Perahu Kita

17 3 0
                                        

Jangkar yang tercangkul naif
Pelampung jingga yang tergantung;
Kaca kompas bermata jarum
Tertanya dimanakah perahu kita?
Berlayar menerusi lubuk kita-
Berlayar merentasi ombak kita
Adakah sudah tertelan?

Kisah kita bukannya adaptasi,
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Kisah kita bukannya keterpaksaan,
Hayati&Zainuddin —
Ceritanya beza, kita sedarjat
Kitanya perahu, merekanya kapal
Sudah ke manakah ia?
Moga kita masih di atasnya.

Perahu Kita:

"Jangan sampai tenggelam!"

"Jangan sampai tenggelam!"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Rakyat KlasikTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang