Bab 18

803 56 0
                                    

"Hello Encik Aidan, ye boleh saya bantu?" Soal Dhia sejurus menerima panggilan daripada Aidan.

Tidak pernah-pernah bermesej mahupun menelefon tetapi hari ini jam ini Aidan menelefon Dhia. Terkejut beruk Dhia lah tengok nama pemanggil itu tadi.

"Kau kena tolong aku. Kali ni. Urgent" Ujar pemanggil di sebelah sana. Dhia membuat muka toya.

"Kira nanti hutang saya settle?"

"Diskaun 50 peratus. Deal eh okay. Kejap lagi aku bagitahu kau kena tolong apa" Terus panggilan tersebut ditutup oleh Aidan tanpa sempat Dhia mengucapkan apa-apa.

"Haih"

Mesej daripada Aidan diterima lalu dibaca sekilas oleh Dhia.

Nanti-nantilah dia fikir yang penting perut dia lapar dan sekarang ini dia perlu makan.







"WHAT?!. Dah last minute macam ni baru kau bagitahu aku? Kau ni kan Dhia. Mana nak cari dress dalam masa lapan jam lagi Dhia oi" Jasmin menunjal kepala Dhia. Mana tidaknya malam ini ada majlis pagi ini baru beritahu. Mengamuk sakan lah dia.

Dhia menarik nafas dalam-dalam. "Alaaa macam kau tak kenal kawan baik kau ni. Bukan nama Dhia lah kalau kerja siap last minute. Tolong lah aku Jasmin. Bagitahu aku butik mana yang bukak" Pinta Dhia. Lengan Jasmin digoyangkan beberapa kali.

Jasmin seorang sahaja harapan dia sekarang ini. Kalau dia tak pergi majlis itu mahu dia kena sembelih dengan mamat tu.

Jasmin mengeluh. Nasib baik lah nama kawan baik.

"Apa tema dia?"

"Golden, black and white" Ujar Dhia. Jasmin berfikir sejenak sebelum matanya terbuka gembira.

"Aku tahu mana nak dapat baju kau. Jom ikut aku pergi butik mak aku. Aku lupa mak aku kan ada bukak butik. Dah siap cepat" Peha Dhia ditepuk sebelum Jasmin menolak supaya Dhia berdiri dan pergi bersiap.

"Yes Jasmin. Kau memang kawan baik aku" Dhia terus berlari naik ke atas untuk bersiap.

"Macam aku tak tahu kau dah terjatuh hati dekat Encik Aidan kau tu" Gumam Jasmin sebelum dia turut menaiki tangga ke biliknya.

Masakan tidaknya kalau Dhia sanggup menolong Aidan untuk menjadi partner nya dalam majlis perasmian pelantikan Aidan menjadi Chief Executive Officer.

Haih, Dhia-Dhia.











"Sorry, lama ke kau tunggu aku? Ada hal kena setel jap tadi" Ujar Aidan apabila melihat Dhia yang cemberut muka menahan panas menunggunya di hadapan rumah Jasmin. Matanya atas bawah menilik pakaian Dhia pada hari ini. Cantik!

Simple but elegant.

Botol mineral dihulur ke Dhia. Tadi di ke pejabat untuk menyiapkan beberapa tugasan dan dalam perjalanan ke rumah kawan Dhia, Aidan singgah ke kedai serbaneka untuk beli barang, alang-alang itu belilah air.

Dhia menjeling lalu laju menarik botol tersebut dari tangan Aidan. "Hm, sempat jugalah kalau saya tunggu kucing saya beranak" Balas Dhia. Aidan tersedak.

"Dah jom" Aidan langkah laju meninggalkan Dhia yang sedang meneguk air itu.

"Saya nak naik siapa! Agak-agaklah kalau nak suruh saya bawak. Saya mana tahu tempat tu" Botol air dicampak ke bawah. Lepas geram. Dahlah dia menunggu Aidan hampir 2 jam. Lepastu Jasmin pula terpaksa keluar. Disuruhnya duduk di dalam rumah tidak mahu katanya sebab ingat si Mamat Kedekut ni sekejap saja sekali kena sidai 2 jam.

