10

41 3 0
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Selesai sahaja kes Eidlan dan Hawra, mereka berdua keluar daripada mahkamah tanpa bertegur sapa. Jauh disudut hati Eidlan ingin meminta maaf kepada Hawra tapi lelaki dan ego berpisah tiada.

"Abang?". Panggil Zara dengan penuh manja. Terhenti sebentar lamunan Eidlan.

"Iyaa? Lapar dah ke? Jom kita pergi makan". Zara hanya mengangguk dan berjalan kearah tempat letak kereta. Ketika itu, bertembung dengan Hawra yang kebetulan sedang menunggu seseorang.

"Zara boleh pergi dulu? Abang ada benda nak cakap dengan Hawra". Terus dirinya itu dijeling kekasih hati. Bak kata orang cemburu.

"Sekejap je. Nah kunci. Panas ni kat luar". Setelah kunci bertukar tangan, Eidlan terus berlari kearah Hawra. Wanita itu sedang merenung telefon pintarnya dan langsung tak perasan kewujudan Eidlan. Siapa suruh duduk belakang dia, memang tak nampak lah.

"Hawra". Tiada sahutan.

"Hawra". Masih sama. Seakan akan dia diabaikan.

"Hawra. Aku tahu kau marahkan aku. Maafkan aku sebab tuduh kau itu ini dekat pejabat agama haritu. Aku malukan kau depan orang ramai. Aku bertindak macam budak budak". Hawra masih kaku berdiri sambil menunduk memandang telefonnya. Memang betul betul mengabaikan keberadaan Eidlan yang hanya 1 meter daripada belakang badannya.

"Hawra!"

Pin pin!

"Lambatnya. Berpeluh ketiak aku". Kereta berjenama Audi berhenti dihadapan mereka dan tanpa segan silu Hawra masuk ke dalam kereta dan masih tidak sedar akan kewujudan Eidlan.

"Weh ex kau nak apa? Minta rujuk ke?"

"Hah?". Hawra cabut airpod yang menghalang dia daripada mendengar bunyi bunyi lain selain daripada muzik yang didengarinya.

"Tu ex kau nak apa?". Tanya Wawa sambil digerakkan keningnya keatas dan kebawah. Ikutkan hati dia nak hambat je mamat ni masuk dalam parit dekat kampung belah ayahnya. Sesuka hati je lafaz talak luar mahkamah.

"Err aku". Tak terkeluar ayat ayat yang dia sebut tadi. Terasa macam ada yang  menyekat sel otaknya daripada berhubung. Dipandang kiri kanan atas bawah sampailah ternampak cincin yang Wawa.

"Oh cin— cincin"

"Oh sorry". Tas tangan kecil yang memang sedia ada di tangan Hawra terus digodek dan diselongkarkan. Demi mencari cincin perkahwinan mereka.

"Sorry". Dapat sahaja cincin itu, pintu kereta terus ditutup dengan kuat. Bukan marah tapi biasalah kereta lama. Kalau tak tutup kuat kuat takut terbang.

"Kau ni rosaklah Alexender aku?"

"Alexender puih! Kereta kau ni kalau jual besi buruk pun belum tentu ada nilai". Bahu Hawra dicubit sekuat kuatnya. Geram sangat!

"Kereta ni lah yang penyebab aku jumpa suami aku. Kau? Ada suami pun otak terkeluar. Skru tercabut. Muka serupa jamban tak siap"

"Hoi". Marah Hawra sambil digerakkan kepala kearah Eidlan yang betul betul berada diluar keretanya. Masih tak berganjak.

"Oppss. Adios". Dengan sekelil mata, mereka berdua hilang daripada pandangan Eidlan. Cincin yang pernah disarung Hawra, digenggam dengan erat. Tak ada sebab pun dia nak ambil cincin ni walaupun Eidlan yang beli guna duit sendiri.

"Abang cepatlah". Jerit Zara dari dalam kereta. Lapar bonar tu.

"Iya"

Kahwin yang DirancangWhere stories live. Discover now