Bab 11

864 58 19
                                    

"Pekerja baru ke?"

Ah, sudah. Siapa pula ganggu mood dia yang sememangnya sudah rosak hari ini. Dhia mengangkat muka lalu memandang sekilas lelaki di belakangnya.

"Tak adalah. Saya jumpa Encik Aidan sebab ada urusan yang harus dibincangkan" Jawab Dhia membalas soalan lelaki tersebut.

Telefon pintarnya diambil dari beg silangnya lalu dibuka untuk membaca notifikasi yang terpampang di layar skrin telefon tersebut.

Fakhrul
-Lunch sama-sama jom. Ada benda nak bincang

You
-Okay dekat mana?

Fakhrul
-📍Haniesya Café

Telefon pintar ditutup lalu matanya hanya memandang pintu lif yang terpampang wajahnya dan juga lelaki di belakangnya ini.

"Awak jumpa abang saya tadi tu bincang pasal rancangan ke Pulau Langkawi tu eh?" Dhia mengangkat muka memandang lelaki di belakangnya tadi.

Abang? Jadi lelaki ini adik kepada Aidan yang pelik tu ke? Dhia memandang muka lelaki tersebut. Okay ada iras Aidan tetapi Aidan lebih kacak.

Ish apa kau ni Dhia!

"Wooo, jangan pandang saya macam tu. Saya takut. Saya tahu saya hensem" Ujarnya membuatkan Dhia tersedar dari lamunannya sendiri. Tersedak mendengar ayat terakhir yang dilontarkannya.

"Ah maaf, tak sengaja"

"Nama saya Aryan. Adik kepada Aidan yang beku. Jangan risau saya peramah orangnya. Jangan takut dekat saya sebab saya pencinta wanita yang setia. Saya baik dan hensem. Alang-alang awak ada dekat sini nak tanya yang pergi Pulau Langkawi tu kita ada pergi mandi pantai ke ada tak?" Soal Aryan sambil memandang Dhia yang hanya diam dari tadi. Lif ni pun sepatutnya tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang terpenting dalam syarikat ini. Sebab itu tiada yang masuk kecuali Dhia dan Aryan. Entah macam mana Dhia boleh tersesat masuk dalam lif ini.

Aryan pula sejenis tidak kisah bukan seperti Aidan yang semuanya kena sempurna.

"Oh, kejap eh" Dhia mengeluarkan iPad lalu melihat rancangan ke Pulau Langkawi itu. Tangannya menekan-nekan iPad itu mencari apa yang dipinta oleh Aryan.

Dhia mengeluh perlahan lalu memandang Aryan yang masih memandangnya dari tadi. "Tak ada. Maafkan saya"

"Boleh tak kalau saya nak mintak satu perkara?"

"Apa dia Encik Aryan?"

"Saya tak pernah pergi Pulau Langkawi awak tahu?" Aryan mula mengeluarkan suara simpatinya. Dhia agak terkejut tambah tercengang apabila Aryan membuat suara sebegitu.

Lain gila dengan abangnya si Aidan singa itu! Nampak Aryan ini sememangnya mudah bergaul dengan orang. Tengoklah Dhia yang dia baru kenal beberapa saat pun sudah boleh buat suara mintak kaki Dhia.

"Oh tak tahu. Jadi kenapa?" Dhia cuba mengawal suaranya agar tidak termaki Aryan. Sememangnya mood dia harini memang tidak beberapa baik sejak berjumpa dengan Aidan. Mendung terus hatinya.

"Er, saya ada dengar yang dekat Pulau Langkawi tu ada satu Pulau yang terkenal. Tak silap saya nama dia Pulau Dayang Bunting. Kalau kita pergi sana boleh ke? Teringin sangat. Mana tahu abang saya dapat jodoh. Abang saya tu umur dah 28 tahun. Tak lama lagi 30 tahun tahu. Orang kata kalau mandi dekat situ boleh dapat jodoh" Pinta Aryan sambil matanya dikerlip beberapa kali ke arah Dhia. Dhia mengeluh.

Jodoh kau, bodoh adalah.

Dahlah abang dia si Aidan tadi minta pendekkan masa tapi si adiknya Aryan pula minta untuk pergi ke Pulau Dayang Bunting. Aidan memang klien pentingnya tapi Aryan juga tidak kurangnya. Dia mula berfikir bagaimana untuk tunaikan permintaan Aryan tanpa menganggu masa yang diarah oleh Aidan. Keningnya bersambung mencari jalan penyelesaian.

SunshineWhere stories live. Discover now