Dua sifar dua sifar
Nombor keramat tahun ini
Penuhnya tragedi malapetaka
Manusia kian bekerja keras
Mahu kekal hidup dan berjati.Dua sifar dua sifar
Sebentar lagi aku tinggalkan kamu
Segala rintangan yang menyelit
Aku lepaskanlah bersama kamu
Tahun kamu begitu sangat cabar
Namun aku masih lulus terus hidup.Dua sifar dua sifar
Sisi kamu juga ada baiknya
Memori terindah kini wujud
Pengajaran tiada persoalan
Manusia yang takut maju.Dua sifar dua sifar
Detik bertukar menjadi kenangan
Jarum masa tidak sesekali undur
Tercipta sejarah tahun yang berat
Maka mohon kembali menjadi ringan
Agar benua tersiram Rahmat Tuhan.Dua Sifar Dua Sifar:
Penulis:- Tahun yang sangat mencabar dan penuh air mata. Banyak benda pernah terjadi pada tahun itu. Masih hidup dan bernafas dan berjalan di muka bumi Tuhan sehingga ke hari ini. Berkesempatan menulis puisi sebagai penulisan sejarah yang takkan mati dek zaman. Tidak lupa pada detik gembira dan bahagia yang sudi hadir pada diri, terima kasih sudah menyinari hari-hari dengan merawat serba sedikit pahit, duka, kesedihan untuk diri terus bangkit dan maju ke depan.
YOU ARE READING
Rakyat Klasik
PuisiAlbum Puisi Pertama Dari Hasanah Himpunan Puisi Terpilih daripada buku puisi asal bertajuk Buku of Poem. Kenali Penulis: INSTAGRAM: @hasanahnsr | @myhasanahs TWITTER: @hasanahss TIKTOK: @hasanahnasir