Kisah 2

12 0 0
                                        

Pada malam yang hening ini aku keluar menenangkan diri yang lara. Dalam keadaan yang hiba aku terus menyarung baju dan memulas tali minyak motosikal menuju ke satu destinasi. Destinasi di mana aku ingin duduk seorang diri dan berfikir sedalamnya tentang apa yang berlaku, kenapa ia berlaku dan bagaimana ia berlaku.

Jujur dari sudut hati, malam ini aku tidak dapat menahan kesedihan yang sedang memberontak dalam jiwaku. Lara semakin memberontak hingga memecahkan tembok kekuatan dalam diri hingga keluarnya air mata mengalir di pipi tanpa disedari. Hasil dari empangan yang pecah ini, aku bawa diri memujuk hati. Pekara yang sama terjadi lagi. Si dia memang tak mampu untuk mengalah kepadaku. Aku kadangkala rasa serik untuk meluahkan apa yang aku rasa kepadanya lagi. Aku tahu, pasti akhirnya akan aku tertampar jua dek dia yang tak mahu menerima dirinya yang terlanjur berkata-kata. Sememangnya dia selalu begitu. Tiada apa yang berubah setelah sekian lama.

Aku seorang diri disini. Melihat kenderaan lalu lalang di hadapan aku. Entah kenapa aku rasa terlalu kosong hingga kebisingan deruan enjin tidak aku endahkan. Aku kehilangan kata-kata. Entah bagaimana aku ingin teruskan hari-hari selepas ini. Bagaimana aku ingin pura-pura lupa dan terus senyum sedangkan hati yang berkocak tiada siapa yang tahu.

27/12/21  2341hrs

RUMAH ISI HATITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang