Bab 53

1.2K 91 33
                                    

Vote & Comment

HUJAN yang turun membasahi bumi seakan-akan faham dengan perasaan Dhia. Pintu gelangsar di kawasan belakang rumahnya dibuka lalu kakinya melangkah keluar tanpa sedar membiarkan badannya dibasahi hujan selebat-lebatnya. Air matanya juga turut mengalir mengikuti hujan yang turun.

Tsk.

Kepalanya didongakkan memandang langit dengan mata yang terpejam. Menghayati suasana hujan serta dingin yang menaikkan bulu romanya.

Sedang matanya terpejam menghayati hujan jatuh ke mukanya ada sekaki payung yang terbuka menghalang hujan daripada jatuh ke mukanya. Dhia yang sedang menghayati air hujan itu membuka matanya taktala hanya bunyi hujan sahaja yang didengar dan bukan air hujan yang jatuh ke mukanya.

"What're you doing? Imun dalam badan tu dah kebal sangat ke sampai nak mandi hujan?" Soalan yang keluar meniti di bibirnya mendapat satu senyuman daripada Dhia taktala melihat wajah Aidan yang beku.

Masih caring rupanya.

"Lambat balik. Alisa macam mana okay ke dia?" Soalan berbalas soalan. Dhia menundukkan kepalanya apabila nama Alisa keluar daripada mulutnya. Aidan mengeratkan genggamannya pada payung yang menjadi teduhan suami isteri itu.

"Okay. Kau tu yang tak okay. Gila ke mandi hujan" Balas Aidan geram. Dhia tertawa apabila Aidan melabelkan dirinya sebagai gila.

Ya memang dia gila.

Gila akan Aidan.

"Kau tak nak masuk ke? Hujan makin lebat" Ajak Aidan melihat Dhia yang masih kusyuk berdiri di atas rumput yang basah akibat hujan. Nanti kalau demam tidak ke menyusahkan dia?

Dhia mengeleng tidak mahu.

"Kalau abang nak masuk, masuk lah dulu. Nanti saya masuk" Ujar Dhia. Aidan hanya mengangguk faham. Bersama-sama berdiri menjadi pemegang payung buat Dhia yang diam menunduk.

Kedua-duanya diam menghayati hujan sehinggalah Dhia sendiri bersuara.

"Untuk berapa lama kita akan terus macam ni?" Persoalan itu membuatkan Aidan memandang Dhia yang turut memandangnya meminta sebuah jawapan.

"Am I not deserve your love, abang? Apa lagi yang saya kena buat sampai abang percayakan saya?" Bertalu-talu soalan keluar daripada Dhia membuatkan Aidan tersentak.

"Sampai kau mengaku kesalahan kau mungkin?" Jawab Aidan mudah membuatkan Dhia mengangguk faham. Bibirnya mengukir satu senyuman pahit.

Tidak, dia tak akan menangis di hadapan suaminya. Dia kuat. Dia bukan watak lemah seperti heroin lain.

"Abang tahu tak betapa kecewanya hati saya bila saya nampak abang keluar dengan Alisa sambil gelak ketawa. Did you know how break my heart when I see you with someone else? Sakit abang. Sakit sangat. Lebih sakit daripada tuduhan fitnah abang pada saya" Luah Dhia mengingati semula adegan yang terjadi sebentar tadi. Hatinya hancur berkeping-keping melihat kemesraan Aidan dan Alisa. Isteri mana yang tidak kecewa, beritahunya. Dia ingin berjumpa meminta tips untuk tidak kecewa.

"Macam tu jugak lah aku bila tengok Fakhrul keluar dari bilik tidur kita yang sepatutnya menjadi kamar istimewa untuk kita berdua yang sah dan halal dalam Islam. Kau nak tahu betapa jijiknya aku bila teringatkan balik kau tidur dengan jantan lain tak? Jijik aku sampai aku tak pernah tidur langsung atas katil tu sampai harini. Aku sanggup tidur atas lantai dari tidur bekas maksiat orang" Ujar Aidan sambil membalas pandangan dengan Dhia yang memandangnya. Satu senyuman sinis naik apabila dia selesai mengungkapkan ayat tersebut yang semestinya merobek hati isterinya itu.

SunshineWhere stories live. Discover now