Aidan menoleh kembali Dhia yang geram itu sebelum dia bergerak balik ke arah Dhia.

"Kau ingat kau Cinderella ke sampai aku nak kena angkat kau bawak masuk kereta" Aidan terus menarik tangan Dhia ke arah kereta miliknya. Pintu penumpang dibuka lalu Aidan menolak Dhia kasar masuk ke kerusi penumpang hadapan.

"Aku yang suruh kau teman aku, jadi pergi dan balik aku hantar. Faham? Kalau tak faham lagi aku cakap Bahasa Cina"

"Ye, ye faham"

"Nanti kau pergi sana, ada satu tempat nama kau. Duduk je kat situ. Lepas habis majlis pelantikan tu aku panggil kau bawak kau jumpa family aku" Aidan memandang sekilas muka Dhia.

"Jap, kenapa saya kena jumpa family Encik Aidan pulak? Bukan haritu Encik Aidan cakap cuma teman sahaja ke? Mana boleh macam tu!" Geram Dhia. Haritu kata lain, harini kata lain.

"Bila masa pulak aku cakap macam tu? Baca balik chat aku haritu. Kau je yang tak faham bahasa" Balas Aidan. Dalam hatinya pula sudah tertawa sakan sebab budak ketot sebelah nya ini tak baca mesej sampai habis.

Dhia pantas mengeluarkan telefon bimbitnya sebelum mencari mesejnya dengan Aidan.

"Eish, benci!" Kasar Dhia menyimpan kembali telefon bimbitnya.

Aidan senyum sinis.






"Ikut Kak Sarah duduk, jangan mengedik kaki tu nak berjalan sana sini. Kau lemas ke pengsan aku tak nak tolong kau dah" Aidan dan Dhia bersama-sama berjalan ke arah hotel tersebut.

"Encik Aidan ingat saya budak kecik lagi ke? Saya dah besar. Dah 25 tahun. Pandai-pandailah saya jaga diri" Ujar Dhia. Aidan memandang tajam muka Dhia.

"Kau jangan degil sangat Dhia. Nasib kau nanti mendapat"

"Tak kisah" Balas Dhia bersahaja. Aidan menjengil geram. Budak ni makin kuat melawan pulak lepas Aidan belanja dia makan haritu.

Aidan mula memandang Dhia tajam. Pantang orang melawan dengannya, pasti lepas itu orang tersebut akan taubat nasuha. Itulah sifat seorang Aidan.

Ye, dia paling tidak suka orang melawan dengan katanya.

"Dhia..." Gertak Aidan memanggil nama Dhia perlahan. Tidak kuat sekadar cuba untuk mendapat perhatian Dhia.

"Dhia!" Belum sembut Aidan memanggil nama Dhia, Kak Sarah menjerit nama Dhia di pintu hadapan hotel tersebut.

"Okaylah saya pergi dulu. Bye!" Dhia berjalan meninggalkan Aidan keseorangan di situ. Aidan hanya memerhati Dhia yang berjalan ke arah Kak Sarah.

"Bro...cantik awek tu. Mana kau jumpa? Lawa oi" Bahu Aidan dipaut. Ha ini lagi seorang nak kena tumbuk dengan Aidan.

"Jangan sentuh aku setan. Aku tengah panas ni" Aidan menepis tangan Mike yang berada di bahunya itu.

"Aik panas pulak kau? Apa pasal? Awek tu ada lelaki lain ke?" Soal Mike lalu matanya memandang Aidan yang sedang memandang tajam Dhia yang kusyuk berborak dengan Kak Sarah di hadapan hotel tersebut.

Cantik betul awek tu. Mana si Aidan ni jumpa?  Jarang Aidan nak bercakap atau memandang perempuan dengan pandangan macam itu.

"Ada pembalasan aku kena buat"

SunshineWhere stories live. Discover now