa.” Terus Feesa menggamit anak saudaranya yang baru berusia empat tahun itu.

“Terima kasih Feesa, tolong jagakan Anieysa. Nanti macam biasa, apa-apa pun yang Feesa dengar, Feesa duduk saja dalam bilik, ya dan jangan lupa kunci pintu.” Dalam senyuman, Imah menitipkan kata. Sesekali tangannya mengusap perut yang semakin memboyot.

Feesa angguk laju-laju. Dia mahu cepat masuk ke dalam bilik. Abang Abu sering menjdi liar bila dia ada di rumah. Lelaki itu tidak serupa manusia bila mengasari Kak Imah. Walaupun begitu tidak pernah pula Abang Abu melepaskan kemarahan terhadap dirinya atau Anieysa. Cuma Feesa kasihankan Kak Imah. Sampai bila dia sanggup bertahan dengan kelakuan Abang Abu.


TERMENUNG Feesa seketika. Taipan jarinya terhenti. Ada rasa sebak yang menggunung tinggi. Lebih-lebih lagi bila mengimbau kenangan bersama Kak Imah dan arwah ibu mereka.

Badan disandarkan ke kerusi kafé. Feesa mula memandang sekeliling. memerhati manusia-manusia yang bersilih ganti di situ. Keluhan kecil terlepas sedikit. Kepala yang penuh dengan huruf-huruf kini sendat pula dengan rasa rimas dengan keadaan yang semakin padat dengan orang ramai. Jam di tangan dibelek.

“Patut pun, dah pukul 10 lebih.”

Dan mata Feesa meliar memerhati kembali ke sekeliling. Kebanyakan yang datang ke Love Café, adalah muda-mudi yang baru keluar rehat atau berpeleseran. Biasanya inilah waktu puncak bagi kafé milik Anieysa. Kafé yang Feesa sendiri modalkan untuk anak saudaranya. Namun begitu kerana kesibukan belajar dan lain-lain perkara, Anieysa jarang berada di situ dan mereka sepakat mengupah Diana sebagai pengurus Love Café.

Keluhan terlempar jua oleh Feesa. Dia sebetulnya sedikit bosan. Terus dicapainya Mango Boba Smoothie dan disedut perlahan-lahan. Terpejam-pejam mata Feesa menikmati rasa mangga yang sangat sedap. Tanpa sedar sudah lebih setengah jam dia hanya menikmati air yang paling dia gemarinya itu selain nescafe susu.

“HAI, MISS… boleh saya duduk?”

Satu suara garau seakan masuk ke dalam dunia Feesa. Mata dibuka dan dia mendengus geram. Mata terus meliar memandang sekeliling. Jam di tangan juga dibelek. Jarum sudah menghampiri ke angka 11 rupanya.

“Tempat lain banyak lagi yang kosong, kenapa sini jugak yang dipilih?”

Tanpa memandang lelaki yang tercegat di hadapannya, Feesa cepat meluahkan geram. Lagi pun kafé sudah separuh kosong, kenapa tidak memilih saja tempat lain? Dan Feesa tidak pernah mengira dengan siapa dia berhadapan jika dia diganggu, lebih-lebih lagi dengan manusia bernama lelaki.

Namun hanya tawa kecil pemilik lelaki itu yang Feesa terima. Juga tanpa dipelawa apatah lagi diundang, lelaki itu menarik kerusi berhadapan Feesa dan terus melabuhkan diri.

“Emm…” Feesa tahu dia tidak mampu ‘menghalau’ dan hanya itu yang dapat dia luahkan.

Mata kembali memandang skrin. Jemari menyambung lagi taipan yang terhenti lama tadi. Malas mahu melayan spesis manusia yang ada di hadapannya. Bagi Feesa lebih baik dia siapkan manuskrip cerita yang dikarangnya. Lagi cepat siap lagi bagus. Lagi pun di ruang messegernya di facebook, telah diketuk beberapa penerbitan yang mahu booking manuskripnya. Siapa sangka, dengan hanya suka-suka meletakkan sebahagian kecil sudutan-sudutan manuskrip, ia telah mendapat perhatian pembaca-pembaca tegar novel dan para penerbitan buku. Itu sesuatu di luar jangkaan Feesa sebenarnya.

“Anieysa...”

Cepat Feesa memanggung wajah saat nama itu keluar dari mulut lelaki di hadapannya. Fikirnya lelaki itu tersalah sebut atau mungkin nama itu pemiliknya orang lain. Dan dia memandang kembali tab di tangan.

“Anieysa, emm… dia…”

Dengan sekali tolakan, kerusi yang diduduki Feesa terus jatuh. Kini dia berdiri tegak di hadapan lelaki yang tiba-tiba mencetuskan api dari dalam dirinya. otak sudah memikirkan yang bukan-bukan. Kenapa lelaki asing di hadapannya menyebut nama Anieysa? Apa hubungan dia dengan Anieysa?

Dan bunyi kerusi yang ditolak jatuh Feesa tadi sedikit sebanyak telah membuatkan beberapa tumpuan pelanggan di Love Café teralih kepadanya. Namun Feesa tidak pedulikan itu semua. Bagi Feesa, lelaki di hadapannya kini perlu ditangani dengan cara apa sekalipun.

“Duduk, awak…”

Sedikit mendongak kerana dia duduk. Dengan suara yang perlahan lelaki di hadapan lembut menyuruh Feesa duduk. Namun, Feesa tetap seorang Feesa.

“Mana awak kenal Anieysa?” Tanpa mukadimah penuh kesopanan, Feesa seakan membentak dalam pertanyaan. Mata pula tajam seakan menusuk hingga ke otak sang lelaki.

“Saya Luqman.” Dia memperkenalkan diri.

Feesa hanya menjeling.

🍂🍂🍂🍂

Untuk memiliki naskah ini, hubungi kami di link bawah 👇👇
http://www.wasap.my/601162376062/IlusiCintaPublication

Boleh juga dapatkan di Shoppee kami :
http://shopee.com.my/rubynurairis

Selama Mana Mampu BertahanWhere stories live. Discover now