Hati aku bagai kaca jatuh ke batu. Terkedu tak terkata. Hancur berderai menjadi cebisan. Hanya tuhan yang tahu bagaimana rasa aku ketika itu. Aku sungguh terkejut dengan apa yg dikatakan oleh dia. Diriku seolah tak percaya dengan apa yang berlaku. Setelah apa yang aku lakukan untuk dia, segala yang aku korban dan berikan sanggupnya dia menyamakan aku dengan orang sebelumku. Aku sehabis baik untuk mencuba yang terbaik tapi semua itu dipatahkan dengan satu ungkapan berdarah. Entah bagaimana mahunya dihempas diri ini ke dinding. Rasa ingin meraung sekuat-kuatnya dek hati yang terluka sedalamnya.
Tiapkali aku memberikannya nasihat atas dasar kasih sayang dan ambil berat, pada ketika itulah juga dia akan melawan dan tidak menerima apa yang ditegur. Dirinya rasa umpama bidadari syurga yang sempurna tanpa cacat cela sedangkan hanya manusia akan melakukan kesilapan. Aku tak kuat. Akhirnya aku mengalah dan menundukkan diri dengan dirinya yang semakin lantang berkata-kata. Aku takut kalau aku hilang dirinya kalau aku tak mengalah. Biarlah aku mati dari aku hilang dirinya semasa aku hidup.
Hati memang sakit tak terkata. Mahu tidak mahu terpaksalah aku merelakan untuk mengalahkan diri walau aku yang terluka demi dirinya. Maaf sayang kerana tak mampu jadi yang terbaik hingga wujud kata-kata tajam darimu. Memang khilaf diri ini. Aku sedar diri aku siapa.
-09/11/21 0221hrs
YOU ARE READING
RUMAH ISI HATI
RomanceAku menghinakan diri meminta untuk disimpati, aku merayu aku meratap tapi kau dengan angkuh hanya membiarkan aku dan memberikan sejuta alasan.