Bab 5

1.1K 76 6
                                    

"Kau serius ah? Hahaha gila lah perempuan tu. Apa lagi dia nak dekat kau?" Tangan kanannya mula menumbuk punching bag di hadapannya. Peluh yang menitik dibiarkan sahaja.

"Aku serius wei! Kau tahu semak tak? Aku yang nak buat kerja pun terus hilang mood. Tiba-tiba je dia datang cakap pasal tunang. Memang terus barai lah mood aku lepastu" Aidan yang penat menumbuk punching bag di sebelah sahabatnya itu terus duduk di lantai. Botol berjenama Nike diambil dan diteguk.

"Hmm, aku rasa dia dah gila wei. Gilakan kau" Mike atau nama sebenarnya Mikael, sahabat baik Aidan. Mike terus mengelap mukanya yang berpeluh dengan tuala yang tersidai di lehernya.

"Ntahlah, aku rasa rimas tahu? Hari-hari datang pejabat jumpa aku. Tak habis-habis. Dia tu just sepupu aku je. Aku tak faham betul kenapa dia nak kena semak sangat nak kahwin dengan aku" terdengar keluhan di akhir ayatnya.

"Apa kata, kau cakap je kau tak suka dia. Kan senang. Lepastu suka hatilah dia nak terus layan kau ke tak. Yelah,sebab kau pun dah cakap kat dia kau tak suka dia kan. Lantak dia lah lepastu nak jadi apa" Mike memberi pandangan dari sudutnya. Aidan memandang sahabatnya sebelum senyuman nipis diukir.

"Thanks" bahu Mike ditepuk perlahan. "Eh tiada masalah. Lagi thanks kalau belanja aku makan" tersengih-sengih Mike. Aidan hanya membuat muka seriusnya sebelum dia tergelak.

"Boleh– boleh, bayar sendiri" dia terus bangkit bangun dan menukar pakaiannya kepada pakaian lebih kasual di bilik persalinan.

"Eh kuaja kau. Lepas ni jangan harap aku nak bagi nasihat berguna dari Mike" lalu Mikael turut bangun untuk menukar baju.





"AWAK okay ke tak ni" matanya di hala pada Dhia yang asyik termenung memandang dirinya. Dia ada salah pakai apa-apa ke? Baju yang dia pakai sekarang ini terbalik ke?

Setelah tidak mendapat respons baik dari Dhia, Fakhrul terus memetik jarinya di hadapan Dhia. Tersentak. Dhia tersedar. Bayangan nya tentang perkara buruk terus hilang. Terus dihalakan matanya ke arah Fakhrul sebelum senyuman terukir.

"Ah, awak cakap apa tadi. Sorry saya tak dengar" dia terus kembali fokus tentang Fakhrul yang sedang bercakap di hadapannya.

"Saya tanya, awak okay ke tak? Seems like awak macam ada masalah sahaja" Dhia mengelengkan kepala tanda tiada masalah terjadi. Niatnya untuk bertanya tentang gambar polaroid itu dipendam.

Bibirnya yang dioles matte berwarna pink peach pastel terukir senyuman nipis. "Nah, much. Just– kerja je. Sibuk" Fakhrul mengangguk tanpa mengesyaki apa-apa.

Duduk di hadapan tasik yang tenang dan bunyi kanak - kanak gembira amat menenangkannya. Suasa sepi antara mereka berdua menimbulkan rasa ketidakselesaan Dhia. Fakhrul pula khusyuk bermain telefon bimbit yang sedari tadi tidak lekang dari tangannya.

Dhia tersenyum sinis. Gayut dengan perempuan sana ka?

"Do you love me?" ujar Dhia memecahkan suasana sepi mereka berdua. Fakhrul tersentak. Terus dipandang Dhia yang kembali memandang hadapan.

"What do you say?" Dhia memandang mata Fakhrul. Mencari satu kekuatan untuk bersoal dengan dia.

"Saya tanya, awak sayangkan saya tak?"

Fakhrul mengangguk "Mestilah sayang. Awakkan bidadari saya dunia akhirat"

"Kalau katakan suatu hari nanti awak jumpa perempuan lawa dari saya, awak akan tinggalkan saya ke?" Fakhrul terdiam. Tidak tahu menjawab apa. Otaknya lepu. Masih memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan.

"Tak, hmm tak. Memang tak saya nak tinggalkan awak. Look, kita dah berapa tahun bersama?" mata Fakhrul tunak memandang mata Dhia. Cuba ditenangkan dirinya untuk menjawab soalan Dhia.

"Empat" jawab Dhia.

"Lama kan. Takkanlah saya nak tinggalkan awak. Empat tahun tu bukan masa yang singkat Dhia. Saya betul sayangkan awak–

Kenapa awak tanya soalan macam ni? Saya ada buat salah dekat awak ke sayang? Kalau saya ada buat salah, saya betul minta maaf" Nada suaranya cuba diperlahankan. Tidak mahu orang lain mendengar. Heh, memang tak ada orang dengar pun.

Senyuman hambar diberi buat Fakhrul. Nampak penipuan di situ, nampak ketidakjujuran Fakhrul di situ. Ingin saja dia bertanya tentang gambar itu, tapi–

Dia diam. Diam kerana tidak mahu timbul pergaduhan. Dia sayangkan lelaki di hadapannya.

"Betul awak sayangkan saya, Fakhrul?"

Fakhrul mengangguk bersungguh-sungguh. Okay, kalau begitu jawapannya.

"Kita kahwin" terus rebah hatinya ke lantai. Air liur nya pula tersekat di kerongkong.

Dhia memandang Fakhrul lalu senyuman sinis diberikan. Kau nak sangat main dengan aku kan? Kau salah orang.

SunshineWhere stories live. Discover now