Iffah POV
Aku berjalan untuk ke perpustakaan sekolahya. Aku ingin memulangkan buku yang dipinjam nak dekat setahun. Mahu mengajak Syazwani, dia bertugas. Nasuha, ada latihan taekwondo. Damia memang tak nak teman sebab kes nasi ayam hari tu. Kenalah pergi sorang sorang. Sedihnya hidup.
'haraplah tak kena marah dengan pengawas perpustakaan ni' desis hatiku.
Dengan lafaz bismillah, aku memasuki bilik bacaan yang besar itu.
"Assalamualaikum, saya mahu pulangkan buku ini" aku tak tengok langsung pengawas perpustakaan itu. Takut jika mukanya garang. Seseorang mengambil buku itu lalu mengscan buku itu. Dia menaip sesuatu di komputer sebelahnya.
"Tengku Iffah Aqilah Binti Tengku Khalil, kenapa kamu lambat hantar buku ini" kata seorang lelaki dengan lembut. Eh? Macam kenal suara tu. Apabila aku pandang depan, aku terkedu. Tengku Hanif! Idol sekolah. Patutlah kemain lembut dia panggil aku.
"Oh, umm, saya tak ingat saya pinjam buku tu. Bila saya terjumpa buku itu, baru teringat. Buku ni pergi menyorok bawah katil adik saya pulak." Kataku sambil memuncungkan bibirku. Hanif pula ketawa kecil.
"Kamu tahukan, kalau kamu lambat hantar buku sehari, masih boleh dimaafkan. Kalau lambat seminggu, kena bayar denda RM 5. Kalau lambat hantar sebulan RM 10, tapi, kalau setahun........" Hanif mendekati ku. Dia menyilangkan tangan di atas kaunter sambil tersenyum. Kaunter itu menjadi penghadang kami.
"Kena denda" kata Hanif dengan suara yang agak dalam. Dalam pun suara dia sedap weh!. Aku terkejut.
"D... D... Denda apa?" Tanya aku buat buat gagap. Padahal bukan gagap sebab takut denda, tapi sebab suara Hanif mengancam sekarang ni. Hanif keluar dari meja kaunter itu lalu mendekatiku. Dia menunduk untuk melihatku. Kami bertentangan mata.
"Dendaaaa" Leret suaranya menjawab, manakala Iffah masih menunggu jawapan yang hendak dikeluarkan oleh mulut Hanif.
1.....2.....3....4.....5
Jeda seketika...
"Cepatlah denda apa?!" Akibat lama menunggu, aku terpaksa menjerkah kecil untuk mendapatkan jawapan.
"Clean the whole library right now " Tenang sahaja mulut Hanif menjawab.
"WHAT?! No no no"" Itu sahaja ayat yang mampu dituturkan oleh aku.
Bab mengemas letak behind ye semua. Aku memang tak reti mengemas.
" I don't accept 'no' as the answer girl, sorry" Jawapan muktamad telah diputuskan oleh Hanif dengan senyuman sinis di belakang, jadi dia terpaksa mengalah.
Dalam hati sudah menyumpah seranah Hanif. Nasib baik hensem.
" Dekat mana kena kemas ni?" Tanya aku.
" I told you before, 'whole' " Perkataan whole itu ditekankan.
"Orang melayu kan, boleh tak cakap bahasa melayu, takyah acah speaking. Ingat orang bijak English macam dia ke?" Rungut aku. Kalau bahasa inggeris, lambat sikit dia faham. Maklumlah, anak melayu sejati.
"Kita dekat mana sekarang ni Tengku Iffah Aqilah?" Tanya Hanif tiba tiba.
"Dekat pustaka lah, soalan KBAT jenis apa ni ketua pengawas pusat sumber?" Jawab aku sekaligus sindiran di belakang ayatnya.
"Dekat sini ada kamus kan?" Sekali lagi soalan KBAT dilontarkan kepada Iffah. Iffah pula hanya mengangguk malas. Sudah tau ayat seterusnya yang ingin dikeluarkan oleh Hanif.
"Then study"
"Then study"Serentak sahaja dua perkataan meluncur dari bibir masing masing.
"Good" Kata Hanif sambil menunjal dahi aku dengan jari telunjuknya. Sakit tau!
"Pergi bersih, sekarang" kata Hanif. Dia kembali semula ke kaunternya. Huh, pasrah jelah. Aku juga punya pasal, siapa suruh lambat pulang buku. Sekarang dah merana.
Aku pergi ke bahagian buku Non fiction. Aku mula mengemas disitu. Bapak banyak buku kat sini. Rajin sangat ke pelajar sekolah ni.
Baru sahaja aku nak mengambil buku di atas sekali, sebuah kamus tebal yang tersorok di atas sekali hampir menghempuk kepalaku, aku menutup mata.
.
.
.
Eh? Kenapa tak sakit? Aku membuka mata dan terlihat satu tangan sasa yang menangkap kamus itu. Aku memusingkan badan untuk melihat hero aku tu.Shameel! Dia melihat aku dengan mukanya yang dingin. Jarak kami hanya beza 5 inci sahaja. Dia menjauhi diriku sedikit.
"Lain kali hati-hati. Nanti tak pasal pasal ada yang masuk hospital nanti" kata Shameel lalu letakkan kamus itu di tempat yang sepatutnya.
Aku melihat Shameel sambil menjerit di dalam hati. Happynya aku! Aku mendekati Shameel.
"T.. terima kasih Shameel." Kata aku sambil meletakkan tanganku di belakang badanku. Dia hanya mengangguk.
Dari jauh, seseorang melihat mereka berdua. Dia mengetap bibirnya. Hanif yang sedang mengemas kaunter melihat mereka dengan muka tidak puas hati.
'Aku suruh kemas perpustakaan, bukan bersweet sweet. Takpe, nanti kau akan sayang aku seorang saja, Tengku Iffah Aqilah'
Sila Votes Ya. Elis Out🌹
YOU ARE READING
Crushmu jodohku
RomanceTengku Syazwani, pengawas sekolah yang baik hati dan disukai ramai. Tapi, sekali cari masalah , sila gali kubur sendiri ya. Tengku Shameel, Ketua pengawas Sekolah yang tegas. Mukanya yang tampan seta badannya yang bertubuh tegap menyebabkannya menja...