Kisah 3

13 0 0
                                    

Cintaku dilayan persis tiada harga. Berulang kali dinyatakan hati ingin dipujuk rayu namun tak pernah diendahkan. Dia menepis setiap satu lontaran suara dariku yang ingin dipujuk. Kesan dari tepisan itu terpaling ke wajah aku sendiri. Sakit rasanya apabila terpaksa menanggung luka yang sama berulang kali. Tika dan saat ini kau masih berdegil tidak mahu menurunkan ego yang sudah tinggi mengunung yang tak mungkin aku dapat daki. Semakin didongak kepala ke atas, semakin rasa sakit melihat puncak untuk menawan gunung keegoanmu itu.

Nukilan tak berbicara tapi bersuara. Hanya ungkapan 'aku sakit' mahu disampaikan sewajarnya dalam penulisan ini. Sungguh tidak terduga dia sanggup bertindak melampaui batas denganku hingga aku terduduk menangis teresak-esak. Monolog berkata sendiri disaat itu. Persoalan demi persoalan tanpa jawapan dikeluarkan. Namun tiada jawapan. Hanya suara tangisan terus menemani menjadi jawapan kepada persoalan tersebut.

Dia terus membisu. Tiada sebarang pesanan teks darinya selepas perbalahan teruk itu. Aku tertunggu-tunggu. Terasa seperti diperbodohkan pun ada. Tetapi aku tetap setia menunggu sebarang mesej darinya. Seringkali aku memeriksa telefon milikku tapi apa yang aku dapat hanyalah perasaan hampa. Kosong. Tiada apa yang memujuk hatiku lara. Sekali lagi aku dibanjiri rasa sedih yang pilu.

28/12/21  2033hrs

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 28, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RUMAH ISI HATIWhere stories live. Discover now