I N D A H I R D I N A 2 2 🍁

1.3K 86 41
                                    

2 hari di Perlis akhirnya Indah kembali semula ke KL.

Indah melangkah masuk ke dalam butik bersama Nara didukungan.

Baru sahaja dia meletakkan beg di atas meja, Anggun menyapa.

"Kau tak dapat apa-apa information ke?"soal Anggun.

"Information apa? Raiyan?"

"Ye la! Jom ikut aku!"kata Anggun lalu menarik tangan Indah.

"Kenapa dengan Raiyan?"soal Indah

"Cepat je la."

"Ishh, sabar la. Nara ni."kata Indah

"Eh! Bila masa abang Affan sampai?"

"Tak penting. Suami kau lagi penting sekarang ni."kata Anggun.

Indah terus masuk ke dalam kereta yang dipandu Affan.

"Apa dah jadi ni? Dorang dah jumpa Raiyan ke? Kenapa aku tak tahu apa-apa?"Indah kekeliruan.

"Tadi, staf kat hospital call mummy kau. Dia kata Raiyan ada kat hospital tu."kata Anggum.

Indah memandang Nara yang berada di pangkuannya.

"Ayah awak Nara."bisik Indah sambil membelai rambut Nara.

Hospital dituju.

Indah, Anggun dan Affan melangkah menuju ke wad yang menempatkan Raiyan.

Kelihatan Rayn, Umar, Puan Wahida dan Uwais berada di hadapan wad itu.

"Macam mana Raiyan? Okay?"soal Indah

"Indah masuk la."jawab Rayn.

"Boleh masuk ke?"

Rayn mengangguk.

Perlahan-perlahan dia menghampiri pintu wad itu. Pintu itu ditolak perlahan sambil Nara masih ada di dukungannya.

Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya tumpah jua bila terlihat susuk tubuh yang dirinduinya sedang terbaring di atas katil hospital itu.

"Abang."tenggelam timbul suara Indah.

Raiyan yang merasa seakan ada orang masuk ke wadnya berpaling.

Indah tersenyum ke arahnya.

Menggigil tangan Indah ingin menyentuh Raiyan namun Raiyan dengan segera menepis.

"Kau.... kawan Sara kan? Apa main sentuh-sentuh ni?"soal Raiyan

Indah terdiam sambil memandang Raiyan.

"Abang, ni Indah bang. Isteri abang. Ni, Nara. Anak kita."

Dengan tiba-tiba, Raiyan ketawa.

"Kelakar la kau ni. Aku kahwin? Sejak bila pulak? Anak? Entah anak siapa tah ni, kau kata anak aku."kata Raiyan.

Sekali lagi air mata Indah mengalir.

"Abang, abang tak ingat Indah ke?"

"Buat apa aku nak ingat kau. Kau penting ke? Tak kan, bla la!"halau Raiyan

"Abang..."

"Aku kata keluar! Tak faham bahasa ke!"jerkah Raiyan.

Indah terus berpaling dan keluar dari bilik itu.

"Indah, kau okay?"soal Anggun bila terlihat adiknya menangis. Terus Nara diambil dan diberikan kepada Affan.

Terduduk Indah dibuatnya.

"Anak mama kuat, mama tahu."

"Doktor sah kan Raiyan mengalami amnesia."Umar bersuara.

"Amnesia? Jadi, dia takkan ingat Indah lagi? Nara?"

INDAH IRDINA ✔Where stories live. Discover now