I N D A H I R D I N A 2 6 🍁

1.5K 95 53
                                    

14 hari masa yang tinggal sebelum tamat 30 hari.

Harini, Indah membuat keputusan untuk melakukan aqiqah untuk Nara dan anak keempat Anggun memandangkan anak Anggun dah cukup 7 hari.

Bayi perempuan itu selamat dilahirkan dengan berat 3.4 kg diberi nama Yarra Haneyna.

Rumah Indah kini sibuk dengan saudara mara yang terdekat dan jiran tetangga. Kak Mas, kak Maria, kak Nora yang offer untuk masak. Apa salahnya. Tak payah amik katering.

"Nara, kiss baby."arah Indah kepada Nara.

Nara hanya melihat Neyna yang sedang tidur di atas tilam tanpa ada rasa berminat. Terus dia berpaling dari memandang bayi kecil itu.

Indah tak puas hati, dibetulkan semula posisi anaknya yang sedang meniarap itu.

"Sayang baby,"kata Indah sambil meletakkan Nara dekat dengan Neyna.

Namun, diluar kawalan sesiapa

Cepuk!

Ditamparnya muka Neyna.

"Ya Allah! Sophia Annara! Kenapa buat baby macam tu!"marah Indah

Neyna yang menjadi mangsa tamparan hanya diam menikmati tidurnya. Nara yang tercebik-cebik kena marah.

"Biasa dia."marah Indah.

"Rileks la, anak aku rileks tidur."kata Anggun.

Indah melihat ke arah Neyna. Serius la budak ni. Nara cepuk bukan perlahan, kuat. Dengar pun dah tahu.

Nara terus merangkak menuju ke arah Raiyan bila dia melihat kelibat si ayah.

Indah hanya biarkan bila dia lihat Raiyan mendukung Nara.

"Kau dengan dia macam mana?"soal Anggun.

"Macam mana apa?"

Mereka boleh bersembang sebab orang dah mula balik. Hanya tinggal jiran-jiran yang sedang mengemas.

"Kau dengan Raiyan la. Dia dah ingat?"soal Anggun.

Indah menunduk dan perlahan-lahan menggelengkan kepalanya.

"Ada lagi 14 hari je, boleh ke dia ingat?"soal Indah.

"Aku yakin, kalau kau cuba. Dia mesti ingat. Kau isteri dia, pertahankan hak kau. Demi Nara."kata Anggun.

Indah mengangguk lemah. 16 hari dia duduk dengan lelaki itu. Lelaki yang bergelar suaminya. Namun, tak macam suami pun. Macam orang asing.

Jam 8 malam,

Selepas maghrib, Indah ingin melangkah ke dapur. Hanya ada kak Mas and the gang je kat dapur rasanya.

Namun, baru sahaja dia hendak melangkah masuk. Kelihatan Raiyan sedang melangkah menghampiri seseorang. Seroja. Rizqi yang berada di sebelah Seroja di angkat Raiyan.

Indah mengerutkan dahi.

Baru sahaja dia hendak mendengar perbualan mereka, Uwais datang menghampiri.

"Kak Indah, Nara menangis. Nak susu kot."kata Uwais.

"Ha? Okay okay."balas Indah.

Dia terus melangkah naik ke atas. Namun, otaknya tak henti memikirkan. Apa yang Raiyan dan Seroja buat.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Jam 10 malam, semua tetamu yang bermalam di rumah mereka sudah pun tidur.

Indah melangkah keluar dari bilik, nak buat susu Nara.

Namun, telinganya menangkap bunyi perbualan. Bukan 2 orang, tapi ramai. Mungkin 4 ke 5 orang macam tu.

Indah menghampiri bilik yang Raiyan duduk before majlis tapi sekarang Uwais yang duduk.

Telinga dirapatkan ke pintu.

Beberapa minit mendengar, automatik air matanya memgalir. Mengalir dengan deras. Mata dipejamkan seketika. Air mata diseka.

Dia masih berada di hadapan pintu, mendengar perbualan mereka sehingga habis.

"Dah la, kau fikir la sendiri. Aku nak balik. Esok kerja."Azrel bersuara.

Indah terus melangkah ke arah tangga. Dapur dituju.

Sedang dia termenung sendirian, Raiyan datang menegur.

"Kau buat apa?"soal Raiyan. Dengan segera air kata diseka entah buat kali ke berapa.

"Kenapa mata kau sembab?"soal Raiyan lagi.

Indah menggeleng.

Dia terus membancuh susu untuk Nara.

Setelah selesai, dia berpaling. Namun Raiyan menyekat laluannya.

"Awak nak apa ni?"soal Indah tak puas hati.

"Kau menangis kenapa?"soal Raiyan.

"Mana awak tahu saya menangis?"

"Aku tahu....."

"Awak tahu? Hurm? Awak tahu?"soal Indah

Raiyan mendiamkan diri.

"Perkara yang paling saya benci dalam kehidupan ni satu je. Penipuan!"kata Indah lalu melangkah naik ke atas.

Raiyan diam. Cuba menghadam apa yang Indah katakan.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Indah naik ke atas, dia melangkah ke arah katil. Nara yang sedang meniarap di atas katil sambil menunggu susu dihampiri.

Puting susu disumbat ke dalam mulut si kecil.

"Kenapa? Kenapa benda ni jadi dekat mama, Nara?"soal Indah sambil bermain dengan rambut Nara.

"Kenapa mama nampak terlalu tak berguna?"soal Indah.

"Mama benci semua orang."kata Indah lagi.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Pendek dan ringkas...teka la apa yang Indah dengar. Semuanya akan terbongkar di next chapter.

Comment and like banyak2 baru saya up next chapter. Huhuhu

INDAH IRDINA ✔Where stories live. Discover now