25

56 3 0
                                    

Hawra

"Kenapa Danie kurus sangat? Danie tak makan ke?". Aku gelengkan kepala dan pegang tangan ibu

"Danie tengah diet ibu. Minggu lepaskan berat Danie naik 3kg. Haaa terkejut Danie"

"Memang lah naik 3kg kalau asyik makan tengah malam je". Aku jeling Abang Dylan bila dia kantoikan rahsia aku.

"Lahhh kenapa makan tengah malam? Danie banyak kerja ke? Hm? Berhenti lah kerja cikgu tu. Jaga ibu balik nak?"

"Danie okay je ibu". Aku betulkan kardigan ibu bila bahagian bahunya terjatuh. Abang Dylan pula datang dan duduk di sebelah ibu dengan dulang makanan tengahari nya.

"Danie jangan tipu ibu". Aku senyum saja dan pegang mangkuk berisi bubur.

"bubur mekdi kan?"

"Ya Allah ibu. Ingat anak ibu ni miskin sangat ke?". Jawab Dylan

"ibu dengar Dylan tak dapat buka cafe dekat KL nuhh. Hah kenapa?". Mula dah dua beranak ni sembang pasal bisnes. Aku pun tadahkan je la telinga, mendengar perbualan abang Dylan dengan ibu.

Sebaik sahaja ibu pejamkan mata, aku terus keluar daripada bilik dan ke dapur. Bukannya tak tahu yang kalau abang Dylan masuk dapur, macam baru lepas gempa bumi. Pinggan mangkuk semua dia bawa keluar daripada rak. Ibu pula bila dengar aku nak balik, terus suruh bibik cuti seminggu. Konon nak bermanja dengan aku.

"Danie sibuk?"

"Tak. Abang nak kopi ke? Danie buatkan". Aku bawa keluar cawan dan terus ke mesin kopi.

"Eh tak minum abang kopi kopi ni. Nak teh o ikat tepi. Plastik asing"

...

...

Dua dua diam. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Aku pun terus bancuh teh untuk abang Dylan. Malas nak gelak + pikir panjang. Jarang lah lawak dia menjadi.

"Esok nak lawat Haris pukul berapa?"

"Tengoklah dalam pukul 9 ke 10 macam tu. Lambat lambat panas nanti. Kesian dekat ibu". Aku letakkan secawan teh dihadapan abang Dylan dan menunggu latte aku siap.

"Danie dengan Eidlan macam mana?"

"Macam tu la". Jawab aku endah tak endah. Malas nak fikir.

"Abang nampak yang dia rapat dengan salah seorang anak buah dia. Danie okay ke? Dia ada bagitahu Danie ke?"

"Abang". Elok ja air aku siap, aku terus duduk di hadapan dia. Nak bincang benda yang penting.

"Danie dengan Eid nak bercerai"

"Ya Allah Danie. Kenapa? Memang Eid curang dengan Danie kan? Tak apa tak perlu jawab. Biar abang sendiri tanya dia—". Telefon jenama iPhone dia terus dibawa keluar. Ceh ni nak riak ka apa?

"Rilek lah bang. Kami memang rancang nak berpisah pun"

"Tapi kenapa? Abang ingatkan Danie dengan Eid tu—"

"Tak adalah. Danie kahwin pun sebab nak jauhkan diri daripada ayah". Aku hirup sikit air yang masih panas. Teguk sekali habis kang terbakar tekak.

"Selama ni tak cukup jauh ke?"

"Tak adalah. Bila Danie dah berumahtangga ni, ayah dengan mummy dah tak boleh nak suruh itu ini sesuka hati. Dah berlaki katakan. Apa apa Danie minta izin Eidlan tapi tu lah. Biasanya Danie abaikan je". Abang Dylan anggukan kepala seakan akan paham.






















































































"Macam tu lah ceritanya". Aku buka payung apabila matahari mula naik ke atas. Panas woo.

"Saya cuba. Saya cuba sehabis baik untuk cintakan Eidlan tapi dia bukan Aryan Haris. Dia bukannya orang yang saya nak. Saya minta maaf sebab tak dapat terima pemergian awak Haris. Saya akan cuba tutup kisah cinta kita tapi bukan sekarang..." Aku tahan air mata daripada menitis ke tanah.

"Awak nampak bunga ros plastik ni?". Aku keluarkan daripada beg yang aku bawa daripada awal.

"Selagi bunga ni tak hilang, selagi tu kisah cinta kita akan terus berjalan". Aku letakkan bunga tu diatas pusaranya sebelum beredar.

"Jumpa awak nanti"

Al-fatihah
Aryan Haris bin Mohd Hakim
Lahir pada 7 Oktober 1991
Kembali kerahmatullah pada
21 Mac 2017





End of Season 1

Kahwin yang DirancangWhere stories live. Discover now