𝟎𝟎𝟏

41 7 23
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IWAZUMI menghela nafas berat buat kesekian kalinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IWAZUMI menghela nafas berat buat kesekian kalinya.

"Y/n, cuba bagitau aku apa masalah kau sebenarnya?" suara garau itu menegur perlahan.

Y/n mengetap bibir mungilnya. Kepala sedari tadi tertunduk memandang lantai.

Sungguh dia tidak berani untuk bertentang mata dengan Timbalan Setiausaha Jabatan Sumber Bidadari yang amat terkenal dengan bad tamper nya.

"Aku tanya tu...jawab lah!," Herdik Iwazumi sambil menepuk meja. Tergolek jatuh segala benda yang ada di atas meja tidak berdosa itu.

Bahu y/n terjungkit sedikit. Mukanya sudah pucat tidak berdarah melihat jejaka bermata tajam seperti helang itu menjerkahnya.

"S-saya mintak maaf t-tuan..."

Lututnya berketar-ketar ketakutan. Seluruh badan sudah menggigil kesejukan. Air mata berlinangan di tubir mata.

Iwazumi mengurut bahagian pelipisnya. Bercakap dengan gadis ini memang menguji kesabaran dia sungguh. Dahlah dia bukan jenis penyabar. Baran lagi.

Fail yang terletak elok diatas meja di jeling sekilas. Merah semuanya.Pandangan kini sudah beralih ke arah y/n. Dia tersenyum sinis.

"Apa alasan kali ni yang kau nak bagi dekat aku supaya aku 'kena faham' situasi kau?" perli Iwazumi.

"T-tuan, saya sedar ini merupakan misi yang ke-98 saya gagal tapi...tolonglah,berikan saya peluang  terakhir!" rayu y/n.

Y/n sedar dia tidak layak memegang gelaran sebagai pelatih bidadari. Sudah ramai di kalangan rakannya yang telah habiskan tempoh percubaan mereka sebagai pelatih. Kini mereka adalah bidadari sepenuh masa.

Bukan seperti dia yang masih lagi terhengeh-hengeh cuba untuk menyiapkan tugasan terakhir. Gelang emas berukir sayap dipergelangan tangan mulusnya diusap perlahan.

Itu adalah satu-satunya tanda bahawa dia masih lagi merupakan seorang bidadari percubaan.

Dia tersenyum tawar.

Layakkah dia  setelah hampir seratus Kali mengulangi ujian yang sama lalu gagal sentiasa?

"Oi,apa yang kau menungkan sangat tu? Hish, suka benar hilang fokus. Y/n kau tak boleh macam ni, kau kena ubah sikap kau tu nanti, blablablabla...."

Bebelan Timbalan Setiausaha Jabatan Sumber Bidadari hanya masuk telinga Kiri,keluar telinga kanan.

BAM!!

𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋 𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐌𝐈𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 ━𝙆. 𝙏𝙤𝙗𝙞𝙤Where stories live. Discover now