Chapter 1

7 3 0
                                        

Hari ini merupakan hari yang indah. Burung berkicauan, dan orang-orang berjoging di sekeliling Taman Mawar Merah.

"MAMAAAAA!!!" jerit seseorang dari rumah banglo 2 tingkat itu. Seorang wanita berusia 40-an segera berlari menaiki tangga lalu menyerbu satu bilik.

"Kenapa ni kak? Apa jadi?" Tanya si ibu kepada anak perempuannya. Si anak yang memakai baju sekolah kuning melebihi paras lutut dengan kain hitam serta tudung bawal kuning terduduk di atas lantai.

"MAMA!... Kakak dah lewat! Sepatutnya sampai sekolah pukul 6.45 pagi. Sekarang dah pukul 6.50 pagi. Waaaaaa, habis rekod datang awal kakak nanti" kata si Anak. Dia sedang mengemas buku dan barang yang bertaburan di atas lantai.

"Haih, Syazwani, mama tahu kamu selalu datang awal ke sekolah. Sekali sekala datang lewat apa salahnya. Kasihanilah mama kamu ni, kena bangun awal pagi menyiapkan sarapan untuk kamu walaupun sekolah kamu mula pukul 8.00 pagi." Kata Sang ibu sambil pura pura menangis.

Syazwani pula dah tersengih sumbing. Merajuk pulak mama ni.

"Mama.... Wani minta maaf. Sorry mama. Janganlah merajuk. Kalau mama merajuk, sapa yang nak tengok K-Drama dengan Wani nanti" kata Wani sambil membuat muka comel. Walaupun muka tu dah comel, tapi tetap mahu dicomelkan lagi.

"Hihi, mama gurau ja tadi. Cepat turun, breakfast dah siap. Lepasni pergilah sekolah kamu tu." Kata Puan Mariam, merangkap Ibu Syazwani.

"Haip haip kapten" balas Syazwani sambil membuat tangan ala ala tentera.

Selesai breakfast, Syazwani menyalami ibunya lalu segera membonceng, eh salah, mengayuh basikalnya ke sekolah. Biarlah anak Tengku pun, dia tetap suka menaiki basikal kesayangannya itu.

Tak sampai 5 minit, Syazwani sampai ke sekolah. Bukan jauh mana pun.

"Assalamualaikum Pak Cik Wan"

"Waalaikumussalam, Syazwani. Macam biasa, kamu yang paling awal sampai setiap hari." Kata Pak Cik Wan, jaga sekolah itu. Dia membuka pintu pagar agar Syazwani boleh masuk. Selesai mengunci basikalnya, dia lalu menuju ke kelasnya, 3A.

Dia duduk di mejanya lalu mengeluarkan satu buku catatan kegemarannya. Dia menanda sesuatu di bukunya sebelum disergah oleh seseorang.

"Opocot mak cik masuk longkang" melatah Syazwani.
Dia berpusing melihat siapa yang mengejutkan dia tadi.

"Hoi mak cik, datang bagi salam dulu." Marah Syazwani kepada Kawan baiknya, Iffah.

"Alah, lek lah Wani. Aku gurau je. Alolo merajuk pulak dia" kata Iffah lalu mencubit pipi Syazwani. Apa ni, pipi sendiri kan ada, buat apa cubit pipi orang lain.

Syazwani hanya membuat muka cemberut. Dia menepis sedikit tangan kawan baiknya itu.

"Ha, aku dengar kau menang larian balapan haritu. Wah! Bangga aku jadi kawan kau" kata Syazwani.

"Eh, tak ada apa pun" kata Iffah lalu memandang ke arah lain. Iffah ni kalau puji memang cepat malu. Lagi lagi kalau lelaki yang puji.

"Assalamualaikum dunia!" Jerit seseorang dari pintu masuk kelas 3A itu. Iffah dan Syazwani yang terkejut melihat monyet mana yang melalak pagi pagi ni.

"Laaa, Damia rupanya. Waalaikumussalam." Balas Iffah. Damia yang memasuki kelas itu bersama dengan Nasuha di belakangnya.

"Wani..... Ada coklat tak?" Tanya Nasuha sambil membuat muka comel.

"Ish Ish Ish, kau ni. Jumpa je aku mesti nak manja. Nah, ambil coklat ni" Kata Syazwani lalu memberikan satu coklat Cadbury kecil kepada Nasuha.

"Tangkap!" Dia membaling 2 biji coklat lagi kepada Iffah dan Damia. Mereka menangkap dengan sekilas pandang sahaja.

"Thank you Wani" balas mereka serentak.

Mereka duduk di tempat masing-masing sambil membaca buku teks Sejarah yang bakal mereka pelajari selepas ini. Beberapa minit kemudian, semakin ramai pelajar yang sampai dan duduk di tempat masing-masing.

Pada pukul 8 pagi, perhimpunan sekolah dimulakan. Semua orang berdiri di dalam dewan sekolah yang besar itu. Syazwani dan Nasuha yang bertugas pada hari tersebut berdiri di atas pentas untuk memantau pergerakan pelajar lain. Selesai ucapan pengetua, pengerusi majlis memanggil Ketua Pengawas untuk memberikan ucapannya.

Tengku Shameel Bin Tengku Sharif, Ketua Pengawas yang digilai ramai. Iffah yang sedang beratur di barisan kelasnya sudah beria untuk melihat crushnya. Dia sudah menepuk nepuk bahu Damia akibat terlalu teruja.

"Weh weh Mia. Shameel tu. Handsomenya dia. Cair aku" kata Iffah dalam nada separa menjerit. Mujur hanya didengar oleh Damia, kalau cikgu dengar, mampus.

Damia yang hanya mampu melayan kawan baiknya itu. Haih, kemaruk cinta sungguh kawan aku seorang ni.

Manakala di atas pentas pula, Syazwani sudah tersenyum-senyum melihat crushnya, Tengku Haneef Bin Tengku Hanafi, Idol sekolah. Dia hanya dapat melihat dari jarak jauh kerana dia tidak mampu untuk mendekatinya.

"Kalau lah Crush aku jodoh ku" kata Syazwani dan Iffah secara serentak tanpa mereka sedari.

                                 Sila Votes Ya. Elis Out🌹

Crushmu jodohkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang