Chapter 4

3 3 0
                                    

Syazwani dan Iffah semestinya selalu bersama. Walaupun nak pergi tandas yang hanya sebelah kelas, mesti berdua. Macam belangkas.

Syazwani pergi membasuh mukanya yang mengantuk.
"Woahhh, ngantuknya." Syazwani menguap besar.

"Oi Wani, mulut tu tutuplah. Ke kau nak syaitan masuk mulut kau tu, eh lupa, mulut kau tu busuk syaitan pun tak berani masuk" kata Iffah sambil membetulkan tudungnya. Syazwani sudah menjeling Iffah. Memang nak kena dia ni. Mujur bestie, kalau tak memang dah terbang jawabnya.

"And lepastu, I kata kat dia, 'kalau U nak couple dengan I, jadi lagi hensem dari 4T dulu' lepastu, dia lari' kata seseorang dengan suara menggedik.

" Syaitan yang sebenar dah sampai" kata Iffah sambil membuat muka selamba. Syazwani pula sudah mengeluh. Kalau boleh memang tak nak jumpa dua ekor syaitan tu.

"Eh, Tengok tu Syirah, Syazwani dan Iffahlah. Hai korang, 'lama' tak jumpa" perkataan 'lama' sengaja ditekankan. Basyir menyapa mereka seakan akan mereka rapat. Rapat taik ayam.

"Huh, meluat I tengok. Mentang mentanglah sorang pengawas sorang lagi atlet. Kitaorang lagilah cantik dan kaya. Right sis?" Kata Insyirrah sambil membuat hair flip.

"Right!" Mereka berlaga jari dengan gaya gedik. Dua orang kembar ni memang perasan cantik. Pastu, minat dengan 4 Tengku's pulak.

"Kami tak nak cari masalah. Jom fah, lambat masuk kelas nanti." Kata Syazwani lalu menarik tangan Iffah. Da takut ada kepala yang tersumbat dalam tandas nanti.

"Wait" kata Wannabe Twin's serentak. Mereka menghalang pintu tandas itu.

"Kau jangan cuba dekat dengan 4 Tengku's ya. Kalau tak, I report papa I. Papa I Tan Sri tahu." Kata Insyirrah dengan megahnya.

"Papa I jugak lah!" Marah Basyir. Mereka berlawan mulut. Syazwani dan Iffah mengambil peluang ini untuk keluar dari tandas. Bahaya jugak kalau duduk situ lama lama. Ada ramai syaitan yang melihat mereka bergaduh tu.

"Hish, kacaulah diorang. Sedap sedap je cop Shameel aku" kata Iffah sambil menggenggam penumbuknya. Kalau Syazwani tak tarik dia tadi, memang pecah muka hodoh wannabe Twin's tu.

"Sabar jelah Fah. Shameel tu tak lari ke mana pun."balas Syazwani. Padahal dalam hati sudah menyumpah seranah. Sesiapa yang cuba rampas Hanif, Syazwani takkan lepaskan orang itu.

Mereka memasuki kelas mereka. Mujurlah cikgu belum masuk. Majoriti pelajar di dalam kelas itu tidur manakala selebihnya bergosip. Ada juga yang membuat kerja masing masing.

"Perhatian kepada semua pengawas sekolah Tingkatan 4 dan 5, sila ke bilik mesyuarat sekarang juga" suara Shameel yang dalam menggegarkan speaker sekolah itu. Syazwani sudah mengeluh. Tadi kena hadap Wannabe Twin's, sekarang kena hadap Shameel pulak. Kalau aku Iffah, memang sudah berlari ke bilik mesyuarat sekarang ni.

"Wani, jom! " Kata Nasuha dengan cerianya. Dia menarik tangan Wani agar segera mengikutnya. Dia tak nak terlambat lalu dimarah oleh cikgu Taufiq, guru disiplin mereka. Garang mengalahkan Singa Jantan.

"Yelah yelah" dia mengalah. Kakinya dihayunkan keluar kelas. Dia dan Nasuha berpegangan tangan menuju ke bilik disiplin.

Tak sampai 1 minit Syazwani dan Nasuha meninggalkan kelas, pintu kelas mereka diketuk. Semua orang melihat siapa yang mengetuk pintu itu.

"Saya mahu panggil Tengku Iffah Aqilah dan Tengku Damia. Sila ikut saya ya. Cikgu panggil" kata Hanif dengan senyuman mengancam. Pelajar pelajar perempuan lain sudah menjerit kecil apabila melihat Idol sekolah depan mata mereka. Damia dan Iffah hanya meluru keluar kelas.

"Cikgu mana nak jumpa" tanya Iffah. Dia masih marah sebab Hanif suruh dia bersihkan satu perpustakaan. Hanif membuat senyuman menggodanya. Semua perempuan di dalam kelas 4A sudah pengsan. Damia pula mengurut dadanya. Tergugur iman kak. Iffah hanya melihatnya seperti tiada apa apa yang berlaku.

"Cikgu Zahra panggil suruh kumpul dekat padang. Dia kata kamu terpilih untuk mewakili sekolah dalam acara larian balapan. Tahniah ya" kata Hanif lalu mengusap kepala Iffah yang dilitupi tudungnya sedikit. Muka Iffah yang comel molek bertukar ke warna merah. Dia memang pantang dipuji, mesti terus merah padam.

Hanif yang melihat perubahan Iffah tergelak kecil. "Saya pergi dulu, Assalamualaikum" kata Hanif lalu pergi dari situ.

"Wa...wa..Waalaikumussalam." kata Iffah gagap. Dia menampar pipinya sedikit sebelum melihat ke arah Damia. Kawannya seorang tu sudah mengetawakannya.

"Pfft, Fah, jangan curi crush Wani. Mengamuk dia nanti" kata Damia sambil mengekek ketawa.

"Hmmph, saya tinggal awak kan" kata Iffah lalu segera ke menuju ke Padang. Damia pula sudah terkial kial mengejar Iffah.

👑❣️🌈

Syazwani, Nasuha dan semua pengawas lain sudah berkumpul di dalam bilik mesyuarat. Shameel yang memanggil mereka semua sudah berdiri di hadapan sekali. Sekali sekala terdengar suara beberapa orang pengawas perempuan sudah menggedik apabila melihat Shameel yang melihat mereka.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua kerana dapat datang pada hari ini. Saya nak minta maaf jika saya mengganggu pelajaran kamu semua" kata Shameel dengan lantangnya.

"Tak ada apa apa bro. Kitaorang lagi Happy" Kata Haikal, rakan sekelas Shameel.

"Untuk awak apa apa saja boleh" kata Basyir dengan nada menggedik.

"Ehem, tujuan saya memanggil kamu semua ke sini adalah untuk memberikan tugasan baru untuk kamu semua. Saya dapat notis daripada pengetua sekolah untuk membaiki jadual bertugas pengawas kerana ramai yang tidak melakukan kerja dengan betul" kata Shameel sambil memandang tepat ke arah Insyirrah.

"Awak.... Jangan padang saya macam tu. Saya tahu saya cantik" kata Insyirrah sambil mengenyit kan matanya. Geli siok.

"Saya sudah memilih pasangan masing masing. Sila ambil kertas ini dan jangan minta untuk tukar pasangan. Keputusan saya adalah muktamad!" Shameel memberikan setiap pengawas di situ sehelai kertas. Ada yang tersenyum dan ada yang membuat muka terkejut.

"What?! Saya kena bertugas dengan Umar! Saya tak nak!" Jerit Insyirrah. Dia memang tidak suka Umar, selalu cari pasal dengan dia.

"Kau ingat aku suka ke perempuan" balas Umar yang berdiri hanya di depan Insyirrah. Mereka menjeling antara satu sama lain. Shameel menyuruh mereka untuk bersurai. Apabila semua keluar, hanya tinggal Syazwani dan Shameel di bilik itu. Syazwani mendekati Shameel.

"Kenapa suruh saya tunggu?" Tanya Syazwani. Di kertasnya, terdapat satu tulisan warna merah yang bertulis 'tunggu di sini apabila semua orang dah keluar'

Shameel yang melihat Syazwani senyum dalam diam. Dia memandang Syazwani lalu berkata "kau partner dengan aku"

4 ayat yang disebutkan oleh Shameel tadi cukup membuatnya kaku. Dia kena bertugas dengan Shameel! Dia tak nak rapat dengan mamat dingin ni. Dan dia tak nak hubungan dia dan Iffah renggang.

"Kalau awak nak tukar partner......." Shameel mendekati Syazwani dan membisik di telinga kanannya.

"Ada balasan menanti" kata Shameel dengan suara serak nya. Dia menghembuskan nafasnya di telinga Syazwani sebelum dia berlalu pergi.

Syazwani yang sudah merah mukanya ditutup dengan tangan. Malu!!!!

                               Sila Votes Ya. Elis Out🌹

Crushmu jodohkuWhere stories live. Discover now