I N D A H I R D I N A 2 0 🍁

1.4K 94 25
                                    

Sebulan telah berlalu, sedar tak sedar harini adalah due date bersalin Indah.

"Mana?"soal Puan Wahida.

"Butik la."

"Bukan harini patutnya due date ke? Duduk je la rumah, tak payah pergi kerja."

"Alah ma, tak keluar tanda pun lagi."jawab Indah

Kasut disarungkan.

"Beg hospital dah pack? Letak kat mana? Senang mama nak amik kalau ada emergency nanti."

Indah mengangguk.

"Dalam luggage warna pink belakang pintu, sekali dengan beg sandang pink."kata Indah

"Hati-hati drive, ishh risau la mama."

"Don't worry la. Indah pergi dulu, assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Kereta diparking di hadapan butik.

Indah melangkah keluar dari kereta. Pintu butik dibuka.

"Eh, akak datang?"soal Wani, pekerja disitu.

"Datang la Wani, bosan duduk rumah. Kak Anggun kat atas ek?"

"Haah, dia dekat atas."jawab Wani

Indah mendaki tangga ke tingkat atas.

"Eh tenuk, pahal datang? Due date harini an?"

"Tak ada tanda lagi, datang kerja la. Bosan duduk rumah."kata Indah

"Suka hati la, kalau ada pape panggil je sesiapa."kata Anggun.

Indah mengangguk. Dia terus mengambil tempat di mejanya.

Waktu makan tengahari tiba,

"Kau tak nak makan ke?"soal Anggun kepada Indah yang sedang memeriksa stok di dalam bilik stor.

"Aku dah pesan kat Zaza tadi."

Anggun mengangguk.

"Aku keluar dulu, tak ada sesiapa kat butik ni. Hati-hati."pesan Anggun.

"Okay."

Beberapa minit berlalu, pemeriksaan stok berjalan lancar.

Indah mula mendaki tangga.

Sampai sahaja di mejanya, dia mula duduk.

Tak sampai beberapa saat, terasa kesakitan di perutnya.

"Ha sudah."omel Indah.

Dia mula mengemas meja dan perutnya semakin sakit. Berkerut dahi Indah menahan kesakitan.

Baru sahaja Indah mahu bangun, satu cecair mengalir keluar dari celah kelangkangnya.

Darah.

"Kenapa lah tanda darah."omelnya.

"Oi nok, kau pahal?"tegur Anggun yang baru sampai.

"Sakit ah kak."

"Nak beranak dah ke?"

"Rasanya."

"Eh boleh rasa-rasa pulak. Jom jom cepat."kata Anggun lalu memimpin Indan untuk keluar dari butik.

"Eh! Kenapa ni?"soal Affan yang menunggu dibawah, tadi Anggun lupa bawak purse dia. Jadi terpaksa la patah balik.

"Bawak pergi hospital abang, Indah nak bersalin dah ni."kata Anggun.

Dengan segera Affan membuka pintu tempat duduk belakang untuk Indah.

INDAH IRDINA ✔Where stories live. Discover now