03

41 3 0
                                    

Eidlan

"Petang nanti kena turun outlet—"

"Kenapa?". Teringin juga hempuk kepala Dylan ni tapi boss kan. Tak bergaji aku nanti. Siapa nak bayarkan mekdi si Hawra? Dia? Hm langit runtuh pun belum tentu dia nak bayarkan.

"Tu lah aku dah cakap buka satu satu kau tak nak dengar. Nak buka outlet baru sampai 3 dalam satu masa"

"Kau ni bebel macam Haris lah. Bingit telinga aku". Sekali lagi nama Haris diseru. Ada kaitan ke ni?

"Dah kebetulan sangat kau mention nama dia. Haris ni siapa? Ada kena mengena dengan bini aku ke?"

"Sejak bila kau anggap Danie tu bini kau?". Eh terasa panas tapi tak mengapa. Nampak aku macam mengabaikan tanggungjawab aku sebagai suami dia ke? Aku ni siap tolong masak dengan basuh baju lagi. Jemur dengan lipat dia lah buat takkan aku pula.

"Sejak aku kahwin dengan dia lah Ya Allah. Cepatlah siapa Haris ni?"

"Hello. Hello Dato. Ya ya ya". Mata aku terus jeling Dylan atas bawah macam nak tembus badan dia. Geram betul. Padahal tak ada siapa pun call dia. Phone pun tak bergegar nak tipu kata vibrate ke? Dylan mute phone? Hm sama macam Hawra nak bayar mekdi dia lah.

"Jumpa pukul 2 petang nanti lah". Semua fail yang dah ditandatangani Dylan, aku kumpul dan bawa keluar bersama. Buat semak atas meja orang tu, tahu tahu dibuangnya nanti. Mana boleh nampak benda semak. Nanti ada je yang selamat mendarat dalam tong sampah.

"Awak!". Nak tercabut juga jantung ni bila keluar je bilik kena sergah dengan orang. Kalau tak fikir buah bati, memang dah lama fail ni melekat dekat muka.

"Iyaa sayang"

"Meh sini saya tolong". Ringan sikit beban yang aku tengah pegang ni. Untung dapat buah hati rajin. Cantik pula tu aish. Belum cerita kebijaksanaan dia. Kalau sembang, mahu 10 chapter pun tak habis.

"Petang esok jadi ke?"

"Jadi apa tak jadinya". Lepas beberapa kali aku tolak permintaan Zara untuk berjumpa dengan ummi, akhirnya dia terima juga. Takut ummi cop dia perampas katanya.

"Insyaallah tak ada apa. Ummi tu baik"

"Kak Danie tu lagi baik". Mula dah....

Kahwin yang DirancangWhere stories live. Discover